Chapter 5

Arjune Armanda [OG]
Please Subscribe to read the full chapter

        Kakinya berlari laju masuk ke dalam bank usang itu semula. Dia cuba tidak menangis, ntah kenapa dia rasa takut dan mengeletar. Tak semena - mena raut wajah Hae In muncul tersenyum lebar.

" Walaupun cita-cita abang dah jadi abu, abang masih bangga kerana abang seorang pewira. Ada darah pewira mengalir dalam tubuh abang" ujar Hae In sambil tersenyum.

Kata-kata itu, sedikit terubat rasa gentarnya di dalam hati.

Ada masa sejam, rupanya mereka dah pasang 30 minit awal perangkap bom ni.

Mata iris coklat hitam gelapnya memandang setiap sudut bank ini dengan berhati - hati. Air liur nya ditelan kasar apabila melihat 2 orang lelaki tadi.

Sah dia lelaki Spain dekat tingkat atas.

Walaupun Lilly Armanda tidak yakin dengan mukanya, dia pasti suara lelaki itu dia kenal. Dia seorang je nampak macam orang asing.

Dengan tak sengaja mata mereka bertembung itu membuatkan Lilly Armanda kecut perut. Dia bingkas bangun dan berdiri di counter.

" Miss , can you speak English?, I want to-" mata kecilnya menjeling ke arah lelaki Spain dan ya lelaki sebelah dia ada parut . Mereka sedang duduk di ruang menunggu.

" Yes Miss, sure!" jawab pegawai bank itu. Lilly Armanda mula duduk dan menguruskan pembukaan account banknya. Otaknya masih ligat memikirkan idea untuk menangkap penganas itu.

Aryan cepatlah!

Ya Allah

Mama, Babah , Manda janji akan balik dengan selamat. Kalau tak-

" Miss are you okey?" soal pegawai bank.

Lilly Armanda mengeleng kepala apabila disoal sebergitu.

Aku kena gerak naik atas. Kena!

 

 

        Tangan kekar tua itu disambut , senyuman tipis diberikan kepada bekas askar yang sudah pencen itu. Tersenyum Chang Jun dapat berjumpa dengan Ketua lamanya. Mereka pernah menjadi team dalam unit pentempuran di England dulu.

Tak sangka Ketuanya walaupun sudah berumur masih ingat dia lagi.

" Kenapa gelak jom duduk kita berbual, dah lama saya tak jumpa kamu. Kamu sihat?"

Belum sempat mulut Chang Jun membuka, pintu bilik itu ditolak kasar oleh seseorang.

" GRANDPA ! LILLY ARMANDA ! DALAM BAHAYA !!!!, GRANDPA!!!!" tangis Aryan pecah. Dia dari tadi menahan tangisannya semasa memecut ke sini, lidahnya terkelu untuk menelefon pihak polis. Otaknya cuma ingat atuknya, cuma atuknya yang mampu membantunya.

Otak dia dah jam weh, dek fikirkan keselamatan sepupunya.

Chang Jun tersentak apabila nama tersebut diucapkan walaupun Aryan memberitahunya dalam bahasa Melayu. Jelas dan nyata nama Lilly Armanda disebut. Mereka berdua ada kaitan ke dengan perempuan tu?

Oh tidak ?

Chang Jun hanya beriak biasa, dia sudah biasa dengan keadaan macam ni.

" ADA PENGANAS DALAM BANK DEKAT PEKAN SONGHAN, A..ARYAN... ARYAN...DALAM SEJAM BANK TU AKAN MELETOP! , LILLY TAK NAK IKUT BALIK DIA-"

" CUKUP ARYAN!!!, CHANG JUN MAKLUMKAN PADA UNIT ! " tegas atuk Aryan.

Chang Jun terkejut, gila perempuan tu cuba nak lengahkan penganas tu. Otak terjatuh ke apa?

"GRANDPA, ARYAN TAK NAK KEHILANGAN MANDA!" teresak - esak Aryan menangis. Lututnya lemah lalu jatuh terduduk.

Chang Jun segera keluar dari bilik ruangan besar itu.

"Cap .tain?"

Hae In binggung mendengar suara tangisan seseorang dan muka Tuan Chang Jun nampak tegang waktu keluar dari ruangan bilik itu. Hae In segera masuk dan dia melihat Aryan sudah sesak nafas.

" Grandpa apa jadi?!"

" BANK PEKAN SONGHAN AKAN DILETUPKAN DALAM MASA SEJAM DAN LILLY DALAM BANK TU"

Terundur kebelakang Hae In apabila sepupunya itu di dalam bank. Kolar baju Aryan ditarik kasar.

"KENAPA KAU TINGGALKAN LILLY DALAM TU ! GILA KE!!" Amuk Hae In.

"SUDAH!!" tengking atuk dengan geram. Sekarang bukan masa untuk bergaduh, dia perlu selamatkan cucu perempuanya. Kalau tidak dia akan menyesal seumur hidup.

Inhaler dalam kocek seluar Aryan di tarik lalu disua pada mulut Aryan. Atuknya cuba menenangkan diri, Aryan tengah panik.

" Hae in kamu nak ke mana?"

" Selamatkan Lilly !"

" TINGGAL SINI DAN JAGA CHANG SOO!"

Hae In mengetab bibir, mau saja dia menumbuk pecah muka jantan tak guna si Aryan ni.

Dasar lembik! desis hati Hae In.

 

 

       

         Ruang koridor sunyi itu dilalu perlahan oleh gadis kecil itu. Nasib baik dia tergerak hati untuk memakai kasut hari ini, jadi dia yakin penjahat itu tidak akan mendengar derapan kasutnya.

Mata Lilly Armanda membulat apabila senapang di acu pada pekerja staff di dalam bank. Oh tidak nampaknya kumpulan tak guna ni bertindak laju.

Yakin dalam masa 1 jam bank ni meletup ?

Atau kurang daripada masa yang mereka rancang?

Barang larangan mereka sorok tu ada di balik dinding

Lilly Armanda mengitai dibalik dinding, cukup kuat suara mereka berkata.

" Please don't shot" rayu pegawai bank dan beberapa staf di dalam office bank.

"SHUT UP!!" tengking Carlos

"Supongo que tal vez deberíamos tomar dinero y oro también. Pérdida si no lo toma. ¿No es así Carlos?" ( Aku rasa, mungkin kita patut ambil wang dan emas juga. Rugi kalau tidak ambil. Betul tak Carlos?)

"Tuvo tiempo si llevamos los bienes arriba" ( Sempat je kalau kita ambil barang di atas )

"Así es, después de todo hay dos personas golpeando esa pared, Louis." (Betul tu, lagipun ada dua orang sedang menebuk dinding tu,Louis)

Dua lelaki itu tergelak jahat sambil mengacu pistol dan senapang ke arah pegawai dan staff. Semakin kuat ketawa mereka apabila staff dan pegawai bank menangis dan ada yang mengigil takut.

Kesemua staff di dalam pejabat dikumpulkan setempat.

" Oii, tak sangka bank usang macam ni ada orang datang Mujin.. nasib staff hanya 7 orang. Seriously?" pelat Carlos bertutur di dalam hangul.

Mujin, lelaki yang baru dilihat Lilly Armanda di bawah. Lelaki berparut yang petah bercakap Spanish.

" Iya, tingkat satu sahaja dan bawah digunakan, lagi tingkat seterusnya cuma hiasan, dan fail" balas Mujin dalam bahasanya.

Lilly Armanda nekad dia perlukan sesuatu untuk melindungi dirinya. Tak mungkin dia nak serang 6 orang tu macam tu je. Memang mati katak jawabnya.

Dengan langkah bissmillah dan doa Lilly Armanda bergerak naik ke tingkat atas untuk mencari senjata. Pasti penjahat tersebut akan sediakan ruangan untuk mereka letak alat mereka.

Lilly Armanda tak boleh terburu-buru atau perlahan, dia kena berhati- hati. Setiap langkah boleh membawa maut. Ada tali bom dipasang di setiap ruangan. Ia sedikit menyukarkan pergerakkannya.

Sampai di tingkat kedua terakhir, Lilly Armanda terdengar bunyi dinding ditebuk. Gila ke apa simpan benda , wait dadah??

Lilly Armanda mengambil telefon bimbitnya untuk merakam tingkah laku dua orang pejabat itu. Boleh dijadikan bukti. Telefonnya di sorokkan di suatu sudut dan camera telefonya terarah pada dua orang penjahat itu.

Secara menghendap, Lilly Armanda mengambil kayu yang ada paku lalu dibaling ke arah ruang bilik itu.

" Bro, what-"

" Go check" lelaki itu terus menyambung. Kena cepat bossnya cuma bagi masa 1 jam sahaja untuk ambil barang terlarang yang pihak sana sorokkan.

Seorang jejaka bertubuh sasa keluar memerhatikan kawasan koridor yang sunyi. Dengan perlahan- lahan dari belakang untuk serang, Lilly Armanda menyepak tengkuk belakang lelaki itu dengan kuat. Pistol yang dipengang lelaki jahat itu jatuh.

"A..apa patut aku buat??, tembak?"soalnya takut.

Kuat Lilly , kau boleh!!

Manda go!

Lelaki bertubuh sasa itu dengan segera bangkit. Dirinya terkejut apabila melihat seorang gadis kecil paras dagunya berada di sini. Macam mana boleh terlepas? dia binggung.

Tanpa menunggu masa Lilly mengerakkan silat yang telah dipelajari.

Teknik gunting , dia jatuhkan lelaki itu dengan mudah. Badanya takdelah sasa mana .

Lilly Armanda tidak lupa memijak bahagian sulit lelaki itu sebanyak 3 kali. Biar dia seksa.

" aku patut cari tali atau apa-apa!"

Belum sempat Lilly Armanda pergi, seorang lelaki menembak ke arahnya.

nasib sempat elak!

Lilly membalas tembakan lelaki itu sehingga!

 

HEADSHOT!

 

Terketar - ketar tangan Lilly Armanda melepaskan pistol itu. Dia ingin menangis tapi tidak boleh dek ketakutan semakin kuat menyelumbungi dalam dirinya.

Terkumat - kamit dia membaca surah. Cuba mengkuatkan dirinya.

Perlahan - lahan dia mengambil kesemua senjata yang ada pada dua orang lelaki itu. Pisau dan 2 pistol, d..dan bom??

Seorang lelaki yang tidak sedarkan diri itu diikat menggunakan tali. Mujur ada tali. Lilly Armanda tak boleh bunuh sesiapa, cukuplah seorang lelaki dia terpaksa tumpaskan demi melindungi dirinya. Dia rasa bersalah, dan takut.

 

 

        Kesemua anggota team Chang Jun sudah siap sedia untuk bertempur dengan musuh.

" Ingat, pastikan bertindak pakai otak bukan lutut, kau Chan Woo maklumkan pada aku setiap masa dan ikut peracangan kita " tegas Chang Jun. Kesemua anak teamnya berpecah mengikut plan yang dirancang.

 

" ¡Inútil!, ¡para qué hay un ejército!" ( tak guna!, kenapa ada tentera!) amuk lelaki Spain itu, dia terus memukul salah seorang pel

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
No comments yet