Chapter 8

Arjune Armanda [OG]
Please Subscribe to read the full chapter

BANG!!

BANG!!

      ERGHHHH BOOMER!! YIKSS 

Laju jari seseorang menekan tetikus dengan laju supaya Boomer alien si gemok muntah hijau itu mati. 

" Omg disgustingnya, even tak kena dekat aku " bebel si dia. Karakter bernama Zoey itu terus maju masuk ke dalam sebuah bilik di sudut hujung hotel. Keyboard E ditekan , Ammo diisi dan beberapa bag safety dan boom diambil. Terus karakter itu laju menebak beberapa zombi yang mara ke arah mereka. 

Mata Chang Jun sibuk memerhatikan figura itu bermain. Mulut si gadis tidak henti- henti mengomel apabila zombi semakin dekat dan banyak .

" Tak padan dengan sakit, cuba bawa berehat" tegur Chang Jun senada. Matanya masih ralit memandang skrin dan kemudian muka Lilly Armanda yang masih focus bermain laptop. 

Esc ditekan.

Game stop.

" Askar... awak buat apa dekat sini ?" soal Lilly Armanda. Kini game yang dia main dia berhentikan sekejap disebabkan kehadiran mamat sekor ni. Malam - malam macam ni datang jumpa anak dara orang dekat wad. Lilly Armanda kurang selesa, lagipun dah malam dan hanya mereka berdua di dalam ward. Cuma bunyi bising game menemani Lilly Armanda.

" Stop calling me like that. Kau boleh panggil aku Chang Jun, or Captain" Tempat duduk di ambil dan beberapa buah potong di dalam bekas diserahkan pada Lilly Armanda. Last mereka berjumpa 3 hari lepas dan sekarang lelaki ini  dihadapanya. Mujur Lilly Armanda sentiasa pakai shawl hitamnya walaupun dia seorang diri di ward. Takut - takut doktor Min datang secara tiba - tiba. 

" Diet aa" jawabnya pendek. Bekas buah itu dihulurkan semula. 

" Mana ada gemuk makan benda ni" Chang Jun meletakkan bekas buah itu di atas laptop Lilly Armanda yang masih mood pause game. 

" Mood kau nampak gembira hari ini " tegur Chang Jun memerhatikan Lilly Armanda mengambil garfu di dalam bekas itu. Ada beberapa jenis buah di dalam bekas itu. Anggur, epal dan mango.

Mango di ambil dulu dan disuap ke dalam mulut. Manis!

" Mestilah, awak nak tahu... saya tak jadi balik tau...!"

Chang Jun mengerut dahi. Tak jadi balik? so perempuan depan dia ni lebih suka sakit dan stay dekat hospital lama - lama la ?. Pelik betul perempuan ni. Sebernanya, Chang Jun hanya mahu melawat Lilly Armanda dari luar ward sahaja, disebabkan dari hujung lorong lagi dia sudah mendengar suara Lilly Armanda terpekik main game dia terus masuk dalam ward tanpa ketukan. 

Kalau ketuk bukan dia sedar pun kan?

Lebih baik dia masuk.

Nasib baik ward dia tiada jiran, kalau tak mesti dah kena ceramah dengan nurse sebab bising waktu malam. 

" Balik mana?" soal Chang Jun polos. Garfu di tangan Lilly Armanda di ambil perlahan ketika gadis itu sedang tersengih kecil. Buah mango di ambil. 

" Ish, negara saya laa. Parents saya bergaduh dengan grandpa dan Hae In. Tapi Grandpa kena teruk. Kesian Grandpa, Babah, Mama salahkan Grandpa tentang kes dekat bank tempoh hari. Tapi babah tak marah pun saya sebab.."

" Sebab, kau anak manja " laju mulut Chang Jun memotong. Terus cebik mulut Lilly Armanda, garfu di tangan Chang Jun dirampas. Bekas buah pun ditarik jauh dari Chang Jun. Padan muka tak boleh makan buah.

Bawakkan untuk aku kan?!, kenapa nak makan sama- sama . Tak sweet pun. Hump!

" Okk back to story..ehemm.. Mama marah saya, and Grandpa. Tapi saya mengaku yang saya nakal, degil, Mama hampir tak bagi saya sambung degree dekat sini. Tapi sebab saya dah dapat biasiswa dekat sini Mama bagi. Eheee, pandai tak saya cari alasan"

Nakal, degil...

Bibir hujung Chang Jun ternaik sedikit, tahu pun mengaku diri tu nakal dan degil. Ohh satu lagi, kuat nangis. Ya perempuan ini patut mengaku yang dia kuat nangis dan acah berani. Hingus pun terkeluar, Chang Jun redha saat kolar bajunya terkena sedikit hinggus Lilly Armanda. Tak mahu dia mengamuk di situ disebabkan jaket bajunya, tak memasal dia di label Captain tiada perasaan walaupun hakitkatnya dia memang hati kering. 

Lilly Armanda sedar muka Chang Jun tersengih sinis.

" Good girl my Manda... Nakal, degil, acah berani, acah Hero, kuat nangis..- lagi" Chang Jun tersengih lebar sambil menghintung dengan jari. Apa lagi yang patut dia sebut untuk panaskan hati gadis ini. 

" Oh-, penyibuk- wo wo rileks la "

Bekas buah itu laju dibaling tepat ke arah dada bidang Chang Jun, dan belum sempat Chang Jun tangkap bekas buah itu jatuh. Mujur tiada buah lagi. 

Semuanya selamat mendarat dalam perut Lilly Armanda. Biar kesemua organ sistem pecernaan buat kerja. 

" Pergi balik la Kachang! " 

" Kachang?, kau panggil aku kacang?? " membulat mata Chang Jun. 

Adakah Lilly Armanda sedang shamming nama dia?. Excuse me, nama Chang Jun tu nama legend askar tahun 80-an tau (*rekaan)

" Fine, Lilly Alamanda!" Chang Jun tersengih. Tubuhnya dipeluk sambil menjeling tak nak kalah. Kau dah shamming nama aku, aku shamming nama kau balik. Fair and square right?

" APA ni ! , ustaz tengok dia ni! ..ishh. Nama saya Lilly Arrrrmanda.. bukan Alamanda .."

" Alamanda and Argh, Manda. Dua - dua sama ..."

" Lain laa!"

" Sama.."

" TAK"

" Sama..."

" Iye iye sama... dua - dua sama maksud"

Mereka berdua bertekak tanpa henti sampailah mata mereka mula bertembung lama. Dua - dua terdiam, tersedar tindakan mereka seperti anak - anak kecil yang bergaduh ejek siapa paling bagus dan siapa tidak. 

" urgh, sorry" serentak mereka meminta maaf. 

Suasana di dalam ward senyap tiba- tiba. Lilly Armanda hampir lupa yang gamenya masih di pause. Segera dia menekan butang quit game. 

"Er..Nama awak Chang Jun kan. Awak lahir bulan June ke ?" soal Lilly Armanda.

Haih Lilly Armanda ni, soalan pepelik apalah kau pergi tanya dia ni. Lilly Armanda sibuk menekan sesuatu matanya ralit memandang skrin laptop. Rasa pelik pula kalau tenung mata askar di depanya ni. Mata Grandpa pun kalau tenung lama - lama pun seram tahu tak. Ni apa ntah lagi yang hensem dan garang depan dia. 

" Nama kau Lilly Alamanda.. kau lahir dekat kebun bunga ke ?" soal Chang Jun balik. 

Lilly Armanda tercengang, sekarang ni Chang Jun kenakan dia balik ke ?. Tak sekarang ni dia bukan nak mengejek nama Chang Jun pun cuma dia hendak bertanya. Selalunya ibu bapa akan beri nama anak related pada bulan atau apa- apa sahaja? so, dia cuma nak tanya maksud nama Chang Jun.

Melihat Lilly Armanda masih merenung skrin kosong itu, Chang Jun terus meletakkan handphone dan rantai bunga pada meja katil Lilly Armanda.

" Tak delah, mana ada lahir bulan Jun.. aku lahir bulan tiga" 

" Samalah, nama saya Lilly Armanda.. bukan Al..saya pun tak lahir dekat kebun bunga. Lahir dekat hospital swasta. Yang mahal top 3 " balas Lilly Armanda balik.

" Ohh..samalah. Aku lahir dekat hospital top 1 . Takat 3, tak best dia nak number 1"

Kening Chang Jun terjongket - jongket. Rasa puas apabila dapat mengusik Lilly Armanda. Ntah kenapa dia rasa suka apabila bergurau dengan Lilly Armanda walaupun mereka bukan kenal pun. Baru beberapa kali berjumpa. 

" Lain kali sebut nama orang tu baik- baik. Setiap nama ada maksud dan doa. Bila awak panggil nama orang tu, awak mendoakan dia.. tapi kalau awak pelat

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
No comments yet