Chapter 10

Arjune Armanda [OG]
Please Subscribe to read the full chapter

           Kek Red Velvet dikeluarkan dari peti sejuk. Lilly Armanda tersenyum kecil, bertungkus- lumus dia menyiapkan kek  Red Velvet. 

" Woah kek, nak nak! " tegur Qaisarah secara tiba- tiba. Belum apa- apa Qaisarah sudah mengapai pisau di tepi Lilly Armanda untuk memotong kek kesukaan mereka berdua tapi ditegah oleh Lilly Armanda.

" Mana boleh, ni Grandpa punya" ujar Lilly Armanda. 

" What?, Grandpa mana makan kek satu biji macam ni " decit Qaisarah. Dia dah lah rindukan kek Red Velvet buatan kakaknya dan sekarang dia tak boleh makan dek kek ini kepunyaan Grandpa. 

Lilly Armanda mengeleng kepala. Dia sendiri pun tak tahu kenapa Grandpa nya beria - ria suruh dia siapkan Kek Red Velvet sebelum hari ini. Nak kata hari ni ada birthday tak pula. Masing - masing punya birthday lambat lagi. Mungkin Grandpa teringin nak makan?

'Ting tongg'

Loceng rumah berbunyi, si kembar terus memandang antara satu sama lain. Siapa pula datang ke rumah waktu tengah hari macam ni, lagipun Ahad. Kalau ibu bapa Aryan yang datang memang tak la sebab mereka masih di luar negara. Lilly Armanda laju mengorak langkah untuk membuka pintu.

" Weh kita salah rumah ke?" soal salah seorang lelaki dibalik mask berwarna putih itu.

Ketiga- tiga lelaki itu memandang pelik ke arah Lilly Armanda yang kecil daripada mereka. Jelas saiz mereka berbeza dengan Lilly Armanda. 

Lelaki memakai bennie hitam itu terus mengudur 3 tapak kebelakang untuk memandang sekitar rumah bekas ketuanya itu. Makin berkerut pula melihat seorang perempuan pelik dengan sesuatu di atas kepalanya.

Tapi tidak bagi Chang Jun dia hanya mendiamkan diri disebalik topeng hitam. Rasa lucu pula melihat muka Lilly Armanda terpinga - pinga di depan mereka berempat. Dibiarkan sahaja lagi tiga sahabatnya memandang hairan melihat Lilly Armanda.

" Awak semua cari siapa?"

" Maaf, k..kami salah rumah?" Mereka tiga berura - ura untuk keluar tetapi Chang Jun sekadar berdiri sambil memeluk tubuh.

" Manda, tak nak bagi kami masuk ke?" soal Chang Jun bersahaja. Lilly Armanda kaget dengan suara itu. Suara Chang Jun!

Ish kenapa dari tadi tak bagitahu siapa mereka.

" Oh askar!" Lilly Armanda separa terjerit terkejut melihat kedatangan lelaki ini kerumahnya. Haih tak cukup lagi ke pertemuan mereka di hospital tempoh hari. 

Chang Jun tersenyum dibalik mask hitamnya, tak sangka gadis didepanya setiap hari cantik walaupun hanya mengenakan pakaian biasa. 

" Oh, kamu semua dah sampai mari masuk!" sapa Grandpa secara tiba- tiba. Lalu mereka semua pun masuk ke dalam rumah.
 

       Kek red velvet diletakkan di depan mereka berempat. Lilly Armanda rasa gugup apabila banyak mata- mata memandang dirinya yang sedang menghidangkan manisan dan air kepada mereka. Grandpa pula hanya tersenyum dengan kedatangan bekas anak buahnya. Tujuan orang tua itu menjemput Chang Jun adalah, dia mahu mengucapkan terima kasih kepada Chang Jun.

   " Ohh ni rupanya sebab kenapa Grandpa suruh aku buat kek" desis hati Lilly Armanda. Air teh diletakkan di hadapan Chang Jun. Rasa macam nak guna ilmu melesapkan diri je sekarang ni, lelaki di depan Lilly Armanda cukup membuatkan Lilly Armanda rasa nak pengsan. Tambah pula renungan sepasang mata yang dari tadi asyik merenung dirinya. Wagian dari tubuh lelaki itu sangat kuat sampai rasa tekerta tanganya saat meletakkan cawan teh di depannya.

" Terima kasih" ucapnya dengan suara serak basah. Chang Jun terus memandang ketuanya. Sepatutnya dia seorang sahaja yang di ajak, kebetulan tiga orang rakanya, Woobin, Seok Jin aka Jin dan Leo tidak sibuk hari ni, jadi dia suruh mereka bertiga menenami dirinya.

" Tuan masih kenal mereka bertiga?" soal Chang Jun. Mata tua itu memandang ketiga- tiga anak buahnya yang lain. Sudah tentu dia ingat, mereka bertiga bersama Chang Jun pernah dilatih ketika mereka masih kadet lagi. Takkan la semudah itu lelaki tua 70-an itu melupakan semua anak didiknya. 

Ingatan dia masih segar!

" Grandpa tengok Aryan!!" pekik Qaisarah. Dua ekor beruk itu terus berlari mengelilingi ruang tamu itu. Aryan sudah terbahak - bahak membawa dua ekor lipas mainanya ke arah Qaisarah yang sedang nangis. Cepat- cepat gadis itu memeluk tubuh orang tua itu dan membaling cushion ke arah muka Aryan. 

" Bodoh kau Aryan! , siap kau aku simbah air jamban dekat muka kau! " amuk Qaisarah. Belum sempat Qaisarah menendang badan Aryan secara tiba- tiba Grandpa berdehem kuat. 

Oh no!

Mata Aryan dan Qaisarah bergerak perlahan melihat empat orang asing yang sedang duduk berhadapan dengan Grandpanya. Alamak ada tetamu rupanya! , macam mana mereka boleh tak sedar mereka dah memalukan diri. 

' dua- dua goblok' desis hati Lilly Armanda dari jauh. Haih tepuk kepala la tengok adiknya dan sepupunya itu. Tak tahu malu betul. Si Qaisarah ni memang betul - betul buat saham dia jatuh. Dah la lelaki di depanya semua helok- helok kau!

Bibir empat lelaki itu mengemam cuba menahan rasa janggal yang dilakukan dua orang kanak - kanak ribena itu. Mata Chang Jun sempat memandang Lilly Armanda yang berada tidak jauh dari mereka sedang menepuk dahi. Terkeluar sedikit tawanya melihat telatah gadis itu menepuk dahi dan memeluk dinding. 

"Maaf " ucap Chang Jun berdehem kecil.

" Grandpa, jangan marah Qai.. Aryan beghuk ni kenakan Qai. Eiiii jangan laaa!!" kelam kabut Qaisarah memeluk erat tubuh Grandpa apabila Aryan mengacah lipas itu kembali. 

Aryan ni kalau ditembak mesti dapat pahala, depan tetamu pun dia boleh mengusik sepupunya?

" SUDAH!, DUA- DUA MASUK BILIK! " tegas Grandpa. Kedua - dua mereka kelam kabut beredar dari situ. Sempat Qaisarah menunduk maaf kepada mereka berempat dan tak lupa Grandpa. 

" M..Maaf ya, adik saya memang macam tu" Lilly Armanda tiba- tiba datang meminta maaf. 

" Oh, muka mereka sama!" teruja Woobin melihat gadis yang memeluk ketuanya dan wanita yang memakai hijab itu. Tak sangka, mangsa yang mereka selamatkan itu mempunyai kembar. Dua- dua cantik, tak boleh bezakan kalau masing- masing tukar tempat. 

" Kenalkan, ini Lilly Armanda, perempuan yang kamu selamatkan dalam bank tu. Yang perempuan rambut merah perang tu adik kembar dia dan lelaki tadi tu la cucu saya yang anak saya kahwin dengan orang luar. Aryan Soo namanya " ucap Grandpa dengan bangga. Seronok dirinya dapat kenalkan kesemua cucunya. Kacak da

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
No comments yet