Bab 9: Next Day!

Masalah Kem Musim Panas

Para peserta sudah berkumpul di padang kem tepat pada masanya. Mereka datang selepas bersarapan.

“Kamu semua berbaris ikut kumpulan! Takkan saya asyik ingatkan kamu semua ke? Lagipun kamu semua bukan budak-budak lagi!” sergah Komander Bogum.

Selepas 1 minit, semua kumpulan berbaris seperti diarahkan.

“Baik. Hari ini kamu semua duduk dalam bulatan, macam semalam. Ketua setiap kumpulan, sila ikut Komander Jongsuk ke ofisnya untuk mengambil bahan dari ofisnya,” arah Komander Bogum.

Setelah itu, semua ketua dari setiap kumpulan mengikut Komander Jongsuk untuk mengambil bahan.

Tidak lama selepas itu, para ketua kumpulan kembali ke kumpulan masing-masing dengan membawa kotak.

“Dalam kotak itu terdapat ‘bahan’ yang boleh dikaitkan dengan warna kumpulan kamu. Kotak itu mengandungi kain (ikut warna), 10 bilah gunting, marker, tali (ikut warna) dan reben (ikut warna grup). Tugas hari ini adalah simple, buat apa saja yang boleh dikira sesuai. Kreativiti terpulang kepada kumpulan masing-masing. Kamu buat apa saja dengan menggunakan bahan dalam kotak. Saya beri tempoh selama 1 jam,” Arahan Komander Bogum didengari oleh para peserta secara serius.

“Komander, boleh mula sekarang ke?” jerit Ken dari Blue Team.

“Boleh, kamu semua boleh mula. Satu jam dari sekarang,” kata Komander Bogum sambil menekan jam randiknya.

Riuh rendah mulai kedengaran. Ada kumpulan yang memotong kain lalu dijadikan sebagai reben untuk mengikat pergelangan tangan. Ada yang mengikat reben pada dahi masing-masing.

Ahli kumpulan dari Orange Team memotong kain berwarna jingga dan digunakan sebagai tag nama. Ahli kumpulan dari Lavender Team mengikat reben pada leher. Lebih hebat lagi, mengikat reben dan dijadikan sebagai skraf.

“Masa sudah tamat. Letakkan bahan-bahan,” kata Komander Bogum. Jam randiknya berbunyi.

Semua peserta patuh akan arahan Komander tu.

“Jangan ke mana-mana. Saya akan tengok kamu semua secara menyeluruh,” kata Komander Bogum. Komander Bogum dan Komander Jongsuk melihat para peserta yang sudah ‘menghias’ rupa diri mereka.

Selepas itu, mereka berdua pun pergi ke depan, menghadap para peserta.

“Sungguh kreatif kamu semua. Inilah ‘tanda’ dimana kamu semua saling memerlukan antara satu sama lain. Baik, sila kemaskan bahan-bahan itu dan bagi ketua masing-masing. Dan sila hantar kotak itu ke dalam ofis Komander Jongsuk,” arah Komander Bogum sambil tersenyum.

 

 

“Wow!! Comelnya reben korang ni dekat kepala korang semua,” ujar J-Hope dari Pink Team. Mereka terpegun melihat ahli Plum Team yang kepalanya terhias reben. “Ini skraflah, bukan reben,” ujar Jin dengan senyuman sinis.

“Reben merah yang terikat kat pergelangan tangan kanan merupakan simbolik kita bersama selama-lamanya,” ujar Elkie sambil melihat reben yang terikat pada pergelangan tangan.

“Selama-lamanya? Maksud awak selepas habis kem?” soal Jackson.

“Ya. Walaupun kita berpisah selepas 5 minggu, kita tetap masih berhubung. Kita tidak lagi ‘strangers’, malah kita sekarang merupakan ‘keluarga’. Susah senang kita bersama,” balas Elkie.

“Betul cakap Elkie,” Yunho baru bersuara.

“Kita semua harus bersatu,” celah Eunha.

“Saya setuju!” balas Dongwoo.

“Saya rasa kita harus bersama sepanjang hayat. Macam apa yang disebut oleh Elkie tadi, kita tidak lagi ‘stranger’. Jadi kita harus bekerjasama demi mencapai kemenangan. Jangan takut apa-apa terhadap team lain. Apa-apa mereka ingin menyerang, harus ingat slogan ini, ‘Langkah mayat kami dulu!’ Slogan ini boleh menumpaskan team lain. Setuju!!” seru N selaku ketua Red Team.

SETUJU!!!” sahut ahli-ahli Red Team.

“Hidup Leader N! Hidup Red Team!!” sahut Dongwoo dengan suara lantang sambil mengangkat tangan.

“Amboi! Buat demonstrasikah?” sergah Rapmon dari Yellow Team.

“Banyaklah kau punya demonstrasi. Mana grup kau? Suka-suka masuk grup orang,” sergah Yunho.

“Eleh~ Hidup Leader N konon. Nampak gayanya N jadi ‘penghulu’ dekat Red Team ni,” sindir Taemin.

What? Kau cakap apa tadi?” Yunho segera menarik kolar baju Taemin.

“Hyung, boleh tak jangan tumbuk-tumbuk orang? Nanti Komander Bogum mengamuk,” tegur N kepada Yunho sambil tangannya melepaskan tangan Yunho dari kolar baju Taemin.

“Kau ni pahal? Dia hina kau tadi. Buat apa aku bertenang kalau Taemin sindir grup kita,” balas Yunho.

“Dahlah tu, Yunho hyung. Pedulikan sindiran si Taemin tu. Ada ubi ada batas, ada masa dapat balas,” pujuk N sambil membelai belakang badan Yunho itu. Taemin kembali ke grup dengan mukanya tebal.

“Aik? Bila masa kau berperibahasa? Kau sekolah mana?” tanya Yunho. Mereka pun kembali ke kelompok Red Team.

“Jellyfish Art Village School,” jawab N.

“Sekolah sastera ke?” soal Yunho lagi.

“Ye. Memang sekolah sastera pun. Letaknya di persisiran sungai, tak jauh dari kampung kami,” balas N sambil membetulkan bajunya sedikit.

“Oh. Sekolah kami letaknya dekat bandar. Maktab SM, bangunan yang besar. Maktab kami mementingkan status, tapi aku berasa bosan. Asyik bergaul dengan orang berada je. Aku kan suka bersosial, aku mahu cari kawan baru. Setelah aku kenal dengan kau, Dongwoo, Elkie dan lain-lain, aku rasa korang semua baik dan friendly,” luah Yunho.

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
ROVIXAYEE_96
Terlalu banyak peserta yang join Kem Musim Panas. Sorry kalau perbualan mereka tidak banyak dari semua grup. Tak semua member grup ada perbualan seorang-seorang. Ini juga lebih kepada situasi yang menyeramkan berlaku.

Comments

You must be logged in to comment
No comments yet