Chapter 4

King vs Queen!?
Please Subscribe to read the full chapter

“Siapa kata aku yang main pintu! Kau tu jalan tak pakai mata. Mata kau letak dekat mana!? Kepala lutut!?” marah Krystal. Hatinya sudah panas kerana dituduh sebegitu rupa. Dia merasakan dirinya tidak bersalah, tetapi Jungkook yang melanggar pintu itu ketika dia ingin keluar dari kelas.

“Urm… Tak kot. Aku rasa mata kau tu pun ada masalah! Mata aku yang dekat atas ni punyalah cantik kau kata kau letak dekat kepala lutut. Buta ke hape!?” tengking Jungkook sambil membeliakkan matanya. Dia berdiri dan membersihkan pakaiannya.

Jungkook melangkah kehadapan supaya dapat berdiri dihadapan Krystal. Pergaduhan face to face. Barulah seperti anak lelaki. Anak lelaki ke yang cari gaduh dengan perempuan?

Pelajar lain tidak mengambil kisah tentang makhluk berdua ini. Nanti kalau diikut campur, jadi masalah lain pula.

‘Tak guna,’ getus Krystal. Giginya diketap. Tangannya mengepal penumbuk. Geram! Jungkook memulangkan paku keras kepada Krystal. Kata-kata Jungkook tadi menyakitkan hati gadis ini.

Dush! Dush!

“Haa… Kan dah dapat seorang seketul. Asyik nak gaduh aje, tak ada kerja lain ke?” marah Victoria. Tangannya sudah menjadi merah. Bukan kerana marahkan budak berdua ini, tetapi kerana memukul kepala batu mereka.

‘Auch, sakitlah. Patutnya aku hempuk aje budak berdua ni pakai batang penyapu,’ gumamnya. Tangannya berdenyut.

Oleh kerana sakit hati plus sakit tangan, Victoria mengheret dua badut itu memasuki kelas dengan cara yang paling senang. Tarik telinga! Baru padan dengan muka mereka.

“Duduk!” arahnya. Dia amat benci melihat budak berdua ini bergaduh. Hanya menyakitkan hati, mata, dagu, hidung dan yang seangkatan dengannya.

Pertengkaran ini hanya akan menjejaskan imej kelas 401. Itu sahaja. Langsung tidak memberi manfaat kepada yang lain.

Krystal dan Jungkook akur dengan arahan tersebut. Victoria mempunyai kuasa veto disitu kerana dialah ketua pelajar dan ketua kelas 401.

Mereka duduk tanpa kata tetapi mata Jungkook tetap merenung tepat ke arah Krystal. Krystal tidak berani untuk membalas renungan Jungkook. Victoria merenung kedua-dua manusia dihadapannya ini.

‘Apa aku nak buat dengan badut-badut ni?’ dia bermonolog sendirian. Tangannya disilangkan kedadanya. Pandangannya dilemparkan keluar tingkap. Kalau dia berfikir sambil melihat keadaan kelas, boleh jatuh tergolek, berguling-guling dan mungkin juga boleh mati terkejut. Kelas bagai sangkar buaya atau lebih teruk. Sangat bersepah! Meja yang senget-benget, kerusi yang tunggang-terbalik.

Pelajar 401 masing-masing membuat kerja sendiri. Kebanyakannya tidur.

‘Dapat dah idea,’ jarinya dipetik. Senyuman jahat terukir di bibir Victoria.

‘Nasib korang la nak jadi apa nanti,’ getusnya.

 

*

 

“Ahh… sakitnya,” Krystal berbunyi lagi. Penyapu ditangannya dicampakkan ke dinding.

Dia melabuhkan punggungnya ke atas meja berdekatan. Jungkook hanya menggelengkan melihat kelakuan gadis itu.

“Asyik mengeluh aje, bila kerja nak siap? Cepat sambung kerja. Aku pun dah tak larat dah ni,” kata Jungkook. Niatnya ingin bertekak dengan gadis itu sudah terbantut apabila melihat wajah Krystal berubah pucat.

“Kau okey?” soal Jungkook. Dia juga melabuhkan punggungnya di atas meja yang bertentangan dengan Krystal. Gadis itu mengangguk lemah. Matanya merenung lantai. Cuba menahan matanya dari terpejam.

“Aku tengok kau macam tak okey aje. Tak apalah, biar aku yang habiskan kerja ni. Lagipun tinggal kemas aje. Kau berehatlah dulu,” kata Jungkook. Dia tidak mahu oleh sebab dia, gadis yang disukainya dalam diam dihadapannya ini sakit. Krystal mengangguk.

“Nae. Thanks, Kookie,” ucap Krystal perlahan.

 

*

 

Pintu bilik stor ditutup rapat dan dimangga. Kuncinya disimpan

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
starlight_miss
Saya update chapter 27 esok ajelah. Dah ngantuk sangat dah ni. Itu pun kalau sempat

Comments

You must be logged in to comment
qilah_92 #1
Best citer ni
amalinnasuha07 #2
Chapter 30: Update soon
pcy_chanyeolgf
#3
Chapter 1: And last lets popularize Bangtanstal fanfics ❤️❤️❤️
pcy_chanyeolgf
#4
Chapter 1: Just for advice, I suggest you put Bangtanstal tags, Kookstal tags if this is a story about Jungkook and Krystal, or Vstal tags if this is a story about V and Krystal... And I hope Krystal ends up with V ❤️❤️❤️❤️
dina_taetae42 #5
Chapter 30: sweet je V dgn krystal nih . sian jungkook
smys23 #6
Chapter 30: Update soon author :)
princea2899 #7
Chapter 30: Mianhae author nim. .. capter nie x berape nk best. .. nk kookie. .. nk kookie. .. tpi author nim. .. cerita author nim mmg best. .. ♡♥♡♥
update soon~ ~~ ♡♥♡♥
fatinnadryea #8
Chapter 29: Can't wait for your next story!!author nimm palli seyyeoo.
smys23 #9
Chapter 29: Waiting for yr story :))