Bab 18: Safe As Before.

Masalah Kem Musim Panas

Pekerja paranormal dan orang gereja tersebut melangkah ke dorm lelaki, perempuan, dewan makan dan sekitar kawasan kem. Jumlah pekerja paranormal adalah sebanyak 50 orang, dan orang gereja dari beberapa aliran Kristian seperti Methodist, Anglikan, Katolik, dan sebagainya seramai 42 orang.

Para pekerja dan orang gereja memulakan tugas ‘terbesar’ mereka. Mereka membaca jampi supaya roh Jessica mati. Ada di kalangan mereka mengeluarkan asap-asap kemenyan yang dibakar di padang kem itu untuk melemahkan kuasa roh jahat itu. Dia juga menabur air jampi di sekitar kem.

40 minit kemudian, kuasa roh jahat memusnahkan segala-galanya. Bumbubg yang dibuat daripada zink tercabut keluar, pintu dan dinding juga retak. Tingkap bilik pun pecah. Nasib baik barang-barang mereka tidak juga dirosakkan oleh roh jahat itu. Langsir tingkap turut tercabut keluar.

Salah seorang pekerja paranormal menggunakan jampinya untuk melawan kuasa roh jahat itu. Setelah hampir tengah malam, roh Jessica mula kelihatan. Mereka terperanjat besar apabila roh perempuan itu nampak macam hantu. Para peserta dan komander juga terkejut.

Roh Jessica telah dibunuh oleh seorang wakil Katolik dengan mencucuhkan api kemenyan di bahadian mukanya. Akhirnya, roh Jessica telah lenyap dalam asap kemenyan.

“Tuan, roh itu sudah lenyap dan pergi buat selama-lamanya,” kata salah seorang pekerja paranormal kepada Komander Bogum.

Segala-galanya kembali ke tempat asal. Lampu bilik, tingkap, bumbung, pintu dan sebagainya telah kembali seperti asal. Para peserta bersorak keriangan.

“Terima kasih kerana menolong kami. Kami terhutang budi sangat,” ucap Komander Jongsuk.

“Sama-sama, tuan. Kami balik dulu,” kata seorang wakil Katolik.

4 hari kemudian...

Para peserta mula mengemas barang-barang untuk balik. Komander Bogum dan Komander Jongsuk berat hati hendak berpisah dengan mereka. Mereka bersalaman sebelum menaiki bas untuk pulang. Selepas itu, mereka melambaikan tangan kepada 2 komander itu.

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
ROVIXAYEE_96
Terlalu banyak peserta yang join Kem Musim Panas. Sorry kalau perbualan mereka tidak banyak dari semua grup. Tak semua member grup ada perbualan seorang-seorang. Ini juga lebih kepada situasi yang menyeramkan berlaku.

Comments

You must be logged in to comment
No comments yet