cerita 10
Collections Of Horror StoriesLPT 2. Semua orang tahu pasal cerita ni kan, disinilah terjadi banyak kemalangan yang meragut jiwa atau lebih orang faham meragut nyawa. Diberita-berita juga banyak menceritakan hal ini. Okay sekarang ni aku nak cerita pasal seorang sahabat aku yang berkerja sepejabat dengan aku. Namanya, Jong Kook.
Okay ceritanya macam ni, Joong Kook dan keluarganya ni nak balik dari kuantan ke Kuala Terengganu dan sekarang ni biasalahkan orang dah guna highway sekarang ni, jarang guna jalan pantai sekarang ni. Dan kebetulan cerita cliche hantu mestilah waktu malam kan ha, so diorang ni selepas seharian bershopping dikuantan diorang pun baliklah.
Dalam perjalanan disekitar LPT2 tu anak kepada Jong Kook yang bernama Kim Seokjin ni merungut nak buang air termasuklah isterinya Eun Hye. Kebetulan pulak ada RnR terdekat kat sana so Jong Kook pun hanyalah bersetuju kang karang anaknya yang baru berusia 5 tahun tu terkencing dalam seluar , siapa yang susah? Bukannya korang yang nak tolong bersihkan.. eh,eh..
Lepastu Jong Kook pun parkirlah kereta dia kat sana. Anak dan isteri dia dah turun dah sebab anak dia dah merengek nak kencing sangat-sangat dah. Dia pun turun jugak, nak jimat minyak keretalah katakan.
Kawasan sekeliling pulak sunyi aje. Lampu pun tak adalah terang sangat, samar-samar aje. Beberapa minit kemudian anak dan isterinya kembali. Diorang pun tak banyak cakap, mungkin penat selepas seharian pergi jenjalan tadikan.
Mereka pun memulakan perjalanan seperti biasa. Selang beberapa minit telefon Jong Kook berbunyi. Jong Kook menjeling isteri dia yang hanya senyap dari tadi. Jong Kook menggosok-gosokkan tengkuknya. Anaknya pun sama tak bercakap langsung. Biasanya anaknya lah betah bercakap. Jong Kook tidak menghiraukan telefon yang berbunyi malah langsung tidak mem
Comments