Bab 6: Introduction?! Worse Ever!

Masalah Kem Musim Panas

10 bulatan yang memenuhi dewan makan seluas 60 ekar persegi dan meja serta kerusi disusun ke tepi. Komander Bogum tersenyum dan memilih wakil secara rawak.

“Baiklah, cik adik yang berambut ala ‘ponytail’ tu, sila berdiri dan introduce grup kamu,” arah Komander Bogum menunding ke arah Dahyun.

“Annyeonghaseyo, nama saya Kim Dahyun. Panggil saya Dahyun jer,” balas Dahyun sambil menundukkan badannya tanda hormat. “Apa nama grup kamu dan siapa ketua?” soal Komander Bogum.

“Kumpulan kami bernama Red Team. Ketua kami adalah N, slogan kami,...” jawab Dahyun dengan berseri-seri.

“Takpe. Awak boleh duduk, Dahyun. Saya nak N sendiri yang sebut slogan,” potong Komander Bogum.

N segera berdiri. “Apa slogan korang?” soalnya.

“Our slogan is, LANGKAH MAYAT KAMI DULU!!!” jerit N tanpa ragu-ragu.

Wah, hampir pecah satu dewan dengan suara N yang mengalahkan suara Komander Bogum.

“Wow!! Baru masuk dua hari, dah macam nak berperang lagi tu! Anyway, good slogan. Sila duduk, N,” Komander Bogum segera mencatat sesuatu di dalam bukunya.

N tersenyum puas, “Hah, lega hati aku.” (Happy sebab kenakan komander paloi itu)

Komander Bogum teras telinganya panas mendengar laungan N. “Beraninya budak ni. Badan je kecik macam perempuan, suara bukan main kuat lagi, kalah adik aku,” gumamnya.

“Budak lelaki yang pakai topi tu, sila introduce grup kamu,” arah Komander Bogum kepada Sungyeol.

“Grup kami dinamakan Yellow Team! Sayalah ketua, nama saya Sungyeol. Slogan kami adalah berbunyi, ‘Yellow Team will fight!’. Sekian, terima kasih,” balas Sungyeol.

“Slogan korang bunyi macam bagus. Sila duduk.” Komander Bogum mencatat sesuatu dalam buku.

“Ya, gadis cantik yang berambut gelombang ni, introduce grup kamu,” arah Komander Bogum kepada Soyee.

“Nama grup kami ialah Lavender. Sayalah ketua di sini. Nama saya Soyee, slogan kami,...”

“Kejap-kejap,” potong Komander Bogum. Soyee berasa hairan. Kumpulan yang lain bertanya sesama sendiri.

“Nak tanya ni. Kenapa kamu dipilih sebagai ketua? Orang lelaki bukan main jadi leader, sedangkan kamu orang pertama yang saya ‘detect’ perempuan jadi leader. Orang lelaki dekat grup kamu ni malu sangat jadi ketua ke?” Soalan Komander Bogum yang panjang mendesak Soyee membuat alasan.

“Kami semua bertekak pasal pemilihan ketua, Komander. Yujeong pilih Leo jadi ketua, tapi Donghae tak setuju. Leo oppa pilih Donghae, tapi dia enggan. Seulgi mahu Yuju jadi ketua, tapi dia tak suka. Oleh sebab tak tahan dengan pertengkaran jadi ketua, maka sayalah volunteer nak jadi ketua. Barulah mereka setuju,” Soyee menceritakan pasal pertengkaran dalam pemilihan ketua.

“Tak sangka korang bergaduh semata-mata nak pilih ketua. Tapi, syabas! Kamu volunteer sendiri untuk jadi ketua. Oh, lupa pulak. Apa slogan grup korang?” soal Komander Bogum pulak.

“Bersatu teguh, bercerai roboh!” jawab Soyee tanpa teragak-agak.

“Hmm, bagus betul slogan korang. Sila duduk, Soyee,” terus Komander Bogum mencatat sesuatu.

“Oh, ya. Budak lelaki yang pakai seluar pendek denim dan topi terbalik, introduce nama kamu, grup dan leader,” Komander Bogum menundingkan jarinya ke arah Ravi.

“Annyeonghaseyo. Nama saya Kim Won Shik. Awak semua panggil saya Ravi. Saya namakan kumpulan kami, Black. Ketua kami adalah si cantik Yeri,” Jawapan Ravi membuatkan Komander Bogum berkerut dahinya.

“Ada lagi yeoja jadi leader? Ingatkan Soyee je yang jadi leader, haish,” fikirnya.

“Duduk, Ravi. Yeri sila berdiri.”

Yeri bingkas berdiri. “Slogan kami sangat ‘power’, War! War! War!” jawab Yeri diikuti dengan laungan ahli-ahli dari Black Team.

“Kuat betul slogan Black Team. Bagus! Sila duduk,” Komander Bogum bertepuk tangan.

 

 

Selepas minum pagi pada pukul 10:00 a.m., para peserta digesa untuk berkumpul semula di padang kem. Mereka semua berbaris mengikut kumpulan yang telah dibentuk tadi.

“Yah! Semua peserta baris ikut kumpulan. Siapa barisan bengkok-bengkok, hukuman menanti korang. Cepat!” gesa Komander Bogum.

Selepas 2 minit, 10 barisan sudah diatur.

Ketua setiap kumpulan, sila kira bilangan anak buah korang, pastikan 10 orang. Bagitahu saya kalau ada yang hilang, nanti saya check.

Ketua setiap kumpulan mula mengira bilangan anak buah masing-masing. Tiba-tiba, Junior dari Grey Team, ZN dari Orange Team, dan Tzuyu dari Maroon Team datang berjumpa dengan Komander Bogum.

“Komander, grup kami tak cukup 10 orang! Saya tak jumpa Xiumin dan Lay,” Junior terus mengadu.

“Komander, saya tak nampak Haebin dan Taeyeon!” ZN turut mengadu.

“Komander! Hyuk-ssi hilang! Tinggal 9 orang je yang ada!” Tzuyu datang setelah ZN mengadu.

Komander Bogum tergesa-gesa mencari buku catatannya. “Kamu bertiga ni, cubalah jangan mengadu secara mengejut. Saya masih cari pen dakwat kat pencil case, nak catat siapa yang hilang,” kata Komander Bogum.

“Bagitahu saya siapa yang hilang. Bagi nama grup dan orang yang hilang,” Komander Bogum hendak membuka buku catatannya.

“Hyuk dari Maroon Team, Komander,” jawab Tzuyu.

“Orange Team: Haebin dan Taeyeon,” ZN pula menjawab.

“Kami punya Xiumin dan Lay hyung dari Grey Team,” sampuk Junior.

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
ROVIXAYEE_96
Terlalu banyak peserta yang join Kem Musim Panas. Sorry kalau perbualan mereka tidak banyak dari semua grup. Tak semua member grup ada perbualan seorang-seorang. Ini juga lebih kepada situasi yang menyeramkan berlaku.

Comments

You must be logged in to comment
No comments yet