cerita 8
Collections Of Horror Stories“Semi! Semi!” aku memanggil anak muridku. Dia merupakan anak murid yang aku kenali ketika aku mula-mula menapak kesekolah ini. Aku terus mengikutinya yang terus-terusan berjalan laju. Ini semua kerana aku ternampak Semi dan beberapa orang pelajar kelas 4F.E4 semalam ketika aku berjalan-jalan mengambil angin di bandar Hong Kong ini. Dan harini Semi langsung tidak memasuki kelas.
Semi masih lagi tidak menghiraukanku. Dia terus menonong memasuki kedalam tandas perempuan. Aku masih mengikutinya. “Semi!” panggil aku lagi. Aku mencari-cari bayangan Semi disetiap tandas namun hampa. Aku mengeluh berat. Aku memerhatikannya sekali lagi, mana tahu bayangan Semi ada namun tetap tiada.
Aku akhirnya mengambil keputusan untuk kembali semula kebilik guru. Aku memegang tombol pintu tandas itu dan ingin membukanya. Aku menarik pintu itu. Pintu itu sukar dibuka. Ditarik lagi dan lagi. Benang kerisauan mula membelit kalbuku. Aku cuba lagi dan lagi namun pintu itu bagaikan terkunci. Hatiku kian dibalut debar. Bunyi-bunyi aneh mula kedengaran ditelingaku.
Aku memerhati sekeliling. Tanganku masih lagi ligat menarik pintu itu. Wajahku kini dipenuhi dengan titik-titik peluh dingin. “Sesiapa diluar! Tolong!” jeritku. Rambutku yang tadinya kemas terikat sedikit sebanyak menjadi sedikit kusut.
“Tolong!” jeritku lagi. “Sesiapa!”
Lampu pendafluor yang tadinya menerangi tandas itu secara tiba-tiba berkelip-kelip. Debar terus menghenyak dada. Setelah itu pintu setiap tandas didalam tandas itu berganti-ganti menghempas bagaikan ada sesuatu yang marah. Lututku terasa longgar. Aku menggeleng-geleng kepalaku.
Secara tiba-tiba kipas yang ada didalam tandas itu untuk membuang haba itu berputar laju dan akhirnya terbang. Kipas tersebut bergerak laju sehinggakan cermin didalam tandas itu hancur, pecah berderai dan terus menuju kearahku. Aku menjerit lalu terduduk. Kipas yang tadinya bergerak laju berhenti melanggar dinding membuatkan kipas itu kemik. Mataku beralih kearah kipas yang kemik itu sebelum aku menangis dan memeluk lutut.
Aku terdengar satu suara yang memanggilku. “Miss Yip?” aku melepaskan pelukan lututku dan mataku terus meliar. Kedengaran suara itu bagaikan suara Semi.
“S..ss...Sem..sSsemmi?” soalku. Tiada jawapan. Apa yang aku dengar hanyalah bunyi air dari sinki yang berganti-ganti keluar membuatkan aku terus ketakutan. “Semi!!” panggilku lagi. Mungkin Semi ada diluar, fikirku. “Semi, Semi!” aku terus-terusan memanggil.
Aku meraup mukaku yang masih lagi bersama dengan tangisan yang luruh. Secara tiba-tiba aku berbau sesuatu yang hanyir. Aku menutup hidung apabila baunya menjadi begitu kuat. Aku melihat sekeliling dan aku ternampak dinding dihadapanku terus-terusan mengalirkan darah yang masih segar. Bibirku menggigil.
________________________________________________________________________________________________________________________________________
“Jennifer? Miss Jennifer?” aku terdengar satu suara mengejutku. Aku terjaga. Aku melihat sekeliling tanpa menghiraukan orang dihadapanku. Segala yang berlaku tadi bagaikan hilang. Cermin? Langsung tidak pecah. Kipas? Masih lagi berada ditempat asalnya. Lampu? Tidak lagi berkelip namun gelap sahaja. Air yang terusan keluar dari singki? Tiada. Semuanya seperti sediakala. Adakah aku telah melancong kenegara mimpi ngeri sebentar tadi dan darah-darah yang mengalir didinding itu juga tiada malah dinding itu bersih sebersih-bersihnya!
“Miss Yip Jennifer?” kini pandanganku dialihkan kearah suara tersebut.
“Yes?”
“Dah pukul 8 malam. Ayah miss Jennifer dah risau. Dia yang suruh saya cari miss seluruh kawasan sekolah,” ujar pak gurd tersebut. Kelihatan masih ada beberapa orang disitu, orang yang aku tidak kenali. “Miss buat apa kat tandas ni?” soal pak guard. Aku menggeleng-geleng.
Please Subscribe to read the full chapter
Comments