Chapter 22

King vs Queen!?
Please Subscribe to read the full chapter

Hari yang ditunggu telah tiba. Hari jamuan reunion kelas 401. Tetapi, hubungan Jungkook dan Krystal tetap dingin.

Krystal langsung tidak memberi Jungkook peluang untuk menjelaskan semuanya dan Hara masih lagi tinggal bersama mereka. Itu yang menyebabkan Krystal masih menjauhkan diri dari Jungkook.

Hari ini juga Krystal terpaksa menumpang V untuk menghadiri jamuan reunion kelas mereka. Nasib baiklah V merupakan bekas rakan sekelasnya juga.

“Krystal, jomlah masuk sekali,” tegur V mematikan lamunan Krystal.

“Uh? Jom,” Krystal tersenyum. Lengan V dipautnya. Mereka melangkah masuk ke dalam Dewan Star yang merupakan tempat majlis itu berlangsung.

Tidak lama kemudian, Jungkook tiba. Jejaka itu melangkah keluar dari keretanya. Jungkook mengunci pintu keretanya. Namun, dia masih lagi tidak melangkah masuk ke dewan.

Apa yang menarik perhatian dia ialah kereta sport kuning yang di parking di sebelahnya.

‘Lelaki tu ada kat sini,’ gumamnya sambil tersenyum sengat. Jungkook jalan bersendirian memasuki dewan.

 

*

 

“Itu pun Jungkook,” kata V. Jarinya ditundingkan ke Jungkook yang sedang berjalan sendirian.

“Jungkook, sini,” Jin memanggil Jungkook. Jejaka itu berjalan merapati sahabat-sahabat lamanya dengan senyuman. V berlagak seperti tiada apa berlaku antara dia dan Krystal.

“Lama tak jumpa kau. Kau macam mana sekarang? Sihat?” ujar V.

“Weh, lama kita tak jumpa,” kata Jungkook sambil menumbuk perlahan bahu V.

‘Lama tak jumpa? Haha… Jumpa tu memang tak. Tapi, aku ni hari-hari tengok kau,’ getus V. Jungkook meletakkan tangannya di bahu V.

“Aku rindu korang,” ujar Jin mengesat air matanya yang sudah mahu mengalir. Dasar drama king!

“Tulah. Aku rindu korang jugak,” kata Jungkook dengan senyuman di bibirnya. Matanya meliar mencari Krystal. Dia berharap agar Krystal berada bersama pemilik kereta sport kuning itu.

Namun, sangkaannya meleset sama sekali. V perasan yang Jungkook sedang perhatikan Krystal.

“Weh, kau still minat Krystal ke?” Jungkook memandang V dan Jin bersilih ganti. Mereka berdua menayang muka menagih simpati kepada Jungkook.

“Korang jangan buat muka macam tu boleh tak? Hodohlah,” kata Jungkook. V menggeleng.

“Heran apa. Cepatlah bagitau. Aku dah penat ni,” kata V.

“Kau buat apa sampai penat?” tanya Jin. V mengeluh.

“Penat buat muka macam ni doh,” V menyunding ke arah mukanya. Pecah tawa Jungkook dan Jin melihat telatah V.

“Perangai kau tak pernah berubah,” kata Jungkook dalam tawanya.

“Kau pun,” balas V. Wajahnya kembali normal.

‘Penatlah aku melayan dia ni. Tak menghargai langsung apa yang aku buat,’ getus V. Dia memandang Krystal yang sedang bersembang rancak dengan Luna.

“Yup. Aku masih sukakan dia. Kenapa?” ujar Jungkook. V berpaling ke arah Jungkook.

“Alah. Aku baru nak masuk line,” V menarik muka masam. Jungkook menepuk perlahan bahu V sambil menggeleng.

‘Sorrylah, bro. Dia isteri aku,’

 

*

 

“Selamat datang kepada para tetamu yang dicintai dan dihormati. Terima kasih dan sayang kerana anda sudi datang ke jamuan reunion untuk kelas 401. Setelah sekian lama kita semua tidak bersua muka. A

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
starlight_miss
Saya update chapter 27 esok ajelah. Dah ngantuk sangat dah ni. Itu pun kalau sempat

Comments

You must be logged in to comment
qilah_92 #1
Best citer ni
amalinnasuha07 #2
Chapter 30: Update soon
pcy_chanyeolgf
#3
Chapter 1: And last lets popularize Bangtanstal fanfics ❤️❤️❤️
pcy_chanyeolgf
#4
Chapter 1: Just for advice, I suggest you put Bangtanstal tags, Kookstal tags if this is a story about Jungkook and Krystal, or Vstal tags if this is a story about V and Krystal... And I hope Krystal ends up with V ❤️❤️❤️❤️
dina_taetae42 #5
Chapter 30: sweet je V dgn krystal nih . sian jungkook
smys23 #6
Chapter 30: Update soon author :)
princea2899 #7
Chapter 30: Mianhae author nim. .. capter nie x berape nk best. .. nk kookie. .. nk kookie. .. tpi author nim. .. cerita author nim mmg best. .. ♡♥♡♥
update soon~ ~~ ♡♥♡♥
fatinnadryea #8
Chapter 29: Can't wait for your next story!!author nimm palli seyyeoo.
smys23 #9
Chapter 29: Waiting for yr story :))