Koma
Bunga Terakhir (Amboi Tajuk Klise Bebenor)Keadaan di Hospital Adventist kelihatan sunyi walaupun para jururawat berbual-bual di kaunter. Tidak kurang juga para pelawat yang masuk keluar wad untuk melawat ahli keluarga dan sahabat handai. Termasuk Sanghyuk dan Namjoo yang ada di dalam wad pesakit bernombor 5O1. Bukan channel Astro Awani ye. Mereka berdua duduk bersebelahan Chaejin yang terlantar bersama tiub yang menyambungkan air ke dalam tubuhnya dan mesin yang mungkin puan-tuan pernah tengok dalam MyDoctors.
"Dah 3 tahun dia terbaring tak bangun-bangun. Tak guna...", keluh Sanghyuk sambil mencebik sedikit.
Namjoo perhahan-lahan mendekatkan diri ke katil Chaejin sambil berkata, "Aku pun rasa dia tak guna.".
"Sanghyuk memalingkan muka ke arah Namjoo sambil bertanya, "Asal pulak?".
"Dia bagi harapan kat aku.", ujar Namjoo dengan nada yang sayu. Dia menambah, "Dia bagi harapan yang dia akan bangun bila-bila masa tapi... Tapi dia still kat sini. Terlantar macam taknak bangun.".
"Tapi aku berterima kasih dengan kau. Sebab kau tak bagi sesapa angkat dia sebelum ambulans datang. Kalau ada yang angkat, mesti dia...", ujar Sanghyuk yang sedikit sebak di penghujung baris ayatnya.
"Dia akan bangun. Lagipun tulang belakang dengan tulang rusuk dia dah okay. Dah sembuh pun.", kata Namjoo dengan yakin sambil memberikan senyuman kepada Sanghyuk.
Semakin lama, sebaknya semakin jelas terasa. Rasanya inilah kali kedua melihat Sanghyuk menitiskan airmata selepas kali pertama dia melihat Chaejin dibawa ke Unit Rawatan Kecemasan. Semangat setiakawan mereka yang cukup padu tidak akan pudar.
Muncul pula si Hui dari belakang bersama tiga tin air Milo perisa Mocha sambil berkata, "Guys. Aku ada bawak air Milo ais ni. Air Ribeena takde doh!".
"Dah sape pulak yang order Ribeena?", Soal Syuk yang tampak maca
Comments