Chapter 26
King vs Queen!?“Krystal!” aku menoleh ke arah jeritan itu sebelum jatuh terduduk akibat ditampar.
Jungkook… he is here. Ugh! Damn it!
“Apa salah dia yang ka- awak tiba-tiba tampar dia?” Jungkook menyoal. Matanya tidak lepas memandang aku. Aku rasa macam boleh tembus aje kalau letak kertas antara aku dan dia. Panahan mata dia sungguh tajam. Okey, mungkin bukan tembus tapi terbakar. Haha…
Aku menyelit anak rambut yang berjuntai di dahi ke belakang telinga sebelum berdiri semula dan menjawab soalannya.
“Because of you,” pada wajahnya aku sudah tahu yang dia tidak mengerti apa yang aku katakan.
“I buat semua ni semua sebab you tapi you masih tak nampak apa yang I buat ni betul. Tak apalah. Dari I duduk sini kena maki free, lebih baik I blah dulu. Byee,” aku berjalan terus ke luar apartment mereka melepasi Jungkook tanpa melihat wajahnya walaupun sekilas.
Hati aku sakit. Sangat sakit! Bukan saja hati aku yang sakit, tapi pipi aku juga. Aku yakin yang pipi aku sekarang ni mesti merah but did anybody care? No!
Aku melangkah masuk ke dalam lif selepas pintunya terbuka tanpa melihat ke dalam. Kenapa? Adakah aku malu? Tidak! Tapi aku nak sorokkan air mata aku yang sudah jatuh dan mengalir di pipi.
Kenapa dia tak nak dengar cakap aku dari mula lagi? Kenapa? Tanganku laju sahaja menekan butang G pada dinding lif. Air mata yang mengalir laju di pipi aku tidak endahkan. Aku tahu yang aku perlu kuat lalui semua ni tapi, aku tak cukup kuat untuk lalui semua ni.
Bila Jungkook sudah mula terlibat dalam hal mereka, tak mungkin mereka akan lepaskan dia begitu saja sebelum apa yang mereka targetkan mereka dicapai. Tapi apa yang mereka nak?
Ting! Pintu lif terbuka selang seberapa saat selepas lif itu berbunyi dan aku hanya berdiri statik di situ. Sudah tiada kekuatan untuk meneruskan lagi langkah. Mataku dipejam. Biarlah aku disini untuk sementara sampai aku sudah ada tena
Comments