Kek Coklat dan Impian

Sweet Cake For Sweet Love (Editing Process)

Ah Mie berjalan di tepi kedai sambil matanya mencari kek coklat yang sudah lama diidamkannya. Dia berjalan dan terus berjalan, beberapa  kedai sudah dimasukinya namun tiada satu kedai kek pun yang memenuhi citarasanya .

 

 

" Ish,dah lama dah aku berjalan nie.Satu kek pun tak dapat makan lagi.Takde ke kedai yang sediakan kek dia lain daripada lain? " cakapnya perlahan.Setelah puas berjalan, dia menghentikan langkahnya. Entah mengapa,  hatinya tergerak untuk berpaling ke sebelah kanan.

 

" WAH!!! " mata Ah Mie terlihat sebuah kek yang berjaya menawan hatinya.

 

"Cantiknya bentuk kek tu.Baik aku beli sebelum omma aku telefon," ujarnya dan terus melangkah untuk memasuki kedai kek itu.

"Ya,boleh saya bantu cik,?" soal pembantu kedai itu.

"Err saya nak kek yang bentuk hati tu "

 

 

Pembantu kedai itu segera mengeluarkan kek yang diminta dan meletakkannya di dalam kotak kek yang cantik. Ah Mie meliarkan pandangannya sementara menanti keknya siap dibungkus. Tiba-tiba ,pandangannya terhenti.

 

Sekumpulan lelaki yang sedang melepak di dalam cafe bubble tea yang berhadapan di kedai itu  atau lebih tepat, seorang lelaki yang mempersonakan Ah Mie. Senyuman uniknya. Gaya ketawanya yang bersahaja. Lelaki itu berjaya menarik perhatian Ah Mie.

 

' Cantiknya senyuman dia ', puji hati Ah Mie.

 

 " Ish!! kenapa dengan aku nie.Takkan tengok senyuman dah angau " bisik Ah Mie sambil menampar pipinya perlahan.

 

 

"Err cik...cik,"panggil pembantu kedai itu.

 

Ah Mie masih lagi merenung ke arah lelaki yang berjaya menarik perhatiannya itu.

 

"Cik Hati...ooooo cik Hati......udah2 le tu merenung orang tu.Nak ke tak kek nie,"ujar pembantu kedai itu.

 

Ah Mie segera menoleh dan tersipu malu mendengar teguran itu.Usai membayar harga kek itu,dia segera keluar dengan perasaan malu. 

 

"Aik,mana geng tadi,?" soal Ah Mie sendiri apabila matanya tertumpu ke arah cafe bubble tea di seberang jalan. Sekumpulan lelaki tadi sudah tidak ada di cafe bubble tea itu. Ah Mie hampa.

' Emmm diorang dah blah la.Baru je nak pandang lama skit budak tadi.Tapi,seriously,senyuman dia ....senyuman dia macam.....' , detik hatinya sambil matanya kotak kek yang berada di tangannya itu.

 

Perlahan -lahan langkah Ah Mie ambil untuk meninggalkan kedai kek itu .Hatinya terus mengharap untuk berjumpa dengan lelaki  yang mempunyai heart shaped -lips itu.

 

 

Ah Mie akhirnya sampai di rumahnya selepas beberapa minit. Perlahan-lahan dia melangkah  masuk ke dalam rumah sambil memandang ke kiri dan ke kanan . Kek di tangannya dipegang erat. Dia ingin merahsiakan kek itu dari orang lain.

 

" O k,line clear," ujarnya sambil menutup pintu rumah. Saat dia hendak berpaling..

 

" BU! "  sergah sejenis makhluk yang berwarna serba putih.

 

"ARGHHHHH!!!!!  HANTU TEPUNNNGGG!!! " jerit Ah Mie lalu menutup matanya kerana ketakutan. .Kotak yang berada di tangannya terlepas dari pegangan dan jatuh ke lantai.

 

Ah Mie berhenti menjerit apabila menyedari kek itu terlepas daripada tangannya. Dia memeandang  ke arah kotak yang mengandungi kek itu.Pandangannya kemudian dialihkan ke arah lembaga bermuka putih itu.Lembaga itu tersengih ketakutan sambil berkata

 

"SO-ORRRY FOR YOU CAKE.A-AKU CUMA NAK MENGACAH AJE," lalu lari bertempiaran. 

 

"Ah Jun!! Siap kau kalau kek aku jahanam! " jeritnya bengang.

 

Ah Mie segera melihat keadaan kek itu.Senyuman terukir dibibirnya tatkala melihat keknya dalam keadaan baik-baik sahaja.Dia segera melangkah ke dapur untuk menikmati kek berbentuk hati itu.Mujurlah ibu bapanya tiada di rumah kerana pergi menziarahi mak cik sebelah ayahnya yang terlibat dalam kemalangan.Tinggallah  dia bersama adik lelakinya

 

 

.

Shin Ah Jun,adik lelakinya yang berusia 12 tahun itu seorang yang nakal .Dia seringkali membuat Ah Mie naik darah.Namun begitu,senakal-nakal pun budak lelaki itu,dalam bidang pelajaran dia merupakan pelajar cemerlang di sekolahnya.Dia tidak kurang hebatnya dalam olahraga kerana dia merupakan perenang peringkat kebangsaan .

 

 

Ah Mie tersenyum sendirian mengenangkan perangai adiknya itu.Telatah Ah Jun lah yang sering membuatkan dia tersenyum sendirian dan mengubat hatinya di kala sedih.Tiba-tiba,  Ah Mie terasa bajunya ditarik-tarik.

 

"Noona ,nak sikit kek tu boleh,?"pinta Ah Jun sambil membuat aegyo.

Ah Mie tersenyum dan menghulurkan pinggan yang mengandungi potongan kek itu kepada dongsaengnya itu.

 

"Makan lah, tak cukup ada lagi kat dalam peti seju tu.Tapi ingat ,jangan habiskan." pesan Ah Mie sambil menyuapkan kek coklat yang enak itu ke dalam mulutnya.

 

Ah Jun mengangguk dan berkata

 

,"Gomawo,noona.Jangan risau,kita tak kan habiskan kek tu sebab kita bukan hantu kek coklat macam noona,"ujar Ah Jun.

 

Ah Mie yang sedang makan itu tersedak. Dia menoleh ke arah Ah Jun yang sudah bangun untuk melarikan diri.

 

" YAHH!! jangan lari.Siap kamu kalau noona dapat kamu nanti," jerit Ah Mie sambil bangun untuk mengejar dongsaengnya itu.

 

Suasana rumah itu kecoh dengan telatah dua beradik yang berkejaran itu.

 

 


 

Sementara itu,di Asrama XOXO,Seoul.

 

Kyungsoo termenung sendirian.Dia baru berpindah dari Gyeonggi ke Seoul kerana mengikut keluarganya berpindah.Keluarganya membuka restoran lima bintang cawangan Seoul .Cawangan di Gyeonggi akan diuruskan oleh pekerja yang dipercayai oleh ayahnya.Dengan hati yang tidak rela,  dia terpaksa mengikut keluarganya.

 

 

 

 

Ketika baru sampai di Bandaraya Seoul ini,Kyungsoo tidak mempunyai ramai teman.Dia hanya membantu appanya menguruskan restoran di samping mengikuti kelas vokal yang dihadirinya tiga kali seminggu.Dengan begitu,kebosanannya di kota besar ini dapat dihilangkan.

Dia jugak sering mengambil bahagian dalam pertandingan nyanyian yang dianjurkan di bandar raya besar itu.

Namun begitu,kehidupannya berubah semenjak menjadi trainee dan artis.

 

Dia masih ingat lagi bahawa seseorang telah datang bertanya kepadanya adakah dia berminat untuk menjadi penyanyi.

 

Kyungsoo hanya memandang kosong orang yang berwajah seperti pelakon aksi Hong Kong yang terkenal iatu Jackie Chan.

"Ermmm.Kyungsoo minat menyanyi.Dia sudah menjadi juara beberapa kali dalam pertandingan yang dihadirinya.Hobi dia pun menyanyi.Sampaikan dekat dapur pun dia menyanyi," elas appanya.

 

Kyungsoo terkejut mendengar penjelasan appanya." Appa, "panggil Kyungsoo.Dia tidak suka jika appanya memberitahu kelebihannya kepada orang lain.Orang itu hanya tersenyum mendengar penjelasan appa Kyungsoo.

Dia tahu Kyungsoo memang minat menyanyi kerana dia pernah terlihat Kyungsoo menyanyi dalam satu pertandingan nyanyian yang dianjurkan oleh syarikat tempat dia bekerja iatu SM Entertaiment.

 

"Maaf jika awak pelik bagaimana saya tahu awak boleh menyanyi.Biar saya perkenalkan diri saya,Lee Min Soo,salah seorang guru vokal di SM Entertaiment.Ini kad saya,awak boleh datang ke pejabat saya bekerja jika awak ingin jadi artis.Syarikat saya akan menguruskan segalanya ,awak hanya perlu datang untuk melapor diri sahaja.Sayang jika bakat awak yang terserlah itu dibiarkan,"ujarnya panjang lebar .

Usai berkata sedemikian,Lee Min Soo meminta diri.

 

Kyungsoo hanya memandang kad yang ditinggalkan oleh individu tersebut.Dia mengambil kad itu dan memalingkan wajahnya kepada appanya.Appanya hanya mengangguk,bagaikan mengerti apa yang bermain di fikiran anaknya.

 

Setelah menjadi trainee selama dua tahun,Kyungsoo akhirnya debut bersama rakan-rakannya yang lain .Kumpulan mereka yang diberi nama EXO itu menjadi sebuah boyband yang terkenal di dunia.Mereka menewaskan kepopularan kumpulan senior mereka iatu SHInee dan Super Junior yang telah lama bertapak dalam industri muzik ini.

 

 

 

 

 

"D.O hyung.." panggil Kai.

Kyungsoo masih lagi dengan lamunannya.Kai naik geram apabila panggilannya tidak dijawab.

"Yah!! D.O hyung," sergah kai.

 

 

Kyungsoo terkejut dan segera melemparkan bantalnya ke arah Kai yang berdiri disampingnya itu.

 

 

"Nak apa?" soal Kyungsoo.

"Lapar,nak makan."ujar Kai sambil memegang perutnya. Kyungsoo menoleh ke arah Kai.

 

"Lapar?Bukan tadi kamu dah makan nasi dua pinggan ke?" soalnya .Kai hanya tersengih mendengar kata -kata hyungnya itu.

 

"Tu petang tadi punya cerita.Sekarangkan dah tengah malam.Memang la lapar.Hyung,"balas Kai.

 

Kyungsoo melangkah ke dapur dan membuka peti sejuk.Kai hanya memerhatikan langkah hyungnya itu dan tidak lama selepas itu mukanya kembali ceria tatkala melihat Kyungsoo memanaskan makanan yang disimpannya.Dia tahu yang Kai akan menyuruhnya memasak,namun pada malam itu dia malas hendak memasak.

 

"Emm duduk makan.Sudah makan ,basuh semua pinggan dan periuk tu.Jangan bagi kotor dapur ni," pesan  Kyungsoo

 

.Kai hanya mengangguk. Kyungsoo melangkah ke biliknya untuk tidur.Esok adalah hari baru buatnya kerana dia akan mula bersekolah di sekolah baru .Pendaftarannya diuruskan oleh SM entertaiment bersama ahli Exo yang lain.Dia bertukar sekolah semasa mengikut keluarganya berpindah dan sekali lagi dia berpindah sekolah atas permintaan pihak pengurusan yang memintanya untuk tinggal  dan bersekolah bersama ahli Exo yang lain.

 

Perlahan-lahan,  matanya tertutup. Tidak lama kemudian, kedengaran dengkuran halus daripada Kyungsoo.

 

edited by: angelily95

140416


A/N:maaf andai first chapter yang panjang dan terlalu meleret.hope korang boleh komen andai cerita ini terlalu membosankan.saya hanya menulis mengikut imaginasi saya.besarlah jugak harapan saya andai anda meringankan jari anda untuk menekan butang SUBSCRIBE.

 

JANGAN LUPA UNTUK SUBSCRIBE,COMMENT AND KALAU MENARIK KLIK UPVOTES YE!!!

thank you.

saranghae...

Lucky_Qaseh.

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
LovelyPurple96
complete!!!yes!!i'm happy!!

Comments

You must be logged in to comment
misz_dina #1
Chapter 18: Wah...sweetnyer D.O....>\\\<
allya_safia #2
Chapter 15: Woahh daebak ah cite ni best!Awesome!amazing!jjang!*thumbs up* memule,sye igtkn chorong tu jahat and gedik sbb die selalu perasan cantik dgn die suke d.o sekali.last2 dielh yg tlg d.o. dgn ah mie.bertuah dpt kawan cam chorong tu~~
kayd2208 #3
Chapter 17: nak......buat ye
aidasafiah
#4
Chapter 17: Nak! Buat ah..
mieyhyun
#5
Chapter 16: Comelnya... lagi2 part cincin dlm cupcake tu... so sweet ><
xxxghostgirlxxx #6
Chapter 15: So sweeet >< Stiap kali bce , sy duk tersengih-sengih je xD Hahaha x) Lwknye xD
snashikin
#7
Chapter 15: i love u authornim. best gile cite ni. lain dari yg lain...
VIP_yousha
#8
Chapter 15: so sweettt !!! tahniah authornim ^^
aidasafiah
#9
Chapter 15: OeMGi! Sweet + romantik giler! Best ending dia :D
oppabimbap
#10
Chapter 14: Kyungsoo ahhh :-@ , youre being so y , fluffy and crazy :)