Bab 11: Demam?!

Masalah Kem Musim Panas

Hujan turun dengan lebatnya sehingga waktu malam. Pukul 7:30 a.m. selepas makan malam, para peserta balik ke dorm dengan berpayung.

“Aduhai! Lebatnya hujan!” kata Wendy sambil membuka payung. “Jom, kita balik ke dorm,” ajak Seulgi sambil memegang payung dan Wendy, Joy dan Irene berkongsi payung. “Yeri tak ikut ke?” tanya Seulgi.

“Yeri balik dulu. Dia kongsi payungnya dengan Taeyeon dan Tiffany tadi. Kan dia ada bawak payung,” jelas Irene. “Oh, lupa pulak. Jom, kita pergi sekarang,” ajak Wendy. Mereka berempat berjalan, mengelak dari terkena lopak air. Mereka berjalan dengan berhati-hati.

Di dorm 1, mereka semua sudah balik ke katil masing-masing. Leo berasa resah apabila jiran katilnya, N tiada di situ. “Alamak! Aku terlupa Hakyeonnie pulak! Apasal aku ni cuai sangat, kawan sendiri pun terlupa bawak pulak,” kata Leo lalu dia mencapai payung berwarna biru laut. Sebenarnya Ken dihantar ke Dorm 2 dulu. Apabila dia kembali ke Dorm 1, dia baru teringat akan jiran katilnya.

“Eh, Leo hyung kau pergi mana?” soal Yugyeom. Ketika itu Yugyeom berkongsi payung dengan Hyuk.

“Aku pergi jemput Hakyeonnie! Aku lupa bawak dia sekali,” kata Leo dengan membawa payung menuju ke pagar dorm.

“Kejap!” Hyuk tiba-tiba menghalang Leo keluar.

 

“Apa?” Leo agak hairan.

“N hyung hilang tiba-tiba. Aku baru perasan dia hilang kat dewan makan tadi. Tadi elok aje N hyung. Masa makan malam dia masih ada. Tapi, bila lepas makan, sebaik saja cuci pinggan, N hyung masih lagi kelihatan. 10 minit kemudian, N hyung tidak kembali ke tempat duduknya,” cerita Yugyeom membuatkan Leo terkejut.

“Jadi korang berdua blah macam tu je?” soal Leo.

“Kami nak bagitahu kat hyung. Mana tau kita cari sama-sama,” jelas Hyuk.

“Apa tunggu lagi, jomlah,” ajak Yugyeom.

Mereka bertiga pun menuju ke dewan makan untuk mencari N. Semasa mereka dalam perjalanan ke dewan makan, Komander Bogum menegur mereka.

“Kamu bertiga pergi mana?” tanya dia.

“Kami bertiga cari N hyung. Dia hilang kat dewan makan!” Hyuk mengadu.

“Kamu biar betul, Hyuk! Macam mana boleh jadi macam ni? Takpe, saya ikut kamu bertiga cari kat dewan makan,” Komander Bogum terus mengekori 3 peserta ke dewan makan.

 

 

“Apa kata kita berpecah. Leo pergi cari kat luar dewan, Hyuk cari kat toilet dan Yugyeom ikut saya kat bilik kelas,” arah Komander Bogum.

Selepas 10 minit,...

“Jumpa tak N hyung?” soal Hyuk kepada Leo.

“Aniya, luar dewan pun tak jumpa,” balas Leo sambil tercunggap-cunggap.

“Aduh, mana dia pergi ni,” Hyuk mengeluh.

“Dah jumpa dia kat toilet tak?” soal Leo.

Hyuk menggelengkan kepala.

Mereka didatangi dengan Hongbin.

“Aku dengar N hyung lesap kat sini ke?” tanya Hongbin. Dia datang bersama Ravi.

“Yelah. Puas kami cari N hyung, tak jumpa jugak,” jelas Hyuk. Terperanjat Hongbin dan Ravi.

“Aik? Ken hyung tak ikut ke?” soalnya pula.

“Dia terus demam,” Ravi pula menjawab.

“APA!! Demam!!” balas Leo. Aduh, N masih tidak ditemui, Ken pula demam tiba-tiba. Situasi geng VIXX seperti sudah jatuh ditimpa tangga. (sabar jelah okay)

Komander Bogum dan Yugyeom mendapati N terbaring dekat luar ofis Komander Jongsuk.

“N hyung! Bangun!!” jerit Yugyeom sambil menampar pipi N berulang kali.

Komander Bogum menyentuh dahi N. “Huish, panas sangat dahinya, pasti demam pulak,” katanya sambil menggendong N.

“Komander, rasanya saya pergi inform kat geng VIXX sekarang!” kata Yugyeom.

“Baik. Kamu tolong hubungi kawan-kawan dia. Cakap N demam,” balas Komander Bogum.

 

 

Deringan ringtone lagu VIXX di handphone milik Hyuk kedengaran.

“Yugyeom call. Pasti dia jumpa N hyung,” kata Hyuk sambil menjawab panggilan Yugyeom.

Panggilan telefon.

Hyuk:  Macam mana? Dah jumpa?

Yugyeom: Korang semua datang ke bilik kesihatan!

Hyuk:  Apa?!

Yugyeom: N hyung demam. Aku dan Komander Bogum jumpa dia terbaring kat ofis Komander Jongsuk.

Hyuk: Betul ke ni? Kami akan ke sana sekarang. Oh ya, kau dah tengok Ken hyung?

Yugyeom: Dah, tapi dia masih baring kat katil. Mukanya pucat lesi.

Hyuk: Ok. Tunggu kami tau! (Panggilan diputuskan.)

 

“Saya rasa N perlu berehat sehingga demamnya reda,” ujar jururawatnya. Komander Bogum berasa susah hati mendengarnya.

Selepas jururawatnya pergi meninggalkan bilik wad N, Komander Bogum dan Yugyeom melihat keadaan N yang terbaring sakit. Komander Bogum membelai rambut N yang hitam bersinar itu. Yugyeom berulang alik ke bilik wad Ken.

Tidak lama kemudian, Leo, Hyuk, Hongbin dan Ravi tiba.

“Komander, nurse cakap apa?” tanya Leo.

“Dia kena berehat sehingga demamnya reda,” jawab Komander Bogum sambil tangannya menyentuh dada N. Dia membelai lengan N juga. Di pergelangan tangannya masih terikat reben merah. Tidak pernah menanggalkannya.

“Komander, kami tengok Ken hyung juga, boleh tak?” Hyuk meminta kebenaran.

“Boleh. Tak ada masalah,” Komander Bogum terus membenarkannya.

Satu jam kemudian, N telah sedar. Dia hairan apabila Komander Bogum di sisinya.

“Ko...komander Bogum?” kata N dengan suara yang lemah. “Kenapa saya di sini?” tanya dia.

“Awak demam, N. Kami jumpa awak pengsan di luar ofis Komander  Jongsuk,” jawab Komander Bogum.

Pasti N berasa terharu apabila Komander Bogum begitu prihatin dengan N. Dulu dia tidak suka, sekarang dia mula selesa dengan Komander Bogum.

“Komander, saya hendak cari Komander Jongsuk, tapi saya terasa pening. Saya berjalan lambat sebab takde tenaga. Saya hendak mengadu kat dia, tapi saya pening dan rebah,” jelas N.

“Oh, begitu rupanya,” jawab Komander Bogum. Dia terpaku sebab dia baru tahu punca sebenar N hilang. Rupa-rupanya dia pergi jumpa Komander Jongsuk. (Kalau nak bagitahu Komander Jongsuk, inform kat ahli dorm yang lain terlebih dahulu – buat orang susah hati je Hakyeon ni)

Komander Bogum menyentuh dahi N. “Dahi awak masih panas. Biar saya sejukkan, bagi kamu rasa selesa sikit,” katanya sambil mengambil kain bersih dari loker dan pergi ke bilik air. Dia membawa mangkuk untuk mengambil air.

Kemudian dia kembali ke wad N dan mencelup kain pada air sejuk. Dipulasnya kain itu, dilipat dua dan diletakkan pada dahi N.

“Saya terhutang budi kepada komander,” ujar N dengan suara yang lembut.

“Awak rehat dulu. Saya jaga kamu sehingga tengah malam,” balas Komander Bogum.

“Boleh saya tidur?”

“Boleh, tidurlah. Lagi baik,” katanya lagi.

******

VIXX N&Ken demam secara mengejut. (Starlights jangan sedih)

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
ROVIXAYEE_96
Terlalu banyak peserta yang join Kem Musim Panas. Sorry kalau perbualan mereka tidak banyak dari semua grup. Tak semua member grup ada perbualan seorang-seorang. Ini juga lebih kepada situasi yang menyeramkan berlaku.

Comments

You must be logged in to comment
No comments yet