cerita 2

Collections Of Horror Stories
Please Subscribe to read the full chapter

Cerita ni terjadi ketika aku berada ditingkatan 3. Oh, sebelum itu namaku Yoona. Pelajar sekolah berasrama penuh. Memang cliche kan, asal duk asrama je mesti berkait dengan perkara-perkara mistik ni. Tapi ini adalah cerita benar. Kalau korang rasa tertarik nak baca dan dengar cerita aku, korang teruskanlah. Sebelum itu apakata kalau sebelum korang baca tu korang baca bismillah dulu. Hehehe bukannya apa, setiap apa yang kita nak buat ni kenalah mulakan dengan kalimah suci itu even korang baca cerita aku.

 

Okay, ceritanya macam ni, masa tu aku tingkatan 3. Aku ni nak kata alim takdelah alim sangat tapi aku tahulah hukum hakam agama ni. Korang tahulah kan pelajar form 3 ni macam mana, sibuk, Ya Allah.. tak terkatalah. Masa tu aku nak ambil PMR lah, yelah PMR bukannya PT3 macam sekarang ni. Cerita ni pulak terjadi tahun 2011.

 

Aku masih ingat lagi, hari tu hari selasa dan masa tu sekolah aku cuti sebab ada cuti peristiwa macam tu. Dan pihak asrama tak kan kasi orang balik rumah kalau setakat sehari cuti ni. So aktiviti harian aku sebagai seorangpelajar dan penghuni asrama ni tak lain tak bukan prep ajelah. Sampai kadang-kadang nak muntah aku dengar perkataan prep ni!

 

Hari tu pulak semua berjalan dengan lancar. Takde apa-apa yang special selain prep, makan, solat berjemaah dan lain-lain yang pelajar asrama buat. Lepas prep aku pun pergilah melepak dalam dorm aku. Masa tu dalam pukul 3 petang. Aku nampaklah Kak Misyi dan Kak Taeyon duk berbual. Aku pun sapa lah mereka. Mereka ni senior form 4, so junior hormat senior!

 

“Berbual pasal apa tu?” sapaku lalu mengambil tempat dengan duduk bersela disebelah Kak  Misyi manakala Kak Taeyon sedang seronok meniarap diatas katilnya itu.

 

“Berbual pasal budak Dorm Kekwa, kena tegur semalam,” beritahu Kak Taeyon. Kak Misyi mengangguk.

 

“Kena tegur?” soalku biasa. Ini bukanlah kali pertama budak asrama kena.

 

“Ha’ah, dan satu dorm kena tindih semalam, seriau” tambah Kak Misyi membuatkan aku terkejut. Gila ke? Satu dorm?

 

“Seriuoslah kak?” soalku. “Habis yang kena tegur tu siapa?”

 

“Yang kena tegur tu Cici, budak form 2 tu,” sekarang aku tahu. Budak Cici tu memanglah, kadang-kadang mulut dia pun aihh celupar sesangat. “Lepas dia kena tegur tu, dia pengsan dan  semua orang yang tengah tidur malam tu pun kenalah tindih,” aku meng

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
Helovemenot
XiuHan guys! updated story 9!

Comments

You must be logged in to comment
sunshine_blue
#1
Chapter 10: you're the best "* background song I'm da best 2ne1*"
sunshine_blue
#2
Chapter 10: idea awak sentiasa ade serta memuaskan hati saya..Amazing ;-)
Chiko_Miari #3
Chapter 10: Waaa!!hantu pun nk ikut balik..kikiki
mpreggoland
#4
Chapter 10: Pergh seramnya...bahaya la...
otakuromanticgirl
#5
Chapter 10: tema setan ke comeback exobaru? seriously? oh my...
kokuyuki_fnna #6
Chapter 8: saya harap author dapat buat jalan cerita yang lagi seram dan luar daripada jangkaan saya.sebab saya teringin nak baca cerita yang lebih seram sampai malam pun saya tak boleh tidur teringatkan cerita seram tu.good job authornim. ^^.thumbs up.
Chiko_Miari #7
Chapter 9: Sedihnyaa!!saya pun rindu time dorang sama²..tambah² luhan dgn xiumin..huhuhu..sedih
sunshine_blue
#8
Chapter 9: comeback? really? bila?new song ke?
mpreggoland
#9
Chapter 9: uwaaaaaaaaaaaa nangis dah ni T^T
sy pun rindu XiuHan~
and bila baca citer ni, sy terbyg mcm ni la Xiumin lps Luhan keluar Exo huhu~
Ifahzira
#10
Chapter 9: tak seram... tapi sedih! nilai persahabatan yang tinggi!