Chapter 7
King vs Queen!?‘Mana Kookie ni?’ rungut Krystal. Matanya meliar mencari susuk tubuh Jungkook di celah-celah pelajar-pelajar 401 yang berada di dataran perdana.
‘Ha, itu pun dia,’ kaki Krystal pantas melangkah ke arah Jungkook.
*
‘Waktu macam nilah tali kasut ni nak terbuka,’ rungut Jungkook.
“Yang kau bawak gitar tu kenapa? Mr. Kwangsoo tak marah ke?” tegur Krystal. Jungkook mendongak memandang Krystal yang berdiri di sebelahnya.
“Tak. Aku dah mintak izin dia semalam,” jawab Jungkook.
“Owh,”
“Siap! Jom. Kita dah lambat ni,” ujar Jungkook sambil memegang tangan Krystal dan berlari ke arah pelajar 401 yang sedang menunggu di hadapan bas.
*
“Semua dah ada?” soal Mr. Kwangsoo kepada ketua kelas.
“Dah,” jawab Victoria ringkas.
“Good. Sekarang, para pelajar diminta beratur bersama pasangan masing-masing dan boleh naik bas. Jangan tolak-tolak,” pesan Mr. Kwangsoo.
“Baik!”
*
“Kita nak duduk dekat mana?” soal Krystal tanpa memandang wajah Jungkook. Jungkook berpaling ke arah Krystal.
“Mana-mana ajelah,”
“Kita duduk dekat sana,” kata Krystal sambil menarik tangan Jungkook. Krystal mengambil tempat di sebelah tingkap manakala Jungkook duduk di sebelahnya.
*
Setelah semua pelajar 401 menaiki bas, bas tersebut bergerak menuju ke desitnasinya. Suasana di dalam bas sunyi sepi. Mereka semua sibuk dengan gajet dan hal masing-masing. Jungkook hanya termenung manakala Krystal sudah terlelap.
‘Bosannya,’ gerutu Jungkook. Telefon bimbit di tangannya di pandang sepi.
‘Hah! Aku ada idea,’
“Woi, orang sebelah,” tegur Jungkook.
V berpaling ke arah Jungkook dengan muka yang masam mencuka. Dia masih tidak berpuas hati kerana terpaksa berpasangan dengan Daehyun. Daehyun yang duduk di sebelahnya hanya mendengar lagu.
“Jom kita menyanyi. Aku bosanlah,” ajak Jungkook. V membalasnya dengan anggukan.
“Aku pun
Comments