Misi hampir terlaksana~~?

Sweet Cake For Sweet Love (Editing Process)

 

Malam itu,Ah Mie pulang ditemani oleh Kyungsoo.Mereka berdua pulang dengan berjalan kaki.Kyungsoo sendiri yang menawarkan dirinya untuk menemani gadis itu pulang.

 

Hati Ah Mie berdebar-debar tatkala dia berjalan berduaan dengan lelaki yang dicintainya.Dalam diam ,dia memerhatikan wajah Kyungsoo yang amat menarik perhatiannya,terutama di bahagian bibir.

 

"Dah puas ke tilik wajah aku nie?Hensem tak aku??"tanya Kyungsoo.

 

Ah Mie yang leka memandang wajah Kyungsoo  mengalihkan pandangannya.Dia mencebikkan bibirnya tatkala mendengar ayat Kyungsoo yang kedengaran agak poyo tu.

 

"Kau jangan nak perah santan sangat boleh tak?"tanya Ah Mie.

 

"Apa?Kau nak cari santan?Nanti aku carikan ya.Aku pun cadang nak masak nasi lemak untuk sarapan esok pagi dekat dorm kita orang,"balas Kyungsoo panjang lebar.

 

"Ish,susah betullah cakap dengan orang yang perasan nie,"balas Ah Mie balik.Dia berjalan laju meninggalkan Kyungsoo yang tersenyum .

 

"Hoi,tunggulah aku,"panggil Kyungsoo.

 

"Malas aku.Nak cepat,nanti umma dengan appa aku cari,"ujar Ah Mie.

 

Kyungsoo terpaksa berlari anak-anak untuk mengejar langkah Ah Mie yang semakin jauh meninggalkannya.Apabila sudah menghampiri langkah Ah Mie,dia mencapai tangan kanan gadis itu membuatkan Ah Mie terpaksa berpaling ke belakang.

 

"Kau nie kenapa?"tanya Ah Mie dengan nada yang kuat.

 

"Jalanlah perlahan-lahan.Teman aku dulu.Malam masih awal lagikan,"balas Kyungsoo sambil tersenyum lembut.Dia kemudiannya menyambung,"ala,umma dengan appa kau tak risaukan kaulah,"balas Kyungsoo.

 

Ah Mie berhenti berjalan dan memusingkan badannya menghadap Kyungsoo.

 

"Kau mana tahu umma dengan appa aku tak risaukan aku?Kau telefon mereka beritahu aku dengan kau ke?"tanya Ah Mie.

 

Kyungsoo turut membuat perkara yang sama apabila Ah Mie berhenti berjalan.Dia hanya tersenyum apabila mendengar soalan gadis di hadapannya itu.Dia mengeluarkan telefon bimbitnya yang berjenama Iphone 5s itu kepada Ah  Mie.

 

"Ya.Aku dah telefon parents kau beritahu mereka yang kau ada dengan aku.So,dah puas hatikan dengar penjelasan aku?Sekarang,jom kita pergi Sungai Han ,"jelas Kyungsoo panjang lebar.

 

Penjelasannya itu membuatkan Ah Mie bertambah bengang.Ishhh,dia nie.Sesuka hati dia je beritahu umma dengan appa aku,rungutnya di dalam hati.Dia berjalan mengejar langkah Kyungsoo yang sudah jauh meninggalkannya.

 

Lima belas minit kemudian...

Ah Mie tiba di Taman Rekreasi Sungai Han.Dia duduk di bangku yang menghadap Sungai Han.Kyungsoo turut mengikuti kelakuan gadis itu dengan mengabil tempat di sebelah Ah Mie,.

 

Ah Mie kemudiannya mengeluh perlahan.Dia melemparkan pandangan ke Sungai Han yang kelihatan tenang sahaja.Dia kemudiannya mengeluarkan buku puisinya dan mula menulis sesuatu.

 

Kyungsoo hanya memerhatikan sahaja perbuatan Ah Mie .Matanya kemudian menangkap sesuatu yang menarik perhatiannya.Itu buku puisi dia,kan?tanya Kyungsoo perlahan.

 

Ah Mie terus tekun menulis tanpa menghiraukan pandangan Kyungsoo pada dirinya.Adakalanya dia berhenti menulis dan kemudiannya menyambung menulis semula.Kyungsoo terus memerhatikan diri Ah Mie .

 

Ah Mie mengangkat kepalanya apabila dia terasa dirinya diperhatikan.Pandangannya bertembung dengan Kyungsoo.Mereka bertentang mata selama beberapa minit  sebelum Kyungsoo mendekatkan wajahnya dengan wajah Ah Mie dan.....

 

 

 

 

 

 

"Oiiiii!"jerit Ah Mie kuat dan menjauhkan wajahnya dari Kyungsoo.Jeritannya yang kuat itu membuatkan Kyungsoo terpaksa menutup kedua-dua telinganya.

 

"Ishhh kau nie.Tak payahlah nak jerit-jerit kuat sangat.Aku belum pekak lagilah,"marah Kyungsoo.

 

"Tahu pun.Siapa suruh kau tenung aku macam tu,"balas Ah Mie.

 

"Siapa suruh kau cantik sangat,"balas Kyungsoo sekali lagi dan kata-katanya itu membuatkan muka Ah Mie bertukar warna .

 

"Eh eh eh...cantiknya tomato dekat sebelah aku nie,"usik Kyungsoo.

 

"Kau ni.Aku manusialah.Bukannya sayuran,"marah Ah Mie.Dia segera mengemaskan barang-barangnya dan dimasukkan ke dalam beg sekolah.

 

"Aku nak baliklah.Malas nak layan mamat sewel macam kau nie.Bye.Jumpa esok ya,"ujar Ah Mie kepada Kyungsoo yang masih lagi setia memerhatikannya.

 

"Oit,esok datang sekolah awal ya.Aku ada hal nak bincang dengan kau,"pesan Kyungsoo.Ah Mie hanya mengangguk sahaja dan terus membuka langkah untuk meninggalkan Kyungsoo.

 

"Eh,tunggu aku.Aku teman kau baliklah.Umma dengan appa  dah pesan dekat aku jaga kau baik-baik."kata-kata Kyungsoo itu membuatkan Ah Mie menghentikan langkahnya semula dan berpaling ke arah Kyungsoo yang berjalan kepadanya.

 

"Oii Do Kyungsoo,bila masa pulak umma dengan appa aku jadi umma dengan appa kau?Hah,bila?bila?Cuba cakap dengan aku,"tanya Ah Mie memerhatikan wajah Kyungsoo yang tersenghi-sengih macam baru dapat makan kek.

 

"Emmm petang tadi rasanya.Eh,jomlah.Dah lewat dah nie,"ajak Kyungsoo sambil cuba mencapai pergelangan tangan gadis itu.

 

Dengan pantas Ah Mie mengelakkan tangannya daripada dicapai oleh Kyungsoo. "Aku boleh jalan sendirilah.Aku bukannya budak lima tahun lagi,"marah Ah Mie.

 

Ah Mie terus berjalan meninggalkan Kyungsoo keseorangan.Kyungsoo pula hanya melihat langkah Ah Mie yang begitu pantas meninggalkannya keseorangan.Aik,sekejap je dah hilang.

 

"Esok aku akan pastikan misi aku tu terlaksana,"katanya perlahan .Dia bertekad untuk melakukannya esok.Dia mesti buat.

 

Kyungsoo kemudiannya tersenyum sendirian sekali lagi apabila melihat sesuatu yang berada di tangannya. "Dia langsung tak perasan yang buku dia nie tertinggal."

 

Ah Mie langsung tidak tahu bahawa dia telah meninggalkan buku puisinya tanpa disedari.Kyungsoo pula baca puisi yang ditulis oleh Ah Mie itu.

 

Apabila dia membuka muka surat yang seterusnya,dia terkejut kerana  ada antara lagu kumpulannya yang dijadikan puisi oleh gadis itu.Nampaknya Ah Mie betul-betul mencintainya kerana setiap luahan gadis itu ditulis dalam bentuk puisi yang menarik.

 

Kyungsoo berjalan meninggalkan taman rekerasi itu dengan senyuman yang manis.Sesungguhnya apa yang terjadi pada malam ini merupakan antara yang paling indah terjadi di dalam hidupnya.

 

Bergaduh bersama gadis  tersayang di bawah cahaya bulan,menikmati pemandangan di Sungai Han bersama si comel dan yang paling penting,dia dapat melihat sinar cinta pada mata Ah Mie tatkala mereka bertentang mata tadi.

 

Apapun yang pasti,dia telah pun memiliki buku rahsia Ah Mie.

 

Namun begitu,tanpa disedari oleh Kyungsoo,dia sebenarnya diekori oleh tiga orang lelaki yang berpakaian ala ninja.Mereka bertiga mengekori setiap langkah Kyungsoo dan Ah Mie dari rumah Kyungsoo lagi..

 

Salah seorang dari mereka memegang kamera video dan merakamkan apa yang terjadi semasa di Taman Rekreasi Sungai Han tadi.Manaka dua orang lagi mengawal keadaan.Apabila selesai merakam,mereka cuba melihat semula rakaman itu.

 

"Kelakarlah tengok muka D,O kena marah dengan Mie Mie.Mereka berdua nampak comel kalau bergaduh,kan?"tanya salah seorang rakan mereka .

 

"Em betul tu.Kelmarin aku nampak D.O hyung asyik tersenyum seorang je.Aku tanya dia,jatuh cinta ke hyung?Tapi dia tak jawab apa-apa pun."terang rakan mereka yang berkulit hitam manis itu.

 

"Ya ke?Habis tadi,dia senyum je hari nie.Happy je aku tengok,"balas satu suara.Merka bertiga terkejut apabila mendengar suara yang amat-amat dikenali itu.

 

"Errr..betul tu.D.O hyung nampak happy betul hari nie.Kan ,Sehun,kan?"jawab Kai tergagap-gagap dan memandang dua orang lagi pengikutnya,Sehun dan Tao.

 

Mereka saling memandang antara satu sama lain.Kyungsoo bergerak menghampiri mereka bertiga dan melemparkan pandangan maut .Kai yang faham akan maksud pandangan itu sudah mula menelan air liurnya.

 

 

 

TBC~~~

 

 

A/N>>Maaf jika membuat anda semua tertunggu cerita ini.Enjoy.And thanks to new subscribes. ^^

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
LovelyPurple96
complete!!!yes!!i'm happy!!

Comments

You must be logged in to comment
misz_dina #1
Chapter 18: Wah...sweetnyer D.O....>\\\<
allya_safia #2
Chapter 15: Woahh daebak ah cite ni best!Awesome!amazing!jjang!*thumbs up* memule,sye igtkn chorong tu jahat and gedik sbb die selalu perasan cantik dgn die suke d.o sekali.last2 dielh yg tlg d.o. dgn ah mie.bertuah dpt kawan cam chorong tu~~
kayd2208 #3
Chapter 17: nak......buat ye
aidasafiah
#4
Chapter 17: Nak! Buat ah..
mieyhyun
#5
Chapter 16: Comelnya... lagi2 part cincin dlm cupcake tu... so sweet ><
xxxghostgirlxxx #6
Chapter 15: So sweeet >< Stiap kali bce , sy duk tersengih-sengih je xD Hahaha x) Lwknye xD
snashikin
#7
Chapter 15: i love u authornim. best gile cite ni. lain dari yg lain...
VIP_yousha
#8
Chapter 15: so sweettt !!! tahniah authornim ^^
aidasafiah
#9
Chapter 15: OeMGi! Sweet + romantik giler! Best ending dia :D
oppabimbap
#10
Chapter 14: Kyungsoo ahhh :-@ , youre being so y , fluffy and crazy :)