Sorry!! I'm Taken!!!

Sweet Cake For Sweet Love (Editing Process)

Hari ini Chorong melangkah masuk ke dalam kelas dengan wajah yang gembira.Seluruh kelas memnadangnya dengan hairan termasuk sahabatnya,Ah Mie.

 

"Kau kenapa ?Sengih semacam je..Baru menang loteri ke?"soal Ah Mie selepas Chorong mengambil tempatnya di hadapan Ah Mie.

Chorong memandang Ah Mie sambil berkata "Aku dah jatuh cintalah dengan seseorang".

 

"Dengan siapa pulak kali nie?Kau memang mudah jatuh cinta hatta dengan mamat Bangla yang jual karpet pun kau kata muka dia macam KIm Woo Bin,"ujar Ah Mie panjang lebar dengan nada sindiran.

"Alah kau nie.Saje jer kan nak perli aku.Aku memang mudah jatuh dengan lelaki yang hensem taw.Plus lagi aku nie kan cantik.So kalau si cantik berganding dengan si hensem,memang padan.Bagai...bagai apa orang kata?"

 

"Bagai si hodoh dengan si  jelek.Nak bersatu tapi hajat tak kesampaian,"balas Ah Mie.Chorong yang mendengar kata-kata Ah Mie itu terus memalingkan wajahnya ke arah Ah Mie yang sedang membaca buku Biologi itu.

 

"Ish betul-betul lah.Kau kan terror dalam bab-bab peribahasa nie.And you know what,aku nak confess dekat dia la hari nie,".

Terangkat terus kepala Ah Mie .Dia memandang Choorng dengan rasa tidak percaya. "Hari nie?Boleh aku tahu siapa orang yang kau minat tu?Dah lama ke kau minat dekat dia?Siapa nama dia?Aku kenal ke?"soalnya dengan bertubi-tubi.

Kelihatan pipi Chorong merah apabila mendengar soalan Ah Mie yang terakhir itu.Dia mengangguk perlahan. "Nanti kau tahulah.Rehat nanti kau teman aku jumpa dia dekat bumbung sekolah ye,"ujar Chorong mengakhiri perbualan mereka tatkala dia  melihat Kyungsoo sudah berada di sebelah Ah Mie.Wajahnya segera berubah merah.

Ah Mie yang melihat perubahan pada muka Chorong itu berasa hairan.Takkanlah dia minat dekat Kyungsoo jugak?soalnya perlahan. Kyungsoo yang terdengar namanya disebut segera menoleh ke arah Ah Mie yang sedang tunduk itu.

"Kau ada panggil aku ke tadi?"soal Kyungsoo.Ah Mie leka melayan perasaannya sehingga beberapa kali Kyungsoo memanggilnya dan ini memaksa Kyungsoo memukul kepalanya dengan kotak pensil miliknya.

"Auch!!!Sakitlah ahjuhsshi!!!"adu Ah Mie.Kyungsoo tersenyum sinis. "Khayal lagi.Aku tanya pun bukan kau dengar,"balas Kyungsoo dengan nada suara yang perlahan.

Ah Mie baru hendak membalas namun tidak kesampaian kerana Cikgu Yoon A sudah masuk untuk memulakan pelajaran Biologi pada pagi itu.

 

Pada waktu rehat..

"Mie Mie ,cepatlah."

Ah Mie yang sedang mengemas barangnya itu terus ditarik oleh Chorong dari kelas.Mereka berdua berlari-lari menuju ke bumbung sekolah.Habis semua pelajar yang melalui mereka berdua dirempuh oleh Chorong dan Ah Mie.

"Kau nie .Agak2 la tarik aku ke sini pun,"marah Ah Mie.Chorong hanya tersenyum sahaja.

"Aku tak sabarlah wey,"luah Chorong.

"Mananya budak tu?Kau dah cakap belum dengan dia belum?"soal Ah Mie .Dia mula rasa tidak menentu dan dengupan jantungnya mula tidak seiring dengan nafasnya.

Ish kenapa dengan aku nie?Chorong yang nak buat confession ,aku pulak yang rasa  berdebar.Ya Tuhan,tenangkanlah hatiku ini.

Hanya mereka berdua sahaja di atas bumbung sekolah itu.Ah Mie sudah berasa tidak tenang.Dia mengajak Choorng untuk turun namun Chorong tidak mahu.

 Tiba-tiba terdengar keriuhan dari anak tangga menuju ke hujung bumbung sekolah .Ah Mie dan Chorong segera menyembunyikan diri mereka disebalik dinding stor lama sekolah itu.

"Itu bukan King King ke?"soal Ah Mie.Chorong menganggukkan kepalanya.

"Apsal diorang datang sini?Eh,Kyungsoo pun ada?"soal Ah Mie bertubi-tubi sambil memandang ke arah Kyungsoo yang sedang memukul Baekhyun.Setahu Ah Mie,Baekhyun memang suka sangat mengusik si Kyungsoo sehingga mendapat pukulan yang teruk daripda Kyungsoo itu sendiri.

 

Di bahagian hujung bangunan...

"D.O,manan budak yang nak jumpa kau tu?Mustahak sangat ke sampai ajak jumpa kat atas bumbung ni?Aku dah lapar dah nie"rungut Chanyeol.Kyungsoo memaksa mereka semua untuk menemaninya bertemu dengan seseorang yang katanya ada hal mustahak nak beritahu dekat Kyungsoo.Jika mereka semua tidak mahu mengikuti kehendaknya,Kyungsoo mengugut untuk tutup dapur selama sebulan..Aduhai nasib la kau perut...

"Entah wey,lambat lagi ke?"soal Chen pulak.Kyungsoo menjeling ke arah Chen.

"Aku pun malas lah nak jumpa dia.Dia yang paksa-paksa aku ,paham?"balas Kyungsoo.

 

Tiba-tiba suasana menjadi senyap.Kyungsoo hairan dengan perubahan itu.Kai menunjukkan jarinya untuk berpusing ke belakang.

Kelihatan Chorong bersama Ah Mie. "Emm Kyungsoo,boleh kita berdua cakap sebentar?"soal Chorong perlahan.

Dia memandang ke arah kawan-kawannya dan mereka mengangguk perlahan.Kyungsoo mengajak Chorong ke tengah bangunan.Ah Mie pulak mengikuti langkah mereka berdua.Dia berjalan di belakang Kyungsoo.

Kyungsoo menghentikan langkahnya sambil kedua-dua tangannya dimasukkan ke dalam poket seluarnya.Wajahnya pulak tenang sahaja.

Chorong ajak aku ke sini semata-mata teman dia  luahkan perasaan dekat budak sombong nie?Kenapa Chorong boleh suka dekat dia pulak?Macam mana nanti kalau Kyungsoo terima luahan Chorong?bisik hati Ah Mie bertalu-talu.Jantungnya mula memainkan berbagai rentak.Dia meminta diri untuk ke tandas,namun hal yang sebenarnya dia tidak sanggup mendengar luahan Chorong kepada orang yang mula dicintainya sejak sebulan yang lalu.

 

"Apa hal yang pentingnya awak ajak saya ke sini?,"soal Kyungsoo dingin.

"Saya sebenarnya sukakan awak ,Kyungsoo.Semenjak awak masuk ke sekolah sini lagi,"luah Chorong.

Kyungsoo mengangkat keningnya. "Itu je?Itu ke hal penting awak tu?"soal Kyungsoo.Chorong mengangguk.

"Sorry because someone are catching my heart.By the way,thanks sebab sudi luangkan masa  dengan saya untuk mendengar luahan hati awak yang pada saya hanya memang 'ikhlas',"ujar Kyungsoo dan terus belalu pergi.

Chorong hanya tersenyum lemah. Sebelum Kyungsoo melangkah jauh,Chorong menahannya.Kyungsoo berpaling.

 

"Boleh saya tahu siapa gadis bertuah tu?"soal Chorong.

 

"Park Luna,"jawab Kyungsoo ringkas dan terus berlalu pergi ke kawan-kawannya.

 

Chorong tersenyum sedih. "Itu kenangan lama kau,Kyungsoo.Tapi aku tahu,ada orang lain yang kau suka,"bisiknya perlahan.

 

edited by: angelily95

140508

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
LovelyPurple96
complete!!!yes!!i'm happy!!

Comments

You must be logged in to comment
misz_dina #1
Chapter 18: Wah...sweetnyer D.O....>\\\<
allya_safia #2
Chapter 15: Woahh daebak ah cite ni best!Awesome!amazing!jjang!*thumbs up* memule,sye igtkn chorong tu jahat and gedik sbb die selalu perasan cantik dgn die suke d.o sekali.last2 dielh yg tlg d.o. dgn ah mie.bertuah dpt kawan cam chorong tu~~
kayd2208 #3
Chapter 17: nak......buat ye
aidasafiah
#4
Chapter 17: Nak! Buat ah..
mieyhyun
#5
Chapter 16: Comelnya... lagi2 part cincin dlm cupcake tu... so sweet ><
xxxghostgirlxxx #6
Chapter 15: So sweeet >< Stiap kali bce , sy duk tersengih-sengih je xD Hahaha x) Lwknye xD
snashikin
#7
Chapter 15: i love u authornim. best gile cite ni. lain dari yg lain...
VIP_yousha
#8
Chapter 15: so sweettt !!! tahniah authornim ^^
aidasafiah
#9
Chapter 15: OeMGi! Sweet + romantik giler! Best ending dia :D
oppabimbap
#10
Chapter 14: Kyungsoo ahhh :-@ , youre being so y , fluffy and crazy :)