Tiada

Bunga Terakhir (Amboi Tajuk Klise Bebenor)
Please Subscribe to read the full chapter

Sebuah lori yang membawa kontena berisi barangan untuk dibawa ke Tesco Sungai Pinang itu merempuh Yook Sungjae yang berada di tengah jalan, terseret sehingga 50meter dari kawasan kejadian dan mengakibatkan kakinya digilis kereta yang berada di jalan bertentangan dengannya. Ketika itu, sebahagian kaki kirinya sudah hancur, manakala kaki kanannya terputus dua. Hanya tinggal cebisan isi dan kulit yang bertebaran di atas jalan raya.

Larian Nayoung terhenti seketika apabila melihat suaminya rebah tak bermaya di hadapannya. Hatinya remuk bagai digilis lori Majlis Pembandaran Pulau Pinang. Dengan langkah yang berat, dia berjalan menuju ke arah Sungjae yang sudahpun dikerumuni oleh orang ramai yang sebok nak tangkap gambar sebab nak jadi orang pertama viral kat sosmed. Lempangggggg kang depa ni baru tau. Ehem- Deraian air matanya menggambarkan betapa hancurnya hati seorang isteri yang gagal mentaati suami, gagal menjadi isteri yang baik buatnya dan gagal menyelamatkan suaminya dari kecelakaan yang menimpanya. Tak, Si Penaip tak carut ye...

Sampainya Namjoo di susur keluar dari lorong tersebut. Dia terlihat Nayoung yang terduduk meratapi suaminya yang terlentang tak sempurna sifatnya. Dia tidak mampu berkata apa-apa selain menerkup mulutnya dengan tangan lalu menangis.

"ABANG, BANGUN. ABANG! JANGAN TINGGALKAN SAYA, ABANG. SAYA MINTA MAAF SEBAB DERHAKA PADA ABANG. BANGUNLAH ABANG!!!", rintih Nayoung sambil menggongcang Sungjae yang berlumuran darah. Dia mula menyesali tindakkannya yang lari dari rumah dan membuatkan Sungjae kecewa dengannya. Dia melihat orang ramai disekelilingnya, memegang telefon pintar tetapi hanya menangkap gambar sambil berpusu-pusu menjadi orang pertama yang melaporkan kemalangan macam reporter PenangKini. Nayoung menjerit dengan nada yang marah, "HANGPA NI TONGKOI KAYU KA?! CALL LAH AMBULANS!! LAKI AKU EKSIDEN, HANGPA BOLEH BESAQ PALA DOK TANGKAP GAMBAQ!".

Taehyung yang baru sampai dibelakang Namjoo juga terkedu melihat musuh lamanya terbujur kaku di atas tar bersama isterinya yang merayu meminta pertolongan. Dia juga sedar bahawa Namjoo menangis teresak-esak melihat mereka nun jauh 50meter dari tempat yang dia berdiri sekarang. Dengan perlahan, dia cuba untuk menenangkan Namjoo, "Sabar Namjoo. Aku yakin Sungjae hidup lagi...".

Namjoo tahu Taehyung ada dibelakangnya lalu segera berpaling dan merebahkan kepalanya di dada Taehyung sambil menangis. Terasa pelukan yang erat mengelilingi tubuhnya yang kecil. Kepala diusap lebut dan kedengaran jelas suara jejaka terkacak 2021, "It's okay, don't worry.".

Nayoung yakin suaminya masih ada harapan untuk hidup. Dia ingin menebus semua kesalahannya pada Sungjae dan dia berjanji tidak akan melukai hati suaminya. Bibirnya tidak henti-henti berkata Sungjae masih hidup. Pintanya hanya satu: Inginkan Sungjae untuk terus hidup.

 

"Abang? Abang? Abang dah sedar?“.

Matanya dibuka dengan perlahan, kedengaran bunyi dari mesin sokongan hayat... Sokongan hayat? Ye ke mesin tu?

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
Wonsik_Sai
Tapi takpa, Si Penaip dah up ff "Bunga Terakhir" Ni. Diharapkan hangpa yang menunggu lama ni tenang dan tarik nafas dalam-dalam ye. Nak hembus, jangan lupa petik bunga di taman. Lepas tu nak hembus, hembus lah. Hueheheh~ Trimas sebab membaca. (≧∇≦)/

Comments

You must be logged in to comment
LovelyIna
#1
Hi awak! Berminat untuk menjadi seorang penulis? Kami sedang mencari penulis bagi bekerjasama dengan kami untuk satu projek.
Mungkin sekarang peluang awak debut sebagai penulis? Jangan lepaskan peluang ~
Follow kami di Twitter dan Instagram @tigasuque untuk maklumat lanjut!
Jumpa awak kat sana ^^

- LovelyIna
Ydvvfjkch #2
APINK Kim namjoo❤️❤️❤️
soohanfeels
#3
Chapter 13: thanks for updating authornim kesayangan aum haha XD
soohanfeels
#4
Chapter 13: hmm part cj wowshop tu paling sadis lah teman kabo -..- XD
soohanfeels
#5
Chapter 11: kesiannya Nayoung T.T dasar Yook Sungjae suami dayus !! bila kau nak taubat hah ?*pegang hammer mainan*
soohanfeels
#6
Chapter 10: memang kecoh weh kalau 2 member btob ada kat situ XD belum whole group lagi, campur dgn member apink lagi ? PERGHH bertambah riuh wehhh XD
soohanfeels
#7
Chapter 9: Chap nie gila sedih ah :') sweet pun ada. haih rasa mcm nak bunuh jea bapak Nayoung dgn Sungjae hanat tu -..- oops
soohanfeels
#8
Chapter 8: alahai sedihnya Chaejin koma 3 tahun :') moga cepat sedar x') kesian Sanghyuk sedih sobs, Nayoung pulak dijodohkan dgn Sungjae chot tu -..- aiyaa apakah nasib si Hyuk nie aiyoyo
soohanfeels
#9
Chapter 7: apak ah nie mst inspirasi dari cerita Juvana xD jinjja D A E B A K !!
soohanfeels
#10
Chapter 6: TENGOK TU TAE HAMPIR SPILL THE BEANS PASAL MA- makan... hahahaha