Chapter 5
King vs Queen!?Bunyi ketukan dari pintu telah mengganggu tumpuan Krystal. Kalah lagi! Sudah tiga kali dia mengulang level 27, tapi masih lagi tidak dapat mencapai markah yang ditetapkan.
‘Nak apa lagi unnie ni?’ omelnya. Langkah kakinya diatur mendekati pintu. Tombol pintu dipulas dan pintu terbuka.
”Krystal!!!” tubuh kecil gadis itu dipeluk erat oleh Luna. Krystal terperanjat mendengar jeritan itu. Telefonnya tercampak ke arah manusia di belakang Luna.
“Tolong! Tolong!” pinta Krystal perlahan dek sesak nafas akibat pelukan Luna yang terlampau erat itu.
“Woi! Sudahlah tu. Kitaorang datang bukan nak tengok drama swasta kat sini, tapi nak melawat kawan kau yang sengal tu,” ujar V. Tegurannya membuatkan Luna tersentak lalu meleraikan pelukan.
“Hehe… sorry,”
Krik krik.
“So, kau macam mana?” soal Jin memecah kesunyian. Luna datang melawat Krystal dengan membawa Jungkook and the gang. Niatnya untuk melawat sahabat karibnya seorang diri tetapi Jungkook enggan mengalah.
Hampir 1 jam dia bertekak dengan Luna. Hampir roboh kelas akibat pertengkaran mereka. Jungkook juga ingin melawat Krystal juga dengan alasan dia rasa bersalah atas kejadian semalam.
“Aku okay je. Yang korang ni mimpi apa datang melawat aku ni?” soal Krystal sambil melabuhkan punggung di birai katilnya. Luna turut mengikut jejak langkahnya. Mereka bertiga masih berdiri dihadapan pintu bilik Krystal.
“Entah. Kaki ni tiba-tiba rasa gatal nak jalan pergi rumah kau,” ujar V sambil menunjuk kakinya. Jungkook yang berdiri dibelakang Jin dan Jungkook hanya membisukan diri.
Jessica datang menghantar makanan dan minuman untuk mereka berlima. Mereka hanya memandang Jessica dengan pandangan kosong. Loading 78%.
“Krystal, ajaklah kawan-kawan tu masuk. Tak baiklah biarkan mereka berdiri dekat depan pintu,” tegur Jessica. Krystal hanya menggangguk mendengar teguran kakaknya itu.
Jungkook, Jin serta V melangkah masuk ke dalam bilik Krystal selepas melihat anggukan Krystal.
“Thanks,” ucap Jungkook sambil melemparkan senyuman kepada Jessica. Gadis itu membalas dengan senyuman juga.
Kemudian, dia melangkah keluar dari bilik adiknya. Krystal menghantar unnienya ke muka pintu dengan pandangan tidak puas hati. Pintu ditutup rapat oleh Jessica.
Krik krik.
“Kenapa awak tak pergi sekolah hari ni?” soal Luna memecah kesunyian yang sekali lagi melanda bilik itu. Sejak Jessica keluar, mereka hanya berbalas pandangan sahaja.
“Saya bangun lewat… kot,” jawab Krystal. Perkataan ‘kot’ itu sengaja diperlahankan. Luna bingung.
“Kenapa Jungkook kata awak sakit?” soal Luna lagi. Matanya melirik ke arah Jungkook yang duduk di tempat duduk yang dilekatkan pada tingkap.
“Dia cakap macam tu ke?” soal Krystal. luna hanya mengangguk.
“Siapa suruh dia pengsan kat depan tangga. Pastu aku juga kena angkut dia balik. Dahlah berat,” Jungkook bersuara.
“Siapa suruh kau hantar aku balik?” balas Krystal kasar.
“Tak ada sesiapa. Aku cuma kesian aje,” kata Jungkook tenang.
“Kenapa pula kesian?” tanya Krystal lagi. Mereka akan memulakan pergaduhan di sini. Yang tiga orang lagi hanya menjadi penonton.
“Sebab setahu aku dekat sekolah kita tu, waktu malam lipas ada buat party
Comments