Bab 12: Melawat N.

Masalah Kem Musim Panas

Bunyi penggera setiap dorm dibunyikan menandakan mereka perlu berkumpul di padang kem. Komander Bogum terus mencapai mikrofon. Para peserta kem terus berkumpul ikut dorm.

“Wah, belum disuruh, korang sudah berbaris ikut dorm. Bagus, bagus. Korang makin berdisiplin,” puji Komander Bogum.

“Baiklah, kita akan berjogging di seluruh kawasan Kem. Bermula dengan Dorm 1, mula berjogging sekarang!” seru Komander Bogum. Diikuti dengan Dorm 2,3 dan 4.

Merek berjogging tanpa bersarapan dahulu. Setelah matahari memancar, barulah mereka kembali ke barisan dorm masing-masing. Nasib baik takde yang semput semasa jogging tadi.

Mereka kembali ke padang kem.

“N masih tak balik ke?” tanya Changmin.

“Dia rehat kat bilik kesihatan. Malam tadi dia demam,” ujar Leo.

“Oh, kesian betul. So macam mana? Dah ok ke dia?” tanya Changmin lagi.

“Dia masih lemah. Pasti dia kurang sihat, lagipun hari hujan malam tadi belum reda. Nasib baik pagi ni hujan dah takde,” celah Ravi sambil mengelap peluhnya dengan tuala.

“Semalam N masih ok je. Tapi aku tengok N hyung macam hilang selera makan. Nasi yang dimakannya tinggal separuh je. Lepas tu dia blah, siap bawak pinggannya sekali. Aku risaulah, dia tak balik-balik lepas ni. Yugyeom dan aku pergi inform kat Leo hyung, tapi Leo hyung pulak blah. Dia hantar Ken hyung ke dorm 2,” cerita Hyuk dengan panjang lebar.

“Aduh, patutlah N hyung tak balik-balik lagi ke dorm. Batang hidung pun tak nampak,” celah Baekhyun.

 

 

Ahli kumpulan Red Team menjenguk ketua mereka setelah bersarapan. Dahyun siap membawa roti dan air mineral kepada N. Begitu juga dengan ahli kumpulan Blue Team, menziarahi Ken pula di bilik sebelah.

 

Bilik wad N: Heechul, Yunho, Dongwoo, Dahyun, Eunha, Jackson, Mina, Yoona, Elkie.

 “Annyeonghaseyo, leader!” suara itu mengejutkan N. Dia terus bangun.

“Eh, kamu semua datang ke?” tanya N dengan gembira.

“Ya. Saya dengar dari Mina yang awak demam. Tulah yang kami jenguk awak,” kata Elkie.

“Awak dah makan?” tanya Eunha.

“Belum, saya dari semalam takde selera makan,” jawab N.

“Pagi tadi saya terbaca mesej Ravi oppa. Dia yang ceritakan segala-galanya,” celah Mina.

“Saya bagi awak roti dan air mineral kepada awak. Oppa makanlah, saya bagi oppa,” ujar Dahyun sambil menghulurkan roti dan air mineral kepada N. “Susahkan awak jer,” balasnya.

Dahyun tersipu malu.

“Mina bagitahu kami sebelum berjogging. Katanya nak jenguk awak di bilik kesihatan,” kata Yoona.

N terus menjamah roti yang diberi oleh Dahyun.

“Komander Bogum ada inform kat Komander Jongsuk, katanya nak lawat awak lepas ni,” Jackson turut bersuara.

“Pasti awak demam sebab cuaca hujan kan?” soal Eunha. N terdiam seketika.

“Ye~ saya rasa begitulah. Saya rasa cuaca hujan begitu membuatkan saya rasa tak sedap badan. Tapi saya macam biasa je. Masa makan pun takde berselera sangat. Rasa nak muntah pulak. Jadi saya cepat-cepat pergi kat sinki, bawa pinggan, cuci pinggan macam biasa. Lepas tu saya muntah (nasib baik takde sesiapa yang nampak). Terfikir nak cakap kat Komander Jongsuk, tapi saya berasa pening kepala,” jelas N dengan panjang lebar.

“Oh, begitu. Ingatkan kau ‘tersalah’ makan pulak,” kata Yunho pulak.

“Jangan lupa makan ubat,” pesan Elkie. N mengangguk.

“Kalau awak masih tak selesa, beritahulah mana-mana komander,” saran Dongwoo pula.

“Oppa cepat sembuh, yer,” Mina duduk di katil N.

“Ye, pasti oppa akan sembuh,” balas N sambil membelai rambut Mina (juniornya).

Tiba-tiba, seseorang membaling bola ‘besball’ dan memecah tingkap bilik wad N. Bola itu terkena kepala Eunha dan membuatkannya terjatuh dari kerusi. Kepala Eunha berdarah. “AH!!” jerit mereka.

“Oh no! Eunha!” jerit Dahyun.

“Apa jadi? Waeyo? Siapa baling bola ni?” tanya Yunho bertubi-tubi.

“Aduh, sakitnya,...” rintih Eunha.

“Peliknya, bola itu datang secara ajaib ke?” N agak hairan.

“Cepat panggil nurse!” desak Mina.

Dongwoo segera beritahu jururawat. “Nurse, datang sini kejap! Kawan kami cedera! Kat bilik N!”

"APA!!”

 

 

“Lukanya begitu parah. Dia hampir kehilangan banyak darah,” kata jururawat itu.

“Macam mana boleh jadi?” soal Elkie.

“Tingkap bilik itu pecah dan bola itu hinggap di kepala Eunha,” sampuk Dongwoo.

“Bila?” tanya jururawat itu.

“Tadi, hampir 10 minit,” jawab Dahyun.

“Tapi saya tak nampak siapa-siapa di luar tingkap,” Mina datang dengan membawa N.

“Pelik juga. Anyway, kawan awak perlu duduk sini sehingga lukanya sembuh,” balas jururawat setelah membalut kepala Eunha.

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
ROVIXAYEE_96
Terlalu banyak peserta yang join Kem Musim Panas. Sorry kalau perbualan mereka tidak banyak dari semua grup. Tak semua member grup ada perbualan seorang-seorang. Ini juga lebih kepada situasi yang menyeramkan berlaku.

Comments

You must be logged in to comment
No comments yet