Bab 16: N Returns!

Masalah Kem Musim Panas

Para peserta diarahkan untuk berkumpul di padang kem. Komander Bogum dan Komander Jongsuk menganjurkan aktiviti yang menarik kepada mereka. Mikrofon itu sudah kembali elok seperti biasa.

“Kamu semua duduk dalam kumpulan masing-masing. Komander Jongsuk akan mengadakan aktiviti yang menarik,” terus Komander Jongsuk mengambil giliran untuk bercakap.

“Duduk dalam bulatan kumpulan masing-masing. Ketua setiap kumpulan sila jumpa Komander Bogum untuk mengambil bahan dari dia,” arah Komander Jongsuk.

Baha yang dimbil oleh mereka adalah: surat khabar lama, gunting, marker, pita pelekat dan gam.

Komander Jongsuk menyambung ucapan, “Baiklah. Aktiviti kita hari ini adalah – origami!”

Para peserta bersorak riang.

“Pasti kamu tidak asing dengan origami kan? Origami adalah seni lipatan kertas dari Jepun. Oleh itu, misi korang adalah, cipta satu reka bentuk origami dari bahan yang disediakan. Kreativiti terpulang kepada kamu semua. Hadiah disediakan bagi origami yang sangat kreatif. Korang boleh cari design dekat smart phone. Masa ditetapkan selama 1 jam.” Komander Jongsuk pun menekan jam randiknya.

Apalagi, riuh rendah suasana di padang kem. Nasib baik cuaca panas. Mudahlah mereka menjalankan aktiviti ini tanpa gangguan dari cuaca. Setelah 1 jam, para peserta diarahkan berhenti. Mereka hendaklah mempersembahkan hasil kerja mereka kepada Komander Bogum.

Komander Bogum meneliti setiap hasil kerja mereka. Dilihatnya reka bentuk yang sangat cantik. Antara 10 reka bentuk origami, hanya satu reka bentuk yang sangat kreatif. Komander Bogum melihat hasil kerja dari Red Team. Mereka membuat bunga ros dan dibalut dengan sehelai kertas surat khabar. 10 bunga ros dan satu ikatan reben berwarna merah.

“Hasil kerja Red Team sangat kreatif. Bunga ros itu sangat cantik, siap dibalut dengan sehelai kertas surat khabar. Dan reben merah diikat untuk menjadikan seperti sejambak bunga. Oleh itu, saya isyitharkan Red Team sebagai pemenang untuk misi ini! Berikan tepukan kepada Red Team!” laung Komander Bogum diikuti tepukan gemuruh daripada kumpulan yang lain.

Dahyun, ketua sementara Red Team menerima hamper dari Komander Jongsuk. “Saya mengucapkan ribuan terima kasih atas Komander Jongsuk dan Komander Bogum. Kami sungguh bertuah kerana dapat memenangi misi kali ini. Untuk pengetahuan kamu semua, sejambak bunga yang kami reka khas untuk ketua kami, N oppa. Walaupun dia tidak dapat memimpin kami disebabkan kejadian lepas, kami tidak sepatutnya patah semangat. Kami masih teruskan perjuangan kami. Kami mahu membuatkan Cha Hakyeon a.k.a N oppa bangga dan tersenyum lebar apabila dia melihatnya. Kami akan sampaikan sejambak bunga kepada dia nanti. Sekian, terima kasih.” Ucap Dahyun hingga membuatkan komander dan para peserta terharu.

“Dahyun-ssi! Kirim salam kat N hyung!” Hyuk bersuara.

“Ye. Nanti saya sampaikan,” jawab Dahyun.

“Ucapan kamu bagus sangat, Dahyun. Konfirm N akan bangga dengan kamu,” ujar Komander Bogum.

“Ya, Siapa buat saya bangga?” satu suara menegur mereka.

 

 

Komander Bogum dan Komander Jongsuk terkejut. “Komander, belakang awak,” seru Sally.

“She said you turn around your back,” Sorn meyokong ‘arahan’ Sally.

“Oh dear,” jawab 2 komander serentak. Mereka seakan tidak percaya. Itu N.

“Wah, awak dah kembali N!” jerit Komander Bogum dan memeluk N. Dahyun juga terkejut. Ahli-ahli yang lain juga gembira. Geng VIXX lagilah gembira. Mereka tidak percaya N sudah sembuh kini. Leo dan Ken juga sembuh sebelum N. Ahli grup lain juga gembira.

Komander Jongsuk juga memeluk N. “Awak dah sembuh akhirnya.”

Dahyun tidak melepaskan peluang. Dia segera menghadiahkan sejambak bunga kepada N. “Oppa, look,” kata Dahyun sekaligus menyampaikan sejambak bunga kepada N. Dapat juga N tersenyum lebar, seperti yang Dahyun harapkan.

“Wow!! You guys do this for me! I’m so happy,” ujar N. “We won origami mission,” kata Dahyun.

“Thanks a lot, Dahyun! I’m so proud of you,” ujar N.

“N hyung!!” Ken, Ravi Hongbin dan Hyuk memeluk N dengan tangisan. Leo juga datang memeluk N. Bukan geng VIXX saja, malah geng-geng dorm 1 dan 2 gembira. Begitu juga dengan geng-geng dorm 3 dan 4.

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
ROVIXAYEE_96
Terlalu banyak peserta yang join Kem Musim Panas. Sorry kalau perbualan mereka tidak banyak dari semua grup. Tak semua member grup ada perbualan seorang-seorang. Ini juga lebih kepada situasi yang menyeramkan berlaku.

Comments

You must be logged in to comment
No comments yet