Chapter 2

Arjune Armanda [OG]
Please Subscribe to read the full chapter

          Alhamdullilah, selesai solat Zuhur Lilly Armanda turun ke ruang tamu. Ruang banglo milik grandpa Aryan merangkap atuknya juga. Tak banyak yang berubah dari sudut hiasan rumah ni. Masih sama. Dia pun baru je jumpa autie dia iatu mama Aryan tapi suami isteri itu sudah keluar kerana ada kerja.

" Aeyi" tegur suara tua itu.

Kepala Lilly Armanda terpandang ke arah orang tua yang sudah 70-an itu. Senyuman lebar terukir di bibir gadis itu. Terus dia menyalam tangan orang tua itu tanda hormat walaupun agama orang tua itu berbeza. 

" Grandpa sihat? "

" Sihat cu, Aeyi sihat ?" Soal orang tua itu. Sudah lama dia tidak melihat kedatangan Lilly Armanda. Dah besar dah gadis ini. Waktu kecil comel bila dah besar makin berganda kecantikanya. " Sorang lagi tak datang ke ?" soal atuk dengan pelik. Lagipun adik Lilly Armanda takkan ketinggalan kalau Lilly Armanda nak keluar negara. Pasti akan ikut. Biasalah kembar seiras kan. 

" Dengan Aryan dekat dapur. Dorang tengah masak"

" Suka grandpa tengok kamu berdua duduk sini. Kamu dah daftar khusus ke dekat sini ?, grandpa harap sangat kamu sambung sini. Saya dah anggap kamu macam cucu saya . Kamu kan sepupu Aryan" tangan Lilly Armanda di tepuk perlahan. 

" Mestilah Aeyi suka" senyum Lilly Armanda. Aeyi, iatu nama korea yang diberikan oleh Atuk semasa mereka pertama kali berjumpa. Kim Jaeyi dan kembarnya Kim Jaera. Mereka berjumpa pun waktu Aryan dan Lilly Armanda berumur 3 tahun. 

" Jom kita makan, grandpa pun tengah lapar sebab kamu tau. Jom" tangan tua itu mencapai tangan kecil Lilly Armanda ke meja makan. 

Lilly Armanda paling rapat dengan atuknya, bukan macam Lilly Qaisarah. Qaisarah ni tak banyak cakap sangat tapi hatinya cool rock sikit dari kakaknya yang macam kapas. 

Hati kental sikit adiknya.

Sedang mereka menjamu selera, seorang lelaki lengkap dengan uniform askarnya masuk ke dalam rumah. Lelaki itu sedikit terkejut dengan kedatangan seorang gadis yang dia dah lama tunggu. 

Kembar seiras !

" WOAHHH sampai dah!!!" jerit lelaki itu. 

Lilly Armanda memandang ke arah suara itu. Matanya terus membulat. Sepupu kedua kesayanganya sudah sampai!!. Terus dia bangkit ingin memeluk tapi langkahnya terhenti.

Ehh tak boleh peluk - peluk!

Aryan tersenyum, dia tahu sangat Lilly Armanda rapat dengan sepupunya.  Bapa Aryan ada 2 orang adik beradik dan lelaki beruniform lengkap ni sepupu dia lah. Selain Lilly Armanda dan Lilly Qaisarah, dia ada sepupu bernama Hae In. 

" Sihat?" soalnya dalam bahasa Melayu. 

" Mesti kerja Aryan kan, dah faham bahasa Melayu ni! omooo" teruja Lilly Armanda. Hae In tersengih malu. Leher belakangnya diusap perlahan. 

" Kita semua dah besar dah, ehee baru nak peluk dua- dua Lilly ni "

" Jangan bang, dia smack down kau kang. Kakak baru je balik dari balai tadi. Ada laki hampir hunus pisau dekat muka dia"

Semua terdiam.

Ish Lilly Qaisarah ni, dah kata jangan cerita. 

Oh ya waktu kakak kembarnya bertengkar untuk menyelamatkan Dan neo, Lilly Qaisarah merayau masuk dalam kedai serbaneka sebab tu tak tahu apa . Tahu- tahu jumpa Lilly Armanda dan Aryan dekat uni je . 

Wajah orang tua itu hampir risau. " Kamu tak apa- apa ?" soal Atuk dengan riak risau. Pipi cucunya disentuh perlahan.

" Okey atuk, ada orang selamatkan tadi. Cuma shawl Aryan bagi dah rosak sikit , takpe masih boleh pakai, nanti boleh sorok bahagian koyak tu"

" Jangan sorang- sor

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
No comments yet