Pintu

Bunga Terakhir (Amboi Tajuk Klise Bebenor)
Please Subscribe to read the full chapter

Dingin malam yang dihembus angin Bak kata Jihan Muse sedang berlegar-legar di ruang bilik Namjoo yang simple dan santai ditemani lagu "Worrior" dari B.A.P yang didengar dari speaker yang disambung daripada laptop miliknya. Memang boleh dengar lah suara garau Bang Yongguk sampai ke luar. Ingat gempa bumi tadi.

Namjoo yang sedang membuat kira-kira perbelanjaan untuk bulan ini bersama kalkulator dan pen serta kertas yang telah ditulis dengan rumusan matematik yang diguna pakai oleh Namjoo sendiri. Dia ni nak kata pandai matematik, tak lah sangat. Tapi kalau tambah tolak darab bahagi boleh lah kot.

Dalam malam yang gempak gempita dengan lagu-lagu yang diputar di dalam senarai lagu laptop, Namjoo terdengar bunyi ketukan pintu yang sangat kuat. Dia mula berbisik keseorangan, "Eh? Dah nak tengah malam ni. Takkan TaeTae ada hal nak bagitau ni?".

Dia terus meluru keluar dari biliknya, turun tangga dengan tergesa-gesa lalu berlari-lari anak menuju ke arah pintu yang diketuk oleh seseorang. Tanpa dia mengitai dari tirai tingkap yang betul-betul berada di sebelah, dia terus membuka pintu tanpa ragu-ragu.

Kelihatan seorang gadis yang sebaya dengannya menangis bersama beg kecil berisi baju dan kesan lebam di muka dan tangan. Macam pernah nampak. Bila si gadis itu mendongak sedikit untuk melihat wajahnya, baru Namjoo sedar yang dihadapannya ialah Kim Nayoung. Sahabatnya.

Dengan sepantas anjing yang menerkam tulang, Nayoung terus memeluk Namjoo sambil menangis teresak-esak, air matanya mula membasahi bahu kiri Namjoo yang hanya berbaju T berwarna putih.

Namjoo membiarkan Nayoung menangis sepuas hati di dalam dakapannya. Dia memang amat risau dengan keadaan Nayoung yang sangat kurus dan tidak terurus seperti dulu. Dengan kesan parut di anggota badan Nayoung itu membuatkan Namjoo dibanjiri dengan seribu satu persoalan: Apa yang terjadi?

 

Namjoo membawa dua gelas air Milo panas lalu memberikan satu daripada gelas yang dipegangnya kepada Nayoung. Dia melabuhkan punggungnya di atas sofa yang dibeli di jualan bundle dekat Seberang Jaya lalu merapatkan dirinya bersebelahan dengan Nayoung. Dia hanya melihat Nayoung yang meminum air Milo dengan penuh kegusaran.

Selepas dia menghirup airnya, Nayoung terus memulakan perbualan, "Weh, Namjoo. Aku dah tak tahu nak buat apa. Apa yang aku buat semua tak betul kat mata dia. Apa salah aku weh?".

"Cuba cerita kat aku apa yang jantan tu buat kat kau?", soal Namjoo yang tidak sentuh pun air Milo yang berada di atas meja.

Nayoung cuba membuka cerita tentang rahasia yang dia pegang selama ini, "Sejak kami kahwin, dia selalu pukul aku. Paksa aku macam-macam. Kalau aku taknak, dia dera aku. Perangai masih sama macam dulu. Kaki perempuan, kaki mabuk, suka balik tengah malam. Aku tak pernah cukup tidur. Aku takut... Takut dia dera aku lagi-".

Namjoo terus memegang lengan kiri Nayoung lalu mendekatkan dirinya di dalam dakapannya. Dia membiarkan kepala Nayoung di atas bahunya.

"Ada sekali aku tertidur masa tunggu dia. Dia terus tumbuk aku. Aku dah tak tahan dah, Namjoo. Aku tak boleh", sambung Nay

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
Wonsik_Sai
Tapi takpa, Si Penaip dah up ff "Bunga Terakhir" Ni. Diharapkan hangpa yang menunggu lama ni tenang dan tarik nafas dalam-dalam ye. Nak hembus, jangan lupa petik bunga di taman. Lepas tu nak hembus, hembus lah. Hueheheh~ Trimas sebab membaca. (≧∇≦)/

Comments

You must be logged in to comment
LovelyIna
#1
Hi awak! Berminat untuk menjadi seorang penulis? Kami sedang mencari penulis bagi bekerjasama dengan kami untuk satu projek.
Mungkin sekarang peluang awak debut sebagai penulis? Jangan lepaskan peluang ~
Follow kami di Twitter dan Instagram @tigasuque untuk maklumat lanjut!
Jumpa awak kat sana ^^

- LovelyIna
Ydvvfjkch #2
APINK Kim namjoo❤️❤️❤️
soohanfeels
#3
Chapter 13: thanks for updating authornim kesayangan aum haha XD
soohanfeels
#4
Chapter 13: hmm part cj wowshop tu paling sadis lah teman kabo -..- XD
soohanfeels
#5
Chapter 11: kesiannya Nayoung T.T dasar Yook Sungjae suami dayus !! bila kau nak taubat hah ?*pegang hammer mainan*
soohanfeels
#6
Chapter 10: memang kecoh weh kalau 2 member btob ada kat situ XD belum whole group lagi, campur dgn member apink lagi ? PERGHH bertambah riuh wehhh XD
soohanfeels
#7
Chapter 9: Chap nie gila sedih ah :') sweet pun ada. haih rasa mcm nak bunuh jea bapak Nayoung dgn Sungjae hanat tu -..- oops
soohanfeels
#8
Chapter 8: alahai sedihnya Chaejin koma 3 tahun :') moga cepat sedar x') kesian Sanghyuk sedih sobs, Nayoung pulak dijodohkan dgn Sungjae chot tu -..- aiyaa apakah nasib si Hyuk nie aiyoyo
soohanfeels
#9
Chapter 7: apak ah nie mst inspirasi dari cerita Juvana xD jinjja D A E B A K !!
soohanfeels
#10
Chapter 6: TENGOK TU TAE HAMPIR SPILL THE BEANS PASAL MA- makan... hahahaha