Bab 1: Announcement!

Masalah Kem Musim Panas

Para pelajar Maktab SM berkumpul di dewan serbaguna SM. Pengarah Maktab, Lee Soo Man membawa ‘berita’ yang membuatkan semua penuntut bersorak riang.

          “Annyeonghaseyo semua pelajar sekalian!” laung Mr. Lee.

Semua pelajar menyahut laungan Mr. Lee hingga pecah bangunan dewan.

“Baiklah, saya ada membawa berita baik kepada kalian semua. Cuti semester akan datang, Kem Musim Panas akan diadakan seminggu selepas bermulanya pukul 1:00 petang. Dapatkan tandatangan dari ibu bapa kalian dan serahkan kepada penasihat akademik masing-masing selewat-lewatnya Jumaat, 27 April sebelum cuti semester. Araseo!” umum Mr. Lee.

“Baik, Mr Lee!” sahut beramai-ramai.

“Baiklah, korang semua bersurai. Terima kasih.” Mr. Lee mengarahkan semua pelajar untuk bersurai.

 

 

“Sunny! Tunggu aku!” panggil Yuri.

Sunny menghentikan langkahnya apabila namanya dipanggil.

“Nae~ apasal tercunggap-cunggap ni?” tanya Sunny, hairan melihat Yuri keletihan.

“Aku nak tanya. Betul ke pak cik kau nak kita semua ikut kem ni?” soal Yuri.

“Yelah. Takkan aku nak lawan cakap dia. Dia tu uncle aku. Dia ada kuasa. Nak tak nak kena masuk kem. Aku dengar kem ni bestlah,” jawab Sunny sambil membetulkan skritnya sedikit.

“Mana kau tahu?” soal Yoona mencampuri perbualan mereka berdua.

“Geng-geng Red Velvet bagitahu. Aku dengar Seulgi sibuk-sibuk cerita pasal kem. Kat dalam toilet lagi tu,” ujar Sunny, merapatkan jarak Yoona dan Yuri sedikit.

“Ooh, begitu rupanya,” celah Yuri dan Yoona serentak.

“Eh, aku nak masuk kelas ni. Jumpa nanti, bye!” ujar Yuri membuka lamgkahnya.

“Aku pun sama,” Yoona turut mengikut Yuri.

“Hati-hati,” pesan Sunny sebelum dia masuk kelas.

 

JYP Mechanical School.

          Kumpulan geng yang dinamakan TWICE dan GOT7 berkumpul di bilik gerakan JYP. Enam belas pelajar mekanikal bersabar menunggu berita baik.

          “Ini berita baik untuk korang semua. Korang terpilih untuk menyertai Kem Musim Panas. So, tiada pengecualian bagi korang. Lepas ni, korang prepare barang siap-siap. Tapi ingat, kalau korang buat perkara yang memalukan semasa dalam kem, tahulah akibatnya,” umum Park Jin Young kepada putera puteri JYP.

“Ada bantahan?” tanya dia.

“Tiada bantahan!!” sahut mereka serentak.

“Bagus! Balik kelas masing-masing,” ujarnya.

Setelah pengarah JYP pergi, tinggallah geng TWICE dan GOT7 di bilik gerakan itu.

“Macam mana ni, tak jadilah nak pergi ke Jepun, kan Sana?” rungut Mina.

“Betul tu, balik ke kampung pun tak jadi, gara-gara kem ni, hish!” marah Sana.

“Hey, aku pun samalah macam koranglah. Ingat korang je tak dapat balik ke Jepun? Aku pun samalah, balik ke Thailand pun tak jadi,” Bambam menyampuk.

“Sudah! Sudah! Tak payah nak kisahkan balik ke Jepun ke Thailand ke apalah. Adeh, kampung korang bukan boleh lari pun,” leter Jihyo, ketua geng TWICE yang ‘singa’ itu.

“Ala, sorrylah Jihyo. Jangan marah macam tu. Nanti cepat tua,” pujuk Mina dengan niat melembutkan hati leader yang ganas ni.

“Korang perasan tak Kem Musim Panas ni macam best giler,” Momo bersuara.

“Kau jangan buat ceritalah, Momo. Pandai-pandai je cakap kem ini best sangat. Puii!!” jerkah JB.

“Apalah kau ni. Langsung tak sporting. Berita baik pun dijadikan macam menyampah. Bukannya happy masuk kem,” keluh Jackson sambil menunjal kepala JB.

“Budak SM beria-ria nak masuk kem ni. Aku tengok dalam facebook, maktab SM ramai budak masuk kem. Katanya BEST!” cerita Momo.

“Budak Woolim, Source Music, Jellyfish dan lain-lain maktab semua nak masuk kem ni. Dah tersebar secara meluas ni,” sambung Jihyo. Matanya terpandang melihat skrin Iphone 6.

“Ye ke. Ramilah nampaknya. Budak Jellyfish pun macam ramai je nak pergi. Mereka yang beria-ria pulak pasal kem ni turut serta jugak,” sampuk Tzuyu, turut melihat hadphone Jihyo.

“Kau kemal budak kampung Jellyfish ke Tzuyu?” tanya Jeongyeon yang baru saja bersuara.

“Aik? Bila masa kau tanya? Anehlah kau ni,” balas Jihyo dengan hairan.

“Kenalan aku, Sally yang chat aku. Dia dan geng Gugudan wajib pergi. Abang mereka, VIXX pun pergi juga. Malam tadi dia chat aku,” balas Tzuyu.

 

Jellyfish Art Village School

          “So, korang semua terpilih untuk masuk Kem Musim Panas ni. Jadi, ada soalan?” tanya Pengetua sekolah, Mr. Hwang Sei Jun.

          Ravi mengangkat tangan. “Sir, ada kemudahan tak di sana?”

“Memang ada disediakan, Kim Ravi. Jangan risau,” jawabnya.

“Sir, boleh bawak bantal tak?” Sejeong angkat tangan kirinya.

“Kim Sejeong, tak perlu bersusah payah. Di sana ada asrama. Semua kelengkapan sudah lengkap. Bantal, tilam, semua ada.”

“Sir, di sana ada elektrik dan air tak?” Hyeyeon juga angkat tangan.

“Ada. Kalau elektrik dan air tak ada, macam mana kem ini boleh berjalan?” Mr. Hwang berasa pelik dengan soalan Hyeyeon tadi. “Haish, budak-budak sekarang. Soalan macam ni pun nak tanya ke?” fikirnya.

“Sir, jadikah kami pergi ke kem tu?” kali ini N pula bertanya.

“Ada lagi budak satu ni. Tadi bab air dan elektrik. Sekarang bab pergi atau tak. Hish, dia ni mencabar kesabaran aku je,” bisik hatinya.

“Jadi, Dah terang-terang cakap wajib, masih juga nak tanya,” balasnya acuh tak acuh.

“Apalah kau ni N hyung. Tak perlulah tanya soalan yang betul-betul ‘WAJIB’ depan mata. Dah jelas perkataan ‘WAJIB’ dalam Kem Musim Panas ni,” sampuk Ken.

“Apalagi soalan, sebelum dismiss?” tanya Mr. Hwang.

“Sir, berapa lama kem ini habis?” Leo pula mengangkat tangan.

“5 minggu kalau tak silap,” jawab Mr. Hwang sambil menggaru kepalanya.

“APA!!!” hampir pecah bilik perbingangan dengan suara mengalahkan guruh.

“Kenapa terkejut beruk ni? Baru je 5 minggu. Bukannya 5 tahun. Alahai!” Mr. Hwang menepuk dahi. “Adeh, budak Jellyfish ni macam baru tersedar dari mimpi je bila dengar tempoh yang singkat macam ni,” getusnya.

Mr. Hwang meneguk air mineral. Selepas itu dia menyambung percakapannya.

“Dah, dah. Kamu semua ni tolong bertenang. Mengenai Kes Musim Panas ni, tiada pengecualianlah - macam saya cakap tadi. So, diharap agar kamu semua jaga perangai masing-masing di sana. All the best, okay!” ucap Mr. Hwang, hendak menamatkan perjumpaan mereka.

“Boleh bersuraikah, sir?” Hana pula menyoal.

“Boleh, boleh. Meeting dismiss!!” jawab Mr. Hwang sambil berdiri. Para pelajarnya juga bersurai.

********

Ini baru permulaan je. Belum lagi masuk kem sudah nak 'menyampah' pula.

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
ROVIXAYEE_96
Terlalu banyak peserta yang join Kem Musim Panas. Sorry kalau perbualan mereka tidak banyak dari semua grup. Tak semua member grup ada perbualan seorang-seorang. Ini juga lebih kepada situasi yang menyeramkan berlaku.

Comments

You must be logged in to comment
No comments yet