Bab 3: Perjumpaan Pagi: 5:45 a.m.

Masalah Kem Musim Panas

Kecoh 4 buah dorm apabila bunyi penggera didengari setiap dorm. Selepas selesai mandi dan memakai t-shirt kem, mereka bergegas ke padang kem seluas 50 ekar.

“Cepat-cepat berkumpul ikut dorm! Buat satu barisan lurus! Dorm yang sudah lengkap ahli sila duduk. Dorm yang belum cukup ahli sila berdiri sehingga diorang sampai!” tempik Komander Jongsuk.

“Ya! Dua orang yang jalan macam pengantin tu, jalan cepat sikit!” arah Komander Bogum sambil melihat gelagat Sowon dan Tzuyu berpegang tangan semasa berlari.

“Hish, merepek dia ni. Kita macam pengantin,” rungut Tzuyu.

Overlah dia tu,” balas Sowon dengan membuat mimik muka menyampah.

“Oi budak hitam-putih! Cepatlah, macam pondan je!” tempik Komander Bogum ke arah N dan Leo yang berpegang tangan macam pasangan pengantin.

“Heh~ sabarlah. Semput aku nanti baru tau,” ujar N dengan muka meluat. Leo mengusap belakang badan N, memujuknya dengan lembut. Mereka sampai ke barisan Dorm 1.

“Apasal muka meluat ni?” tanya J-Hope memandang muka N.

“Orang tua tu jerit-jerit kat kami berdua. Betul tak Leo-ssi!” jawab N. “Betul. Kami digelarnya sebagai budah hitam-putih,” adu Leo sambil bersungut.

“Ade ke patut jerit-jerit macam ni hah! Orang kampung macam kami tak pernah kena rasa macam ni. Tak guna betulah Komander Bogum paloi! Puii!!” jerkah N sambil membuat muka menyampah.

“Otedah korang berdua ni. Kesian betul, N hyung,” satu suara mengejutkan mereka.

“Mana kau tahu nama aku?” tanya N kepada Suho, di sebelah barisan Dorm 2.

“Ravi yang ceritakan,” jawab Suho selamba.

“Kecohlah budak ni,” balas N dengan acuh tak acuh.

“Ravi satu bilik dengan kau ke?” tanya Leo.

“Yelah, kenapa? Tak suka ke? Oh kejap-kejap. Kau ni Leo kan. Kawan baik Ravi sehingga ada wujud ‘VIXX LR’ (sub-unit VIXX) kan?” tanya Suho ingin tahu.

“Ya. Akulah Leo. Kawan sepermainan sejak kecil,” jawab Leo.

“Tinggal satu kampung ke?” Suga menyampuk.

“Ya. Memang kami tinggal satu kampung. Sebab tu sama-sama kenal,” jawab N.

“Patutlah korang macam rapat,” balas Suga.

 

 

“Apasal mikrofon ni rosak. Beli bukan main dengan harga mencecah puluhan ribu won. Jenama pun bukan calang-calang ni,” rungut Komander Bogum sambil menepuk kepala mikrofon tu. Ditiupnya kepala mikrofon. Komander Jongsuk pun hairan.

“Mikrofon tu K.O. ke Bogum-ssi?” tanya Komander Jongsuk.

“Rosak mikrofon gamaknya. Megaphone pun takde pulak. Btw, kau contact mechanics, cakap mikrofon tu rosak,” pinta Komander Bogum.

Para peserta berbual-bual. Empat barisan dorm sudah berterabur, seolah-olah hilang dari kedudukan asal.

Semasa Komander Bogum dan Komander Jongsuk berurusan dengan para mekanik, para peserta sudah berterabur macam ayam.

Kumpulan EXO dari Maktab SM bergaul dengan kumpulan pemuda kampung, iaitu VIXX dari Kampung Jellyfish. Merek membuat satu bulatan besar. Kumpulan EXO terkenal kerana ahli-ahlinya golongan orang berada. Walaupun Maktab mereka mementingkan status, tapi mereka suka bergaul dengan orang bawahan. Kumpulan BTS juga beramah mesra dengan kumpulan Shinee dan TVXQ. Bilangan mereka bertambah banyak dengan ada kumpulan lain bercampur.

Gadis kampung Jellyfish yang jelita, Gugudan bergaul dengan GFRIEND, dari Kampung Source Music. Mereka bertukar-tukar no. telefon masing-masing. Kumpulan yang hot, iaitu TWICE bergaul dengan Kumpulan Red Velvet, sama taraf. Kumpulan Laboum dan CLC juga bergaul. Nampak macam satu komuniti pula.

Pukul 6:25 pagi, mikrofon dan pembesar suara siap dibaiki. Dua komander mengucapkan terima kasih dan perjumpaan diteruskan setelah tergendala selama beberapa minit.

“Ya rabbi kamu semua ni. Mentang-mentang kami sibuk melayan orang luar, korang sudah berterabur macam itik berenang. Balik ke barisan dorm sekarang! Saya kira sampai sepuluh!” Komander Bogum dengan marahnya menggesa semua peserta kem.

“Satu! Dua! Tiga! Empat!”

Cepat juga Dorm 3 dan 2 berbaris.

“Siapa lambat ketuk ketampi! Lima! Enam! Tujuh! Lapan!”

Kali ini Dorm 4 sudah berbaris. Siap sentuh bahu kawan di depan macam keretapi.

“Sembilan! Sepuluh!”

Dorm 1 juga sudah berbaris. Tetapi barisan mereka bengkok macam ular.

“Ok. Saya ada benda nak cakap dengan korang. Sila duduk,” arah Komander Bogum.

“Yah! Dorm 1! Kenapa bengkok macam ular ni? Ketuk ketampi sekarang!” Komander Bogum naik darah. Semua ahli Dorm 1 menyilangkan lengan pada telinga.

“Ketuk ketampi 20 kali, sekarang!” tempik Komander Bogum.

Semua dorm lain terpandang dengan Dorm 1. Para ahli Dorm 1 memulakan ‘denda’ pertama. Selepas selesai 20 kali ketuk ketampi, 15 orang dari 25 orang sudah tamat dan segera berdiri dalam barisan. Sepuluh orang; iaitu Kyuhyun, Chen, Yugyeom, N, Hyuk, Leo, Mark, Jin, J-Hope, dan Sehun masih ketuk ketampi. Komander Bogum menepuk dahi.

“Cepat habiskan denda korang ni! Haish, bila lagi korang habis denda ni?” arah Komander Bogum dengan marahnya.

10 orang terbabit sudah habis ketuk ketampi. Lalu mereka duduk dalam barisan.

“Baiklah. Inilah perkara yang kamu semua bakal hadapi. Bermula selepas sarapan, ada satu aktiviti pertama yang akan korang laksanakan. Selepas sarapan, kami akan bagitahu. Sekarang korang berjalan ikut barisan dorm masing-masing. Bermula dari Dorm 1. Berjalan dalam barisan menuju ke dewan makan,” arahan Komander Bogum didengari dengan tepat dan ahli Dorm 1 segera berdiri dan berjalan mengikut barisan. Diikuti dengan ahli Dorm 2, 3 dan 4.

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
ROVIXAYEE_96
Terlalu banyak peserta yang join Kem Musim Panas. Sorry kalau perbualan mereka tidak banyak dari semua grup. Tak semua member grup ada perbualan seorang-seorang. Ini juga lebih kepada situasi yang menyeramkan berlaku.

Comments

You must be logged in to comment
No comments yet