Park Luna & Pengakuan

Sweet Cake For Sweet Love (Editing Process)

Ah Mie pulang bersendirian selepas Chorong mengatakan yang dia berjalan pulang bersama Kyungsoo.Hatinya terasa sedikit luka dengan perubahan Chorong yang takde  beberapa jam bersama Kyungsoo tapi dah mula lupakan kawan.Hatinya juga rasa sedikit cemburu dengan perhatian yang diberikan oleh Kyungsoo kepada Chorong.

 

 

Di dalam kelas,selepas Kyungsoo mengambil tempat di sebelah Ah Mie,pelajaran bermula seperti biasa.Ah Mie rasa tidak selesa dengan pandangan mata yang diberikan oleh Kyungsoo yang baginya seolah-olah memerli Ah Mie.

Namun dia hanya berlagak seperti biasa.Usai sesi P & P,terdengar pengumuman yang dibuat oleh Tuan Pengetua melalui mikrofon di biliknya.

"Semua pelajar hari ini dibenarkan pulang awal kerana guru-guru ada mesyuarat pada jam 1:00 petang ini.Sekian".Semua pelajar apa lagi,angkat beg terus lari keluar dari kelas.Jarang mereka semua boleh pulang awal.

Ah Mie mengemas barang-barangnya dan memeriksa di bawah meja andai ada barang yang tertinggal.Usai dia mengemas barang,dilihat Chorong sudah pun berjalan sabil berpegangan tangan dengan Kyungsoo.Jelas kegembiraan terpancar  di wajah Chorong.

Ah Mie yang berjalan di belakang mereka berdua tidak diendahkan sebaliknya semakin galak mereka bermesra di hadapan Ah Mie.Perbuatan Kyungsoo yang hampir mencium Chorong itu membuatkan hatinya hendak menangis.Lantas dia mengambil jalan untuk pulang bersendirian.

 


 

 

Chorong tahu apa sebab Kyungsoo menolak luahannya itu.Kerana hati Kyungsoo juga masih setia pada yang sudah tiada,iatu Park Luna.Dan Chorong sendiri mengenali dengan rapat siapa itu Park Luna.

"Kyungsoo,nanti dulu,"panggil Chorong.Kyungsoo berhenti berjalan dan berpaling semula menghadap Chorong. "Kau nak pe lagi?"soal Kyungsoo.

"Aku kenal siapa Park Luna tu.Orang yang selama ni kau sayang sangat."terus Chorong berkata membuatkan Kyungsoo tersentak.

"Macam mana kau boleh kenal dia?Kau tahu ke kisah aku dengan dia?Apa kaitan kau dengan dia?Kenapa aku tak tahu apa2 pun"terus Kyungsoo melemparkan soalan bertubi-tubi kepada Chorong. 

Chorong mengangguk tanda dia benar-benar kenal dengan Park Luna. "Ya ,aku sepupu Park Luna.Nama aku Park Chorong,"ujar Chorong. "Dan aku tahu kisah kau dengan dia,"sambung Chorong lagi.

Tiba-tiba suasana menjadi sunyi.Chorong hendak menceritakan hal yang sebenarnya namun dia memerlukan lebih ruang untuk bercerita dengan Kyungsoo. "Boleh aku ambil sedikit masa kau untuk berbicara tentang Luna?"tanya Chorong.Kyungsoo hanya mengangguk  dan mengeluarkan telefonnya untuk memberitahu rakannya supaya beredar terlebih dahulu.

"Sebenarnya Luna ada bercerita dekat aku tentang kau,Do Kyung Soo.Nak tahu tak,Luna ada cerita dekat aku tentang kepakaran kau membuat kek.Sampai sekarang kau ada buat kek lagi,tapi kau hantar dekat kedai kek,kan?"tanya Chorong.Kyungsoo tersentak apabila Chorong mengetahui tentang aktivitinya itu

"Betulkan apa yang aku cakap nie?"tanya Chorong lagi.Kali ini dengan nada yang lebih tinggi.Kyungsoo hanya mengangguk.

Chorong menghembus nafas perlahan. 

"Aku tahu,gara-gara aku, Luna telah meninggal.Dia..dia meninggal sebab dia gembira sangat nak jumpa aku dekat Lotte World.Memang aku dengan dia dah berjanji nak jumpa selepas hampir enam bulan kami tidak berjumpa,"cerita Kyungsoo dengan nada yang sedih.

"Aku rasa terkilan sangat sebab tak dapat tunaikan permintaan terakhir mendiang Luna."ujar Kyungsoo.Chorong hanya diam mendengar cerita Kyungsoo.

"Aku tahu permintaan terakhir mendiang.Dia ada cakap dekat aku yang dia nak makan spaggheti dengan kau,tapi..."hendak menitis air matanya ketika membuka kebali kisah lama itu.

"...tapi aku buat tidak tahu tentang permintaan dia.Yang paling aku sedih,kemalangan itu berlaku di depan mata aku sendiri"sambung Kyungsoo.Perlahan-lahan kotak memorinya mencari kembali kisah duka yang meragut nyawa orang kesayangannya itu kira-kira setahun yang lalu.

 

 

Malam itu langit kelihatan indah dengan kerlipan bintang yang bertaburan di ruang angkasa.Kyungsoo ketika itu sedang menikmati makanan ringan sambil mengambil angin malam di luar asramanya bersama beberapa ahli EXO yang lain.

Tiba -tiba telefon bimbitnya berbunyi.Dia melihat ID pemanggil dan terlukis senyuman di bibirnya itu. "Yeobseyo,Kyungsoo oppa,"ujar Luna memulakan perbualan.

"Ya Luna ,ada apa telefon oppa malam nie?"tanya Kyungsoo.Jarang Luna telefonnya pada waktu malam begini kecuali ada hal yang tidak dapat dielakkan.

"Oppa,esok oppa ada masa lapang tak?"pertanyaan dibalas balik dengan pertanyaan.

"Emm esok?Esok oppa memang lapang.Kenapa?Nak pergi mana-mana ke?"tanya Kyungsoo semula.

"Esok kita pergi Lotte World,nak tak?Kita jumpa dekat sana pukul 11 pagi ya,"ujar Luna terus mematikan talian tanpa menunggu jawapan dari Kyungsoo.

"Erk?Hello..hello..Luna..Luna.."panggil Kyungsoo.Dia kemudiannya melihat skrin di telefon,"patutlah tak jawab dah.Dah matikan panggilan rupanya.Esok?Lotte World?"tanyanya sendirian.Rakan-rakannya yang lain hanya memerhatikan gelagat Kyungsoo yang kelihatan memikirkan sesuatu itu.

 

Keesokkan harinya...

Kyungsoo sudah pun berada di Lotte World sejak jam 10:30 pagi lagi.Dia sengaja datang awal untuk mengelakkan usikan nakal daripada rakan-rakannya yang lain,terutamanya Baekhyun.Dia suka mengejek Kyungsoo dan suka meniru gaya orang lain.Pendek kata,nak cari raja mimik di Korea carilah Baekhyun.Hihihi...

Penat menunggu sambil berdiri,kini dia duduk pula di bangku yang disediakan.Dia membuka bekalan makanan yang dibawanya untuk dimakan bersama Luna nanti.Spaggheti bloogonnese,kek coklat kegemaran Luna dan beberapa lagi makam

"Oppa!!"jeritan itu memutuskan lamunan Kyungsoo tentang makanan yang dibawanya itu.Dia menoleh ke seberang jalan di sebelah kanannnya itudan melihat Luna sedang melambai ke arahnya sambil berlari.Kyungsoo membalas lambaian itu dan menunggu Luna  datang ke arahnya.Secara tiba-tiba.......

"PPPPIIIINNNN!!!!!!!!!"bergema bunyi hon kereta di tengah jalan raya itu.Kyungsoo tergamam melihat kejadian yang sekelip mata sahaja berlaku di hadapannya itu.Habis terjatuh bakul yang dipegangnya .Dengan pantas dia berlari ke arah Luna yang sedang terbaring dengan badannya yang berlumuran darah.Kyungsoo memanngku kepala Luna.

"Luna!!Luna!!"panggil Kyungsoo.Luna dengan perlahan membuka matanya.Dirasakan nafasnya semakin pendek.

"Op...op...oppa...maafkan  Luna sebab datang lambat.Lu...Lu...Luna rasa Lu..na ta...tak da...pat ber...ta...han la..gi...Op..oppa jangan....sed....dih ya...ka..lau.."dengan pantas Kyungsooo meletakkan jari telunjuknya di bibir Luna.Dia menggeleng-geleng kepalanya tanda dia tidak mahu dengar apa-apa pun dari Luna.

"Luna ,please jangan tinggalkan oppa.Luna akan selamat.Percayalah,Luna akan selamat.Oppa akan bawa Luna ke hospital sekarang jugak,"ujar Kyungsoo dengan berlinangan air matanya.

Kyungsoo  bangun menuju ke ambulans yang telah sampai dan membaringkan Luna di atas katil yang tealah disediakan.Pegawai paramedik mengenakan topeng oksigen kepada Luna.Rambutnya diusap perlahan oleh Kyungsoo dengan harapan dia memahami maksud Kyungsoo.

Luna mengenggam erat tangan Kyungsoo yang membelai rambutnya itu.Kyungsoo membalas balik genggaman itu denga erat sekali dan secara tiba-tiba genggaman di tangan Kyungsoo longgar.Kyungsoo cemas.

"Doktor,apa dah terjadin kepada pesakit?"tanya Kyungsoo cemas.Pegawai paramedik yang ketika itu memasukkan bekalan air ke dalam badan Luna mula memeriksa tekanan nadi Luna.Mereka berusaha menstabilkan tekanan jantung Luna,namun tidak berhasil.Akhirnya Luna disahkan meninggal dunia pada jam 11;30 minit pagi.

Kyungsoo terdiam mendengar berita itu.Matanya sayu memerhatikan mendiang Luna yang ditutup wajahnya oleh pegawai paramedik.

"Luna pergi jua.Kenapa tak makan spaggheti yang oppa sediakan?Kenapa tak makan kek kegemaran Luna yang oppa sediakan?Kenapa Luna tak nak makan tu semua?Penat tahu tak oppa sediakan untuk Luna"jerit hatinya kuat.Air matanya jatuh apabila mengenangkan orang yang disayangi telah meninggalkan dirinya buat selama-lamanya..

 

 

 

Menitis air mata Chorong mendengar cerita Kyungsoo.Rasa rindu kepada sepupu yang paling rapat dengannnya itu membuatkan Chorong sentiasa berada dalam kemurungan saat tiga bulan pertama selepas pemergian Luna.Lantas keluarganya mengambil keputuusan untuk menukarkannya ke sekolah ini .Di sinilah juga dia bertemu dengan sahabat barunya,Shin Ah Mie.

Tiba -tiba Chorong teringat akan sesuatu.Dia tahu pasti Ah Mie akan marah pada dirinya kerana membongkarkan rahsia gadis pendiam itu.Namun niatnya hanyalah untuk menolong Ah Mie sahaja.Dia hendak membalas budi Ah Mie yang telah membantu membangkitnya semula daripada kisah dahulu.

"Kyungsoo,kau tahu tak Ah Mie sukakan kau?"tanya Chorong.

Kyungsoo hanya mengangguk.Chorong menarik nafas dan menghembusnya semula.Kyungsoo menoleh semula ke  arah Chorong yang kelihatan serba salah itu.

"Aku tahu.Tapi yang kau beritahu aku tadi, pe ceritanya?"tanya Kyungsoo semula.Choorng tersengih.

"Aku saja je nak bagi dia cemburu.Nak tengok reaksi dia.Dan ternyata dia memang betul-betul cemburu.Tapi macam mana kau tahu dia suka kau?"tanya Chorong.

"Aku ada satu rancangan.Apa kata nanti kita teruskan lakonan kita nie masa masuk kelas nanti?Aku pun sebenarnya memang sukakan Shin Ah Mie jugak,"balas Kyungsoo selamba tanpa menjawab pertanyaan Chorong.

Chorong hanya tercengang mendengar pengakuan selamba yang dibuat oleh Kyungsoo itu.Kyungsoo terus memberitahu rancangan seterusnya untuk mengenakan Ah Mie sekaligus membuat kejutan pada gadis itu nanti.

 

edited by: angelily95

140508

 


 

 

A/N>>Finally,bab 7 sudah siap.Sebenarnya bab ini sudah lama ditaip tetapi baru hari ini berkesempatan untuk diupdate...Ok tinggal lagi satu atau dua bab,cerita ini akan lengkap.Enjoy your reading guys!!Thanks pada yang setia untuk menunggu cerita ini diupdate,Maaf sebab lambat update.Thanks sekali lagi pada yang new subscriber.Jangan lupa tinggalkan komen.

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
LovelyPurple96
complete!!!yes!!i'm happy!!

Comments

You must be logged in to comment
misz_dina #1
Chapter 18: Wah...sweetnyer D.O....>\\\<
allya_safia #2
Chapter 15: Woahh daebak ah cite ni best!Awesome!amazing!jjang!*thumbs up* memule,sye igtkn chorong tu jahat and gedik sbb die selalu perasan cantik dgn die suke d.o sekali.last2 dielh yg tlg d.o. dgn ah mie.bertuah dpt kawan cam chorong tu~~
kayd2208 #3
Chapter 17: nak......buat ye
aidasafiah
#4
Chapter 17: Nak! Buat ah..
mieyhyun
#5
Chapter 16: Comelnya... lagi2 part cincin dlm cupcake tu... so sweet ><
xxxghostgirlxxx #6
Chapter 15: So sweeet >< Stiap kali bce , sy duk tersengih-sengih je xD Hahaha x) Lwknye xD
snashikin
#7
Chapter 15: i love u authornim. best gile cite ni. lain dari yg lain...
VIP_yousha
#8
Chapter 15: so sweettt !!! tahniah authornim ^^
aidasafiah
#9
Chapter 15: OeMGi! Sweet + romantik giler! Best ending dia :D
oppabimbap
#10
Chapter 14: Kyungsoo ahhh :-@ , youre being so y , fluffy and crazy :)