That Ghost, Who Was I Love

Please Subscribe to read further chapters

Description

 The Ghost, Who Was I Love 

 

Pertemuan mereka yang tidak disengajakan mula memutikkan rasa cinta.
Pertemuan kedua mereka adalah apabila sang gadis kelihatan ingin terjun ke sungai Han.
Semua menganggapnya gila apabila menyatakan dia menyinta. Namun hanya dia yang mengetahui siapa yang dia cintai. 

Kim Mingyu merupakan seorang lelaki yang telah jatuh cinta kepada seorang gadis yang berwatakan ceria. Cerita mereka menjadi lebih hebat apabila Kim Mingyu mengetahui bahawa yang selama ini dijumpainya adalah roh sang gadis yang sedang koma akibat kemalangan jalan raya. 
Yerin ialah seorang gadis yang begitu comel. Ketika baru pulang daripada tempat bermain futsal dia dilanggar oleh sebuah kereta yang dipandu secara bahaya oleh seseorang yang mabuk, nasib menyebelahinya apabila Tuhan masih membenarkannya hidup ke atas dunia ini meskipun terpaksa bertarung nyawa akibat koma. 
Ketika koma, terasa dirinya bagaikan dipinggirkan, si gadis tidak mengetahui bahawa dirinya lagi koma berasakan bahawa dirinya dihukum oleh dunia. 
Akhirnya dia bertekad membunuh diri di sungai Han. Namun sekali lagi dirinya diselamatkan oleh Tuhan apabila seorang jejaka menyelamatkannya. Kehadiran jejaka itu membuatkannya bahagia. 
Sang jejeka itu sahaja yang mahu melayannya. Dia berasa bersalah namun dia menyukai lelaki tersebut.
Sehinggalah satu perkara menyebabkan dirinya mengetahui bahawa dirinya koma, dan itu adalah rohnya.perkara itu dirahsiakan oleh Kim Mingyu.
Akan tetapi pertemuannya dengan kakak kepada Yerin menyebabkan Kim Mingyu tersentak. Hatinya gusar. 
Adakah cinta ini akan terus terlaksana. Adakah Yerin akan sedar dari koma. Apakah yang dilakukan oleh Mingyu apabila mengetahui Yerin adalah roh kini?
Adakah cinta mereka akan direstui oleh alam? 
Mustahil
Tapi
Tidak mustahil.

Tuhan.
Jagakan dia.
Dia kekasihku
Yang bukan milikku. 
Aku selalu mencintai
Selalu menyayangi.

Foreword

Happy reading guys!

Comments

You must be logged in to comment
No comments yet