Chapter 2
King vs Queen!?KRINGG!!! Bunyi loceng menandakan waktu pulang.
Kecoh? Yup! Semua pelajar 401 berlari keluar seperti sekolah hendak runtuh. Itulah yang dapat dikatakan untuk menggambarkan telatah pelajar kelas 401.
Waktu balik, semua pelajar 401 kecuali Jungkook and the gang akan merempuh satu-satunya pintu kelas yang terletak dihadapan. Hampir ranap pintu itu akibat dirempuh oleh mereka semua sedangkan hari ini baru hari pertama persekolahan.
"Macamlah pintu tu nak lari," kata Jin. Buku text di tangannya masih ditatapnya.
"Abaikan ajelah. Sekurang-kurangnya diorang masuk keluar pakai pintu," ujar V. Jin menarik muka masam. Dia tahu yang V sedang memerli dirinya.
Jin biasanya akan masuk ke kelas melalui tingkap di pintu belakang. Dia memang bijak! Sangat bijak.
"Door is not my style," ujar Jin selamba. Matanya masih meng'scan' buku text itu. Jungkook kelihatan masih lagi khusyuk merenung MP4 baru.
"Oit! Lepas ni kita nak buat apa? Kau ada plan?" soal V. Kerusi Jungkook disepaknya.
"Baliklah," balasnya malas. Matanya masih tidak lepas dari MP4 itu.
"Balik!? Bo... san... la..." keluh V. Syiling kelas direnungnya. Tiba-tiba...
TEETT!!!
"Tak guna," Jungkook bersuara. MP4 itu sudah kehabisan battery.
V memandang Jungkook aneh. Jungkook menayang MP4nya yang sudah kehabisan bateri.
'Haha... padan muka!' V tiba-tiba ketawa sendirian.
"Jom," kata Jin yang baru sahaja mendapat ilham selepas memerah otaknya sehingga busuk. Sebiji mentol yang berkuasa tinggi bertenggek di atas kepala Jin. Idea jahatnya sudah muncul.
"Pergi mana?" soal Jungkook dan V serentak.
"Somewhere..."
*
Di hadapan bilik stor
"Woi, Pluto! Kita nak buat apa dekat sini?" soal Jungkook. Dia sudah bosan menunggu Jin membuka pintu bilik stor yang bermangga sebesar kepalanya itu.
"Kita tak buat apa-apa. Kita duduk sini dan menganga aje," jawab Jin.
"Eh, kejap. Kau panggil aku apa tadi? Sesedap kau je nak panggil aku Pluto. Botol kicap pun ada nama. Nama aku punyalah comel, kau panggli aku Pluto?" leter Jin tidak puas hati. Tangannya masih lagi ligat membuka pintu bermangga itu.
"Menganga huh? Apasal tak kau buat chicken dance aje?" kata Jungkook sambil menyilangkan tangannya di dadanya. Kotak comel yang dihiasi dengan manik dan reben ditangannya dibaling.
"Aku tak nak, tapi kalau kau nak buat boleh aje. Ni idea kau, jadi aku tak nak terlibat," kata Jin tanpa memandang wajah Jungkook.
"Korang berdua sembang pasal apa ni? Pasal nak main ape ke? Kalau main Ultraman lawan Kick Buttowski pakai berus gigi tu aku nak ikut sebab aku nak jadi Ultraman Zero, tapi kalau tak aku nak chow dulu," sampuk V.
'Apalah yang budak ni fikirkan,' getus Jungkook lalu menampar dahinya.
"Ultraman Zero? Apasal tak jadi Ultraman Seven? Baru la best," ujar Jungkook.
"Ultraman Seven dah tua. Dari aku jadi Ultraman Seven lebih baik aku balik dan... baca buku? Kot," balas V. Dia sudah kehabisan tenaga untuk berfikir. Tapi, dalam masa yang sama dia tak mahu kalah dengan Jungkook walaupun hakikatnya, dia sudah kalah.
"What? Buku? Tak pernah kau nak baca buku, komik tu adalah. Kau ni kan bla... bla... bla..."
"Whatever... Kan best kalau ada Krystal F(x) kat sini. Boleh la aku buat chicken dance untuk dia. Comel gitu," kata V sendirian. Merajuklah katakan. Jungkook masih lagi bersyarah ber
Comments