Chapter 7

Arjune Armanda [OG]
Please Subscribe to read the full chapter

       " Saya harap awak tak skip makan ubat dan jangan stress ya " kata seorang doktor yang merawat Lilly Armanda. Lilly Armanda sekadar mengiayakan kata - kata doktor. Setelah dia bangkit, nama lelaki itu tidak habis - habis disebut di dalam hati dan bibir kecilnya. Ntah siapa la lelaki itu sampai waktu dia berlari ke arah perangkap bom pun dia meminta pertolongan lelaki itu. Walha sikit pun dia tak kenal lelaki bernama Chang Jun itu.

" Mesti abang Yusuf pelik aku terpekik nama siapa masa tu" gumam dirinya. Dia bersyukur abangnya menyelamatkan dia, dan menangkap tubuh Lilly Armanda, kalau tak mesti dia dah terhentak pada dinding.

Sedang dia leka memikirkan semula kejadian hitam itu, sekujur tubuh ralit merenung gadis bertudung hitam itu.

" Hey, boleh aku masuk?" soal seorang lelaki yang sedang bersandar santai di tepi pintu.

Iris mata coklat hitam Lilly Armanda memandang ke arah gerangan yang meminta izin untuk masuk. Kalau Hae In pun, mesti dia ketuk dulu dan terus masuk ni siapa pula lelaki ini?

" OH!-, askar?". Tiba - tiba Lilly Armanda teruja melihat Chang Jun mengorak langkah mendekati dirinya. Ini pertemuan kali kedua . Haritu di balai polis dan kali ini di hospital. Mesti lelaki ini pun terlibat dalam team penyelamat semasa di bank.

" Sihat?"

" Al-...er ya sihat. Awak buat apa dekat sini?"

" Melawat Wonder Woman " jawabnya sinis. Lilly Armanda sedikit terasa dengan riak muka Chang Jun.

" Lee Chang Jun " tangan dihulur  ke arah muka Lilly Armanda tanda salam perkenalan. Lilly Armanda sekadar menunduk hormat.

" Lilly Armanda"

" Aku tahu kau Lilly Ar..apa- apa jelah. Aku datang sini bukan nak melawat mengkopi saja- saja. Aku datang sini-" kerusi ditarik dan duduk bersahaja di hadapan Lilly Armanda. Tubuh kekar askar itu menegak memandang Lilly Armanda yang terkebil- kebil. Tidak pasti apa hajatnya dekat sini.

Takkan la nak membebel lagi kot?

Sebuah tablet dikeluarkan oleh nya dan Chang Jun terus memasang beberapa klip video yang di rekod oleh beberapa pengawai penyelamat. Setiap daripada mereka memakai camera kecil di bahagian leher mereka. Jadi perbuatan berani gila Lilly Armanda dirakam.

Lilly Armanda menahan rasa gemuruh dan gigilan kecil terhasil pada tubuhnya. Terus kejadian headshot berlegar - legar di kepalanya.

"Kenapa awak tunjuk benda ni!" marah Lilly Armanda tanpa sengaja. Dia bukan lah marah apa yang Chang Jun buat , cuma dia trauma dan takut dengan apa yang jadi. Dia takut, ini kali pertama dia menembak orang sehingga mati.

Chang Jun menarik tabletnya jauh dari Lilly Armanda, hatinya terusik melihat gadis itu mengigil dan memaling muka ke arahnya.

Chang Jun tanpa segan silu terus duduk di birai katil.

" Pandang aku"

" T..tak nak"

" Manda!" tegas suaranya memangil gadis itu untuk memandang dirinya, dia perlu berbincang dengan gadis itu. Dia masih tidak puas hati, 2 kali gadis itu mengacau misi berbahayanya.

Gadis dihadapanya berani mati!

Mata Lilly Armanda membulat saat lelaki itu memanggil nama panjangnya. Terus dia memaling arah Chang Jun.

" Kenapa panggil saya nama tu?, hanya orang istimewa je boleh panggil nama Manda tu. Awak tak boleh"

" Really?, nak tak nak awak kena bagi saya panggil Manda, my Manda~"

" Kenapa pula?"

" Sebab saya orang yang istimewa yang telah selamatkan awak" selamba Chang Jun. Tangisan gadis , tali bom, dan jeritan namanya berlegar - legar seperti kaset rosak di mindanya.

Berkerut wajah Lilly Armanda, sejak bila lelaki di depanya menolong dia daripada terperangkap di kawasan tali bom tu?, tak mungkin la mestilah Hae In yang bantu dia kalau tidak siapa lagi.

Lagipun takkan lelaki depan dia ni boleh cakap Melayu. So tak mungkin dia yang selamatkan Lilly Armanda.

" No, means No, dah pergi sana saya nak rehat. Tak nak lah membebel..siapa suruh duduk dekat- dekat macam ni ?" rungut Lilly Armanda. Dihalau lelaki itu ketepi.

" Fine"

" Tengok ni" rakaman Lilly Armanda berlari ke arahnya ditunjuk.

" Awak nak saya buat review ke apa?"

" Chang Jun, itu nama saya "

" Awak minta tolong saya ... Manda"

" Ni"

Video seterusnya ditunjuk.

" Hikss, saya takut! "

Membulat mata Lilly Armanda terus tablet di tangan Chang Jun dirampas dan disorokkan di bawah bantal. Jelingan diberi pada Chang Jun.

" Apa maksud awak?"

" Haihh , slow betul budak ni ada kena tepuk ... "

" Ehemm, saya selamatkan awak la Manda, video tu dari camera saya. Kalau tak percaya cuba tengok tarikh rakaman tu ada kod nama saya LCJUNE"

Tangan kecil Lilly Armanda laju menarik semula tablet yang disorokkan di bawah bantal. Setiap video diselak laju mencari nama 'LCJUNE' yang dikatakan oleh Chang Jun. Memang benar, setiap rakaman pasti akan ada nama pegawai yang merakam.

" Tipu! , awak edit la ni kan dekat Inshot lepastu awak saja nak jadi Hero. Yang selamatkan saya tu abang saya bukan awak. Jadi awak tak payah la nak senyum macam tu nanti saya sekeh baru tahu" mata Lilly Armanda melilau memandang ke arah lain. Dia rasa tak senang duduk, bukan apa malu la ! orang lain yang selamatkan dia bukannya Hae In.

" Siapa jadi Hero sebernanya? , awak" jari besar Chang Jun menjentik dahi licin Lilly Armanda geram.

" Sakitlah! jangan pegang anak dara orang macam tu boleh!"

Ya Allah , kenapalah lelaki ni datang cari pasal dah la tengah sakit ni, dijentiknya pula dekat kepalanya. Dah la waktu bertempur dengan penjahat - penjahat tu kepalanya ditumbuk dan dipukul dengan kayu. Rasa bergegar otaknya waktu itu, dan sekarang senang- senang cap ayam lelaki itu menjentik dirinya.

" Izinkan saya marah awak ya-"

"Ha?!"

Beberapa surat diletakkan di atas meja katil pesakit. Surat polis dan beberapa gambar dari CCTV di letakkan di hadapan Lilly Armanda. Jelas riak lelaki itu masih serius dari awal sampai habis. Sedangkan dia memuji dan memanggil nama 'My Manda' dengan nada serak basah yang mampu mengetarkan jiwa gadis- gadis pun muka dia masih riak serius. Kelakar bukan?

" Saya nak marah sebab awak ni penyibuk, berlagak hero. Awak tahu tak, saya rasa nak sumbat awak masuk dalam jail sebab awak dah menganggu tugas saya. Tarikh ni.. awak yang tangkap kadet saya yang lari dari kem. Pergaduh kecil, takdelah kecil pun sebab awak debik kadet saya sampai pengsan kemudian awak heret dia ke balai polis. Awak tahu dia kadet larian sebab awak tunjuk surat dan kad pada pegawai Polis-

Bukan cuma itu ya, Lilly Manda.. awak juga berani gila mati lawan penjahat-penjahat tu sampai awak hampir mati. Mujur saya ada,

' erghh ayat itu lagi ' desis hati Lilly Armanda. Pengen ku cili mulut jantan ni.

"Mujur saya ada, saya yang jerit perkataan ' Ba..Bahaya' tu pada awak. Dan sekarang ni, orang atasan cari awak tahu tak. Sebab awak dah headshot kepala penjahat tu-"

" Tapi itukan self defense!"

" Saya

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
No comments yet