Kecewanya~
Sweet Cake For Sweet Love (Editing Process)Di dalam kelas....
Ah Mie duduk di mejanya sambil menongkat dagu.Dia menunggu Chorong di dalam kelas dan tidak bersamanya tadi kerana dia tidak sanggup untuk mendengar luahan yang bisa membuatnya makan hati berulam jantung pisang sambil cicah sambal belacan
Macam mana kalau Kyungsoo tak terima luahan Chorong tu?So,aku konfem ada chance lagi,bisik hati Ah Mie riang.Gelagatnya itu kalau orang lain nampak dah memang kena label orang kurang siuman dah.
Namun semua angannya hancur tatkala melihat wajah Chorong yang tampak happy giler. "Takkkan Kyungsoo dah terima confession dia kot?"bisik hatinya sayu.
Chorong mengambil tempat di hadapan Ah Mie yang memandangnya dengan wajah yang terlalu 'excited'. "Cuba kau teka apa jawapan Kyungsoo terhadap confession aku?"tanya Chorong.
"Dia terima kot"jawab Ah Mie dengan nada yang perlahan.
"Ya!!!Hundred percent betul.Pandai kau jawab!!"ujar Chorong gembira.
Ah Mie hanya tersenyum sahaja melihat reaksi rakannya yang terlebih 'gembira' tu.
"Kyungsoo terima ?Kenapa dia terima?Habislah chance aku.Punahlah angan aku.Em takpelah ,biarlah dia terima Chorong daripada dia terima aku.Aku nie siapalah dekat mata dia.Manalah cantik compare dengan Chorong yang rajin sangat 'jaga kulit' tu.."bisik hatinya dengan nada yang sedih.
Baru je Chorong hendak berkata sesuatu,kelihatan guru matapelajaran Sejarah masuk untuk memulakan pelajaran.Tidak lama selepas itu kelibat Kyungsoo kelihatan memasuki kelas sambil menjeling ke arah Chorong yang tersipu-sipu.
Namun bagi si dia,hatinya pedih melihat adegan itu.Dalam hati dia menangis tanpa ada sesiapa ketahui.
Tetapi tanpa Ah Mie ketahui,ada yang tersenyum saat melihat wajahnya berubah suram.Seseorang yang kerap memerhatikan tingkahnya semenjak dia masuk ke sekolah ini.Ada sesuatu yang berlaku disebalik semuanya ini.Cuma tunggu masa sahaja untuk diluahkan.
edited by: angelily95
140508
A/N...
Short update.Idea datang secara tiba-tiba .Chapter seterusnya going on.Maaflah kalau membosankan.Saya hanya taip mengikut idea yang dirangka menjadi sebuah susunan ayat yang catik dan sedap untuk dibaca.
~Enjoy ~
p/s:Kalau rajinkan...
Kalau rajin...
.......
......
......
.........
Kliklah Subscribe dan Komen jangan lupa!!^^
Bye-bye
Lagipun cerita akan lengkap tak lama lagi.
Hope korang sabar menunggu.
Comments