Chapter 4

Arjune Armanda [OG]
Please Subscribe to read the full chapter

            " Baiklah Encik askar. Awak jelah yang betul. Macam awak seorang je boleh berlagak hero dekat situ"

" Saya pun boleh jadi hero kalau awak nak tahu. Dah la cio!"

"GOD!, perempuan tu. Siapa dia?" Chang Jun mengeleng kepala.

Jam menunjukkan pukul 4 dia langsung tak boleh lelapkan mata dek kejadian petang tadi. Gadis yang pernah dia terfikir sehingga termenung selepas pertama kali berjumpa.

" Aku akan cari kau" desis hatinya.

 

*Flashback*

Kad khasnya ditujuk ke muka anggota polis yang berada di kaunter balai polis. Riak mukanya sedikit terkejut apabila tak sampai beberapa hari kadet yang lari daripada kem askar telah dijumpai oleh orang awam. Dan orang awam tu tahu yang kadetnya ni kes lari.

" Tuan Chang Jun, lahhh kau rupanya yang handle kes ni ?"

Chang Jun hanya beriak biasa . Bukan dia nak sangat pun siasat pasal ni sebab bukan bahagian dia tapi disebabkan rahsia dah terbocor dek gara-gara kecuaian kadet yang ditugaskan untuk mencari kadet yang hilang, dia terpaksa bertanggungjawab dan ambil port. Lagipun pangkat dia besar juga.

" Sebernanya aku pun tak tahu kau sedang cari kadet kau yang lari" Espektor Dan Hee menghulur secawan kopi panas kepada Chang Jun.

" Aku nak tanya, siapa yang jumpa dia dan macam mana dia boleh tahu kadet aku lari. Orang lain tak boleh tahu pasal kes ni selagi belum dibincangkan" seloroh Chang Jun tanpa pusing-pusing. Dia malas nak tahu keadaan lelaki itu, biarlah nanti dia yang fikir. Dia cuma hairan macam mana orang awam tahu kadet tu lari.

" Begini, ada seorang gadis datang, dia heret lelaki tu ke balai polis dan mengadu pada kami lelaki ni langgar dia sehingga air Starbucks dia jatuh. Jadi dia takut, dia tak sengaja cederakan kadet tu sampai pengsan. Dan dia ada ambil dompet lelaki tu dah jumpa ini "

Surat dan kad kadet itu diserahkan kepada Chang Jun di atas meja kopi di hadapanya.

Chang Jun tidak mengambil, dia mahu tahu siapa gadis itu.

" Siapa?, gadis tu?"

Kalau orang luar tahu habis calar nama kem tu. Kena siasat dulu apa yang jadi, dia pun tak tahu cerita seberna dua orang kadet itu. Cuma tahu kes yang diceritakan oleh kadet-kadet lain.

" Kami tak boleh bagitahu alamat mangsa. Saya minta maaf. Takpelah tuan asalkan kadet yang lari tu dah selamat ke tangan tuan tinggal siasatan dijalankan je" Espektor Dan Hee tersenyum kecil.

Meja kopi itu ditepuk kasar, muka lelaki itu cukup benggang dengan tindakan Espektor Dan Hee.

" Siapa gadis itu?"

" Kami tak banyak sangat maklumat dia, dia cuma bagitahu nama dia...kejap"

Satu helai kertas diberi kepada Chang Jun. Surat report yang ditulis anggotanya Sangwoo.

Chang Jun lebih tertarik untuk melihat nama gadis itu.

" Lilly... itu je nama dia?"

" Kami pun tak dapat banyak maklumat sangat tentang dia.. kami terkejut kadet tu melarikan diri dari kem. Itu yang kami terkejut terus bergegas call Tuan. Maafkan kami "

Chang Jun mengeluh kasar.

" Lilly , Malaysia?"

" Tipu, kau berdalih. Kau ingat buat report tak tunjuk IC ?"

Espektor Dan Hee mengeluh, dia malas nak masuk campur sebernanya sebab tu dia malas nak bagitahu maklumat tentang Lilly.

" Fine"

Satu lagi surat diserahkan.

Serta merta kejadian seorang gadis berhijab putih dan mask putih terbayang dalam fikiranya. Kejadian tempoh hari, gadis itu tersenyum kecil apabila Dan Neoh menghulurkan susu pisang. Terasa pergerakkan gadis itu slow motion pada pandangannya.

" Ohh askar!!"

" BINGOO !!" jerit Dan Neoh gembira.

" Boleh saya tahu nama Encik dan Cik? , lelaki ni terlibat dalam kes mencuri dompet di pasar dan kes lain. Jadi kami perlukan saksi dan kejadian tadi saya perlu ambil keterangan untuk siasatan lanjut "

" Nama saya....."




 

Lilly Armanda Binti Mikhael Adruce

 

 

 

         "Tskk sakitlah!!" rengek Qaisarah sambil menghentak kakinya perlahan apabila kepalanya di tuam ais. Habis benjol kepalanya. Mujur benjolan tu tak nampak dan terselindung dengan rambutnya. Kalau tak buat malu dia je.

" Kau pergi mana? , kau ni suka cari pasal macam kakak kau. Adik dengan kakak sama je suka cari pasal. Kau dah dapat duit tu terus jela blah nak jugak ketegaq pergi pukul lelaki tu pakai kepala kau buat apa!" bebel Aryan.

Ni kalau grandpa tahu memang pekena si Qaisarah ni.

Ehh tapi grandpa tak pernah marah perempuan lagi- lagi kalau dua lilly ni buat hal. Lagi dipujuk cakap baik-baik adalah. Kalau Aryan yang cari nakal, memang kena kerja dengan senapang la dia gamaknya.

Boleh trauma kot kalau cari nahas dengan bekas askar!

" Udah la Aryan, cuba mengucap or pergi la ambil wuduk sana"

" Tu la tengok dah masuk setan dah!, bissmilahi syafie-"

" Kau back up la adik kembar kesayangan kau tu, jangan memain kalau orang kat sini tak puas hati dengan someone memang naik haru biru kena kerjakan" nasihat Aryan. Kau ingat orang kat sini kalau berdendam tak mengila ke. Ada sampai kena kejar waktu malam tau disebabkan gadis itu terhedik stranger. Nak kena macam tu? sampai masuk berita gadis tu tercedera parah.

Rupanya laki tu mental.

Allahuakbar minta jauh...

" Fine, Sorry. Aku tak masukkan pun. Lagipun aku benggang waktu tu, aku tak de idea macam mana nak balas...aku guna la kepala aku untuk balas dendam"

Lilly Armanda tersenyum kecil, ada saja perangai adik dia ni. Acah jiwa rock kental tapi penakut juga kalau kena hadap situasi macam ni. Lagipun Qaisarah nampak je ganas tapi bab pertahankan diri hanya Lilly Armanda je pandai.

Adiknya zero.

Tapi boleh la kalau nak debik kasi pengsan.

Seusai tuam kepala Qaisarah, Lilly Armanda bingkas bangun dan pergi ke bilik untuk menunaikan solat asar. Daripada dengar Aryan dan Qaisarah memekak lebih baik dia solat. Lepastu boleh sediakan makan malam. Grandpa request masakan melayu sepanjang dia menetap dekat sini. Malam mesti atuk dia nak masakan Melayu.

Jadi Lilly Armanda siap sedia berperang di dapur setelah solat Asar.

 

 

          " Tolonglah, kau kena tolong aku untuk dapatkan maklumat perempuan tu. Tarikh?...

errr 24 Januari . Pukul 9:00 pagi macam tu waktu report...what???, tak silap aku nama yang tukang ambil report tu Soo Eun Min. Haa ye cepat aku minta tolong sangat ni "

Telefon bimbitnya dimatikan. Rasa serabut, rasa tercabar apabila seorang gadis mampu menangkap kadetnya dengan semuda abc sedangkan dia hampi

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
No comments yet