Apa maksud dia??What mission??

Sweet Cake For Sweet Love (Editing Process)

 

"Sebenarnya,kami telah menyebarkan cerita bahawa Ah Mie adalah punca kematian Park Luna,teman wanita Kyungsoo oppa.Ah Mie yang menyebabkan kesedihan Kyungsoo oppa atas kematian teman wanitanya,"jelas Hyuna.

 

Ah Mie pulak hanya tercengang mendengar penjelasan Hyuna.Satu penjelasan yang baginya tidak masuk akal langsung.Manalah dia kenal Park Luna tu.Bilalah pulak dia pernah berjumpa dengan mendiang Park Luna nie,bisik hatinya.

 

"Sebenarnya Ah Mie aku cemburu dengan kau.Aku cemburu dengan kau selepas aku dengar pengakuan kau pada Kyungsoo oppa semasa di bumbung sekolah pada tiga minggu yang lepas,"jelas Hyuna.

 

Bertambah tercenganglah si Ah Mie nie. "Bila masa la pulak aku buat luahan dekat Kyungsoo nie??Bukan Chorong ke?"tanya Ah Mie .

 

Dia kemudiannya memandang Chorong untuk kepastian namun apa yang berlaku sebaliknya.Secara tiba-tiba wajah Chorong dan Kyungsoo berubah. Takkanlah mereka dengar pengakuan itu???

 

Ah Mie yang perasan akan perubahan pada wajah mereka berdua berasa hairan,namun dia tidak mengendahkannya.Timbul persoalan di dalam hatinya,mengapa wajah mereka berdua berubah secara tiba-tiba?Apakah ada rahsia yang mereka sembunyi daripada aku ke?

 

"Eh masa tu,aku mana ada dekat bumbung sekolah.Aku pergi tandaslah masa tu,"jelas Ah Mie.Kini bukan Ah Mie yang tercengang,tetapi ahli kumpulan 4Minute pula yang tercengang.

 

"Bukan yang masa tu.Aku dengar ada Kyungsoo oppa cakap yang dia sebenarnya sukakan k....."belum sempat Hyuna menghabiskan ayatnya,salah seorang ahli EXO mencelah perbualan mereka semua.

 

"Eh,korang sudah-sudahlah tu ya.Mie Mie pun dah maafkan korangkan.Jadi apa tunggu lagi,sila keluar ya,"ujar Kris selaku penyelamat keadaan.Semua ahli 4Minute terkejut dengan kejadian itu.Mereka memandang antara satu sama lain sebelum memandang Ah Mie dan yang lain.

 

"Betul ke Mie Mie ?Kau dah maafkan kami semua?Betul ke??Kami semua ingin meminta maaf sekali lagi ya jika apa yang kami semua buat ni dah menyusahkan kau,"ujar Jiyeon yang bersuara mewakili ahli kumpulan mereka sambil membongkokkan diri mereka di hadapan Ah Mie dan berlalu pergi.

 

Ah Mie pula hanya melihat sahaja apa yang berlaku di hadapannya.Dia kemudiannya mengalihkan pandangan ke arah Chorong dan Kyungsoo yang kini sedang berdiri di hadapannya pula.Dilihatnya Kyungsoo dan Chorong saling berbalas senyuman antara satu sama lain.Namun begitu,Ah Mie berasa hairan tentang ayat terakhir yang diucapkan oleh Hyuna tadi.

Chorong dan Kyungsoo pula menghembus nafas lega apabila Hyuna tidak sempat menghabiskan ayatnya.Mereka memandang antara satu sama lain sebelum membalas senyuman antara satu sama lain.

 

"Chorong,"panggil Ah Mie .Chorong menoleh ke arah Ah Mie yang sedang berdiri di hadapannya bersama Kyungsoo.

"Ya?"

"Kau tahu tak apa maksud ayat terakhir Hyuna tadi?Ada apa-apa yang aku tertinggal ke ?"tanya Ah Mie .Semua yang berada di situ tersentak apabila mendengar pertanyaan Ah Mie.

Geng EXO yang mendengar pertanyaan Ah Mie itu segera meminta diri dengan alasan untuk mencari meja dan kerusi yang baru buat Ah Mie.Chorong pulak hanya terkedu dan wajah Kyungsoo sekali lagi berubah kemerahan.

 

"Ap..ap..apa kata kau tanya Kyungsoo je ?Aku tak berani nak jawab apa-apa,"jawab Chorong dan berlalu masuk ke  dalam kelas.Ah Mie memandang Kyungsoo yang ingin mengucapkan sesuatu namun tidak jadi apabila loceng waktu rehat telah berbunyi menandakan waktu rehat telah tamat.

 

Tidak lama kemudian,geng EXO kembali bersama kerusi dan meja yang baru untuk Ah Mie dan diletakkan di sebelah meja Kyungsoo.Ah Mie mengucapkan terima kasih kepada mereka dan kembali ke tempat duduk barunya.

 

Beg dan buku sekolah miliknya juga turut dipulangkan semula oleh oleh kumpulan 4Minute sebentar tadi.Ah Mie sudah pun memaafkan mereka walaupun di dalam hatinya masih tersimpan perasaan marah.

 

Seketika kemudian,guru mata pelajaran Matematik pula yang masuk untuk meneruskan P & P seperti biasa.Ah Mie dan Kyungsoo kemudiannya berbalas senyuman antara satu sama lain sebelum menumpukan perhatian kepada pembelajaran pada hari itu.

 

'Terima kasih kawan,atas pertolonganmu pada hari ini,'bisik hati Ah Mie.

 

Ah Mie merasakan bahawa hari itu merupakan hari yang berbahagia buat dirinya.Rindunya sedikit terubat apabila melihat senyuman Kyungsoo yang unik itu.

 

 

 

Kring!!!!!!!!

 

Loceng sekolah berbunyi menandakan waktu persekolahan telah tamat.Ah Mie dan Chorong bersama-sama melangkah keluar dari kelas sambil berbual tentang mata pelajaran yang diajar oleh guru mereka di dalam kelas tadi.

 

Setibanya di hadapan pintu pagar sekolah,mereka berpisah.Chorong pulang dengan menaiki kereta yang dijemput oleh pemandu keluargnya.Dia turut mengajak Ah Mie untuk naik bersama namun ditolak baik oleh gadis berambut panjang itu.

 

Ah Mie pulang bersendirian sambil menyanyi kecil.Ketika tiba di persimpangan untuk ke  rumahnya,tangannya telah ditarik masuk ke dalam sebuah kereta yang berhenti di sisinya.Ah Mie meronta-ronta melepaskan diri sebelum terasa pandangan di sekelilingnya bertukar menjadi gelap.

 

Dua puluh minit kemudian,..

Perlahan-lahan Ah Mie membuka matanya dan melihat sekelilingnya berwarna kekuningan keemasan.Dia melihat kiri dan kanannya .Dengan perlahan-lahan,Ah Mie cuba untuk bangun dari pembaringannya namun pergerakkannya terhenti.Dalam masa yang sama,hatinya tertanya-tanya,dia berada di mana sekarang nie?

 

Dia melihat orang yang cuba menghalang pergerakkannya itu. "Ka..kau?Kenapa aku boleh ada dekat sini?Aku sekarang nie dekat mana?"tanya Ah Mie pada orang itu.

Orang itu kemudiannya menghembuskan keluhan sebelum menjawab pertanyaan Ah Mie. "Kau tadi pengsan selepas kena tampar dengan kawan aku.Sebab apa kau kena tampar,nanti aku jelaskan.Sekarang nie aku nak kau rehat,"ujar orang itu dan melangkah keluar dari bilik itu meninggalkan Ah Mie yang terpinga-pinga.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Di ruang tamu...

 

Selepas keluar dari bilik Ah Mie,dia kemudiannya melangkah keluar menuju ke ruang tamu untuk merehatkan badan bersama rakan-rakannya yang lain.Kedengaran suara mereka ketawa bergema memecahkan ruang sunyi di dalam rumah besar itu.

 

Apabila dia tiba di ruang tamu,mereka semua berhenti ketawa apabila melihat kelibat rakan mereka yang seorang itu di tengah-tengah rumah berkenaan.

 

"Macam mana dengan dia,hyung?"tanya salah seorang rakannya.

 

"Dia dah sedar.Bangun je,terus tanya macam-macam.Itulah kau,aku cakap jangan tampar dia,tapi kau tampar jugak,"marah lelaki itu.

 

"Entah kau ni,Sehun.Siapa yang susah hati sekarang nie?"marah salah seorang rakan mereka yang mempunyai mata yang cukup seksi untuk dipandang oleh para peminat mereka.

 

"Ish ,kau orang semua ni.Senyap sudahlah.Nanti terbongkar pulak pasal misi aku dengan Chorong,"marah Kyungsoo.

 

Terdiam mereka semua apabila mendengar perkataan 'misi' yang keluar daripada mulut Kyungsoo sendirr. "Misi?Apa misi kau dengan Mie Mie nie?"tanya Baekhyun.

 

Kyungsoo segera mendekati mereka bersebelas dan menjelaskan lagi dengan lebih terperinci tentang rancangannnya dengan Chorong.Lima minit kemudian,kesemua member geng EXO mengangguk faham tentang misi yang dimaksudkan oleh Kyungsoo itu sendiri.

 

 

Di bilik yang dihuni oleh Ah Mie...

 

Ah Mie perlahan-lahan bangun dari katil dan membuka pintu bilik itu dengan perlahan.Dia sudah tidak betah untuk duduk dengan lebih lama lagi.Kakinya berjalan menuju ke ruang makan di rumah besar berkenaan apabila mendengar suara Kyungsoo.

 

Sampai sahaja Ah Mie di sana,mereka semua terdiam seketika.Ah Mie memandang pelik mereka semua. "Kenapa pandang aku macam tu?Pelik sangat ke aku nie?"tanya Ah Mie.

 

Pertanyaan Ah Mie itu membuatkan semua member EXO hanya tersenyum sahaja.Mereka semua memandang Kyungsoo dan Kyungsoo mengerti akan pandangan rakan-rakannya.

 

 Kyungsoo kemudiannya bangun dan dia menarik tangan Ah Mie ke meja makan.Dia turut menghulurkan sepotong kek perisa strawberi ke dalam pinggan Ah Mie.

 

Wajah Ah Mie pula berubah kemerahan yang amat kerana layanan Kyungsoo kepadanya.Di dalam hatinya ,dia tertanya-tanya.Mengapa dia boleh berada di rumah ini?Apa sebabnya?Dan yang paling hairan sekali, mengapa Kyungsoo melayannya dengan lembut sekali?

 

Lamunan Ah Mie terputus apabila mendengar suara Sehun."Hyung,good luck in your mission,"ucap Sehun.

 

"Mission?What mission?"tanya Ah Mie.Dan sekali lagi,Kyungsoo melemparkan pandangan maut kepada Sehun,maknae geng EXO.

 

Sehun yang menyedari dia sudah terlepas cakap ,segera mengangkat punggungnya dan meminta diri.Kyungsoo pula bersiap sedia untuk mengejar Sehun yang baginya,tak habis-habis timbulkan masalah je.

Member EXO  yang lain ketawa apabila mereka mendengar jeritan Sehun.Itu bermakna maknae mereka sedang 'dibelasah' oleh ummanya,Kyungsoo.

 

Ah Mie juga ketawa apabila melihat situasi berkenaan berlaku di hadapannya.Dia mengunyah perlahan kek perisa strawberi itu dan terperasan akan sesuatu.

 

Sekali lagi,seribu persoalan timbul pada dirinya dan soalan itu hanya mampu dijawab oleh Kyungsoo sahaja.Ya,hanya Kyungsoo sahaja.Tentang misi,tentang dia berada di sini,dan yang paling utama,tentang kek yang sedang dimakan oleh Ah Mie sekarang ini.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

TBC..^^ 

Annyeong..

jumpa di lain chapter..

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
LovelyPurple96
complete!!!yes!!i'm happy!!

Comments

You must be logged in to comment
misz_dina #1
Chapter 18: Wah...sweetnyer D.O....>\\\<
allya_safia #2
Chapter 15: Woahh daebak ah cite ni best!Awesome!amazing!jjang!*thumbs up* memule,sye igtkn chorong tu jahat and gedik sbb die selalu perasan cantik dgn die suke d.o sekali.last2 dielh yg tlg d.o. dgn ah mie.bertuah dpt kawan cam chorong tu~~
kayd2208 #3
Chapter 17: nak......buat ye
aidasafiah
#4
Chapter 17: Nak! Buat ah..
mieyhyun
#5
Chapter 16: Comelnya... lagi2 part cincin dlm cupcake tu... so sweet ><
xxxghostgirlxxx #6
Chapter 15: So sweeet >< Stiap kali bce , sy duk tersengih-sengih je xD Hahaha x) Lwknye xD
snashikin
#7
Chapter 15: i love u authornim. best gile cite ni. lain dari yg lain...
VIP_yousha
#8
Chapter 15: so sweettt !!! tahniah authornim ^^
aidasafiah
#9
Chapter 15: OeMGi! Sweet + romantik giler! Best ending dia :D
oppabimbap
#10
Chapter 14: Kyungsoo ahhh :-@ , youre being so y , fluffy and crazy :)