Chapter 3

King vs Queen!?
Please Subscribe to read the full chapter

“Siapa yang kotorkan kelas ni!?” soal Mr. Yoseob iaitu guru bahasa kelas 401. Tangannya sudah mencekak pinggang.

Kelas itu kelihatan seperti baru dilanda gempa bumi. Semua meja senget-benget, kerusi tunggang-langgang, kertas berteraburan manakala lantai pula dipenuhi dengan bangkai lipas. Nasib baiklah lantai tidak retak.

“Siapa!?” jerkah Mr. Yoseob. Seisi kelas sunyi. Tidak berani mengeluarkan apa-apa bunyi walaupun bunyi helaan nafas mereka. Nasib baiklah mereka masih bernafas.

“Kim Taehyung……………… kot,” kata Krystal. Perkataan ‘kot’ itu diperlahankan. Semua pelajar 401 memandang V.

“Apa?” soal V dengun muka tidak bersalah. Dia berasa aneh kerana semua mata memandangnya seperti dia adalah satu-satunya makhluk yang taraneh, terunik dan tercomel di situ. Tetapi, yang sebenarnya dia sememangnya aneh.

“Dia yang libas kotak yang ada lipas tu tadi,” ujar Luna sambil menyuding jari ke arah V. Mr. Yoseob menjungkit kening. Dia seperti tidak berpuas hati dengan jawapan tersebut.

“Libas? Kamu libas pakai apa?” soal Mr. Yoseob.

Bang!! Tangannya dihentakkan ke meja V. Jejaka itu sudah kecut perut.

“Tt… tan…tan…”

“Tanganlah cikgu. Takkan pakai garfu kot,” celah Jin dengan riak muka selamba. Dia ingin membela sahabatnya yang disayanginya dan dikasihi itu walaupun apa yang dikatakan oleh Luna sebentar tadi itu benar.

“Diam! Saya tanya dia bukan kamu. Atau… kamu yang buat?” ujar Mr. Yoseob. Tangannya menyunding ke arah Jin.

“Tak, bukan saya,” Jin menggangkat kedua-dua tangannya ke atas. Yup! Dia memang berani.

‘Nenek aku kata berani kerana benar,’ getusnya.

“Tak, saya tak buat. Saya terlanggar dan saya dah ucap sorry dekat diorang,” kata V.

“Betul, saya saksinya cikgu,” kata Jungkook yang tampil sebagai saksi bukan seksi. Mr. Yoseob masih lagi tidak puas hati.

“Baiklah. Memandangkan tiada yang nak mengaku, jadi hari ni saya putuskan untuk memberi homework lebih sikit. Sikit aje, tak banyak,”

Krik krik. No respond.

“Ada sesiapa nak membantah?” soal Mr. Yoseob. Semua pelajar menundukkan kepala mereka menghadap meja. Mereka semua tidak berani berkata apa-apa. Pasrah ajelah.

“Tak ada? Bagus. Senanglah kerja saya. Suga, sebelum balik nanti kamu ke meja saya. Ambik latihan untuk kelas kamu. Pastikan semua ambik dan siapkan. Esok saya nak periksa,”

 

*

 

“Ni semua sebab kaulah, V. Kan dah dapat homework tinggi menggunung. Semalam pun sebab kau yang… bla… bla… bla…”

“Apa yang nyah tu merepek?” soal Jungkook. Dia mengambil tempat di sebelah V.

V hanya menjungkitkan bahunya. Rambut Jin sudah berserabai. Dia serabut mendengar syarahan Luna. Setiap kata-katanya membuatkan satu sel otak Jin mati.

“Habislah semua tahi telinga yang aku simpan. Semuanya cair,” rungut Jin. Jari kelingkingnya dimasukkan ke dalam lubang telinganya. Dia mahu memeriksa sama ada ianya fakta atau auta.

Jungkook menampar dahinya ma

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
starlight_miss
Saya update chapter 27 esok ajelah. Dah ngantuk sangat dah ni. Itu pun kalau sempat

Comments

You must be logged in to comment
qilah_92 #1
Best citer ni
amalinnasuha07 #2
Chapter 30: Update soon
pcy_chanyeolgf
#3
Chapter 1: And last lets popularize Bangtanstal fanfics ❤️❤️❤️
pcy_chanyeolgf
#4
Chapter 1: Just for advice, I suggest you put Bangtanstal tags, Kookstal tags if this is a story about Jungkook and Krystal, or Vstal tags if this is a story about V and Krystal... And I hope Krystal ends up with V ❤️❤️❤️❤️
dina_taetae42 #5
Chapter 30: sweet je V dgn krystal nih . sian jungkook
smys23 #6
Chapter 30: Update soon author :)
princea2899 #7
Chapter 30: Mianhae author nim. .. capter nie x berape nk best. .. nk kookie. .. nk kookie. .. tpi author nim. .. cerita author nim mmg best. .. ♡♥♡♥
update soon~ ~~ ♡♥♡♥
fatinnadryea #8
Chapter 29: Can't wait for your next story!!author nimm palli seyyeoo.
smys23 #9
Chapter 29: Waiting for yr story :))