Missing You!!! (Part 3)

Sweet Cake For Sweet Love (Editing Process)

 

Di rumah Ah Mie ...

BOMMMMMM!!!

kedengaran bunyi letupan datang dari dapur rumah Ah Mie.

"Ahakkkkkkkkk!!!!!!Kek aaakkkkuuuuu!!!!!!"jerit Ah Mie.Habis meletup ketuhar milik ibunya.Kek yang dibuat olehnya  juga hancur.

Kenapa boleh jadi macam nie?

Sebenarnya semasa meletakkan kek yang hendak dibakar ke dalam ketuhar ,Ah Mie telah menetapkan suhu yang paling tinggi dengan masa yang paling minimum untuk membakar kek itu.Namun dek kerana kelekaannya yang asyik melihat resipi di dalam buku masakan ibunya menyebabkan tanpa dia sedari bahawa keknya itu telah lama masak.

 

Sedih hatinya melihat kek yang diidamkan hancur di depan mata sendiri.Matanya kemudian memandang sekitar dapur.Habis bersepah .Ish,satu kerja lagi nak bersihkan dapur ni.Dahlah badannya kurang sihat,kena pulak bersihkan dapur.Apa boleh buat,terima ajelah.

 

Berpeluh-peluh badan Ah Mie ketika mengemas dapur.Tiada satu pun sisa kek yang meletup itu tertinggal.Usai mengemas dapur,dia kemudiannya melihat jam yang ada di dinding dapur.Sudah pukul 2 petang rupanya.Ah Mie kemudian mengambil keputusan untuk membersihkan diri sebelum keluar untuk mencari kek coklat.

 

 

Setelah membersihkan diri,Ah Mie kemudiannya memilih pakaian untuk dipakai.Dia akhirnya memilih t-shirt lengan panjang bersama seluar jean hitam.Rambutnya yang panjang dibiarkan lepas.Setelah berpuas hati dengan penampilannya ,dia kemudian mencapai beg sandangnya dan segera keluar dari  rumah untuk ke kedai kek.

 

 


 

 

20 minit kemudian,Ah Mie tiba di kedai kek yang biasa di kunjunginya.Dia masuk ke dalam dan melihat Amber tersenyum menyambut  kedatangannya.

"Hai .Lama tak nampak"tegur Amber.
 

"Hai.Em ..saya sibuk dengan aktiviti sekolahlah.Biasalah,macam-macam aktiviti yang pihak sekolah anjurkan masa musim bunga nie,"jelas Ah Mie panjang lebar.

Amber hanya mengangguk mendengar penjelasan daripada Ah Mie.Dia kemudiannya mempelawa Ah Mie untuk melihat jenis-jenis kek yang terdapat di situ.

 

Ah Mie berjalan melihat satu persatu jenis aneka warna dan rasa kek yang terdapat di situ.Seperti biasa,dia memilih tetap memilih kek coklat berbentuk hati itu.

Sedang dia menunggu Amber untuk membungkuskan kek coklat itu,pandangannya kemudian tertumpu pada sepotong kek coklat berperisa stawberri.Kek itu nampak cantik dengan hiasan buah stawberri yang disusun rapi.

Amber yang selesai membungkus kek untuk Ah Mie hanya tersenyum memerhatikan Ah Mie yang begitu tekun meneliti kek strawberi yang baru dibuat oleh pembuat kek sambilan di kedainya itu.Tanpa Ah Mie sedari,Amber mengambil gambarnya dari sudut tepi menggunakan telefon bimbit seseorang. 

"Kek tu baru aje siap dihias.Awak perhati macam nak beli je,"tegur Amber yang mengejutkan Ah Mie daripada terus-menerus memerhatikan kek itu.

"Emmm memang rasa nak beli.Lagipun ,bosan jugak saya dengan kek coklat je.Boleh bungkuskan saya kek yang ini jugak?"pinta Ah Mie.Amber hanya mengangguk.

Usai membayar harga kedua-dua kek itu,Ah Mie keluar dari kedai kek itu dengan hati yang senang.Yalah,dapat makan dua biji kek yang sedap,sapa tak nak.

 


 

Di kedai kek tadi,..

Pembuat kek sambilan itu datang semula ke kedai itu apabila mendapati telefon bimbitnya tertinggal di situ.Ketika dia sampai di kedai itu,dilihat Amber sedang tersenyum.

"Oiii.apasal senyum sorang-sorang pulak nie?Kau buat apa dengan telefon aku tu??"tegur orang itu.Amber yang sedang memegang telefon bimbit orang itu pula terkejut dengan kehadiran semula pemilik telefon bimbit berkenaan.

"Errr D.O,kau rupanya.Apasal kau datang sini balik?Bukan semua kek kau dah hantar ke?"soal Amber bertubi-tubi.Telefon bimbit Kyungsoo yang berada di tangannya diletakkan di atas kaunter .

"Aku nak ambik telefon akulah.Kau buat apa denga telefon aku nie hah?"tanya Kyungsoo dengan nada marah.

Amber yang melihat wajah Kyungsoo berubah kemerahan segera menjelaskan hal yang sebenar.Dia tidak mahu ada salah faham Kyungsoo dengan dirinya tentang Amber yang bermain-main dengan telefon bimbit Kyungsoo jenama Iphone 5 itu.

"Kau jangan salah faham pulak kawan.Aku ada surprise untuk kau nie.Confirm kau terkejut nanti ,"jelas Amber.

Amber kemudiannya mengambil semula telefon bimbit Kyungsoo dan membuka ruang galeri.Dia menunjukkan sesuatu yang membuatkan marah Kyungsoo terhadap Amber reda.

"Kalau kau nak tahu,nie lah dia budak yang selalu beli kek kau tu.Kek kau yang berbentuk hati tumemang dia giler sangat.Tadi dia beli kek kau perisa strawberi pulak.Aku tengok dia memang giler betullah dengan kek kau tu,"jelas Amber panjang lebar.

Kyungsoo yang mendengar penjelasan Amber itu terus merampas telefonnya dari tangan Amber dan memerhatikan gambar yang diambil oleh Amber dari dudut tepi.

"Kau rupanya,budak.Tak datang sekolah,tapi boleh pulak keluar beli kek,"ujar Kyungsoo perlahan.

Amber yang terdengar Kyungsoo berkata sesuatu cuba untuk bertanya tetapi Kyungsoo dengan segera meminta diri untuk pulang ke dorm EXO.

Dia kemudiannya tersenyum melihat gelagat sahabatnya yang seorang itu.Dilihatnya Kyungsoo tersengih sendirian sambil menatap gambar di dalam telefon bimbitnya.

Rasanya sudah lama dia tidak melihat Kyungsoo berkeadaan begitu selepas pemergian Luna. "Semoga kau berbahagia,Kyungsoo,"bisik hatinya mendoakan kebahagian Kyungsoo.

 


 

Di rumah Ah Mie...

Sebaik sahaja sampai di rumah,dengan segera dia berlari ke dapur membawa kedua-dua kek yang dibelinya tadi.

 

Kotak pertama yang mengandungi kek coklat dibuka dan dipotong secara perlahan-lahan.Yang selebihnya pula disimpan di dalam peti sejuk yang kecil bagi mengelakkan di ketahui oleh dongsaengnya.

Selesai menyorokkan kek coklatnya,dia kemudian memotong separuh pula kek strawberi.Yang separuh lagi disimpan di dalam peti sejuk besar.Dia menikmati kedua-dua kek berkenaan tanpa sebarang gangguan

 

Hilang rasa demam yang menyerangnya pagi tadi setelah dapat makan kek coklat kegemarannya.Esok pasti dia boleh kembali ke sekolah.

Tidak sabar rasanya pula untuk melihat orang yang dirindui meskipun dia sudah 'berpunya'.Perlahan-lahan senyuman terbit dari bibir Ah Mie apabila mindanya mengingatkan tentang orang yang dirindui itu..

 

Hari itu,Ah Mie dan Kyungsoo sama-sama tersenyum sendirian.Ah Mie dengan kek coklat yang setia bersamanya manakala Kyungsoo dengan teleon bimbitnya pula .Masing-masing leka melayani perasaan berbunga di hati mereka tanpa sebarang gangguan.

 

edited by: angelily95

140508

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
LovelyPurple96
complete!!!yes!!i'm happy!!

Comments

You must be logged in to comment
misz_dina #1
Chapter 18: Wah...sweetnyer D.O....>\\\<
allya_safia #2
Chapter 15: Woahh daebak ah cite ni best!Awesome!amazing!jjang!*thumbs up* memule,sye igtkn chorong tu jahat and gedik sbb die selalu perasan cantik dgn die suke d.o sekali.last2 dielh yg tlg d.o. dgn ah mie.bertuah dpt kawan cam chorong tu~~
kayd2208 #3
Chapter 17: nak......buat ye
aidasafiah
#4
Chapter 17: Nak! Buat ah..
mieyhyun
#5
Chapter 16: Comelnya... lagi2 part cincin dlm cupcake tu... so sweet ><
xxxghostgirlxxx #6
Chapter 15: So sweeet >< Stiap kali bce , sy duk tersengih-sengih je xD Hahaha x) Lwknye xD
snashikin
#7
Chapter 15: i love u authornim. best gile cite ni. lain dari yg lain...
VIP_yousha
#8
Chapter 15: so sweettt !!! tahniah authornim ^^
aidasafiah
#9
Chapter 15: OeMGi! Sweet + romantik giler! Best ending dia :D
oppabimbap
#10
Chapter 14: Kyungsoo ahhh :-@ , youre being so y , fluffy and crazy :)