Bab 17: Final Disturb.

Masalah Kem Musim Panas

Kegembiraan ahli-ahli Red Team setelah N kembali ke pangkuan mereka sudah tercapai. Eunha juga pulih minggu lepas, Hyoyeon dan Soyeon dari Blue Team juga sembuh. Para peserta sangat gembira mendengar berita baik.

Masuk minggu kelima, segala kegembiraan mereka telah musnah. Mana taknya, lampu Dorm 2 dan 4 pecah, menyebabkan bilik mereka sangat gelap. Mujur lampu Dorm 1 dan Dorm 3 tidak pecah berderai. Kalau lampu Dorm 1 turut pecah, memang sah tak nampak N yang sangat ‘gelap’. Tetapi Dorm 1 juga hampir musnah sepenuhnya, segala perabot seperti loker, kerusi, meja dan sebagainya musnah berderai.

Para peserta panik dan takut melihat segalanya musnah. Akhirnya, para perserta berkumpul di kawasan kecemasan.

Komander Bogum segera memanggil pekerja paranormal dan orang gereja untuk selesaikan masalah ini. Kalau tidak, sampai bila masalah ini selesai?

3 hari kemudian, malam hari Rabu, pekerja paranormal dan orang gereja datang untuk menyelesaikan masalah ini. Para peserta berkumpul di kawasan kecemasan. Salah seorang pekerja paranormal memberitahu Komander Bogum bahawa tempat ini dikuasai oleh seorang roh perempuan bernama Jessica. Dia adalah dalang dalam segala gangguan.

Inilah kisah Jessica. Jessica seorang anak yatim piatu yang dibesarkan oleh neneknya pada tahun 1957 selepas ibu bapanya meninggal dunia pada 31 Ogos 1957.

Selepas neneknya meninggal dunia pada 24 Jun 1963, Jessica hidup bersendirian dan merana. Dia meninggal dunia pada 18 Januari 1978. Selepas 40 tahun meninggal dunia, dia menjadi roh yang hidup di dalam Kem Musim Panas. Dia bertindak untuk menyerang para peserta yang tidak berdosa dan lemah.

Apakah ‘benda’ yang dilihat oleh Haebin dan Taeyeon? Tentang topeng berdarah itu adalah helah Jessica untuk menakutkan orang. Hyuk juga rebah tanpa sebarang kesan barangkali dengan kuasa roh jahat. Mikrofon yang digunapakai oleh 2 komander itu sebenarnya tidak rosak. Mikrofon itu dibelinya tanpa sebarang kecacatan atau kesilapan teknikal dari kilang. Malah ia diuji terlebih dahulu oleh pakar elektronik untuk memastikan bahawa ianya selamat digunakan tanpa mengeluarkan bunyi sumbang dan kurang baik. Mikrofon itu sudah mendapatkan kelulusan dari pihak elektronik. Kuasa roh jahat telah ‘merosakkan’ mikrofon itu. Nasib baik ia tak pecah berderai! Kalau tak, tak tahulah nak cakap apa.

Lagi satu, cuaca panas telah berubah menjadi mendung secara tidak dijangka.  Seterusnya menjadi musim hujan. Ramalan cuaca hari ini memang panas, jadi takkan lah ia berubah menjadi musim hujan tiba-tiba? Satu lagi kuasa roh Jessica untuk melemahkan sesiapa saja semasa musim hujan berlangsung. N dan Ken demam dengan tahap ‘kritikal’ mengalahkan demam malaria juga perbuatan Jessica. Sebab itu mereka tidak berdaya. Ken demam secara ‘mengejut’ boleh sembuh dengan cepat. Tetapi N pula bertambah teruk sakitnya. Penderitaan N ditambah dengan kecederaan kawan baiknya, Eunha dan Leo. Jessica telah memanipulasi otak Hana dan membuatkannya  hilang kawalan. Kerana Hana kena rasuk sehingga menendang Leo, jadi Leo turut dirasuk sebab roh Jessica telah masuk ke dalam badan Hana seterusnya dipindahkan kepada badan Leo. Sebab itu doktor langsung tidak mengenal pasti punca sebenar Leo dirasuk. Pasal Hyoyeon dan Soyeon ditemui dalam keadaan ‘mengerikan’ tidak lain tidak bukan adalah perbuatan roh Jessica.

Berbalik kepada kesakitan yang ditanggung oleh N dan Leo, sebenarnya Jessica begitu dengki dengan persahabatan insan yang lemah itu. Dia bertindak untuk melemahkan tenaga N untuk bertemu dengan Leo. Selepas dia mengetahui ‘musuhnya’ sudah sembuh, dia semakin marah sehingga dia merosakkan harta benda kem itu!

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
ROVIXAYEE_96
Terlalu banyak peserta yang join Kem Musim Panas. Sorry kalau perbualan mereka tidak banyak dari semua grup. Tak semua member grup ada perbualan seorang-seorang. Ini juga lebih kepada situasi yang menyeramkan berlaku.

Comments

You must be logged in to comment
No comments yet