S A T U

That Ghost, Who Was I Love
Please Subscribe to read the full chapter

Seandainya perpisahan itu adalah lebih baik

Maka dia reda

Dia pasrah

Sedari dirinya

Tak kesemua perkara dapat dimiliki

Meskipun hati akan kian terluka

Permegian dia yang terpaksa

Membuatkan hatinya semakin merindu

Wajahnya yang semakin bermain di mata

____________________

Kim Mingyu hanya memandu tenang. Kereta jenis porche berwarna merah itu tenang membelah laluan tatkala bulan sudah tidak malu menjelmakan dirinya. Sesekali dia menyanyi kecil mengikut alunan suara yang datangnya dari corong radio. Setelah segalanya berlaku dan hari ini dia mampu tersenyum. Jika diingat kembali, mungkin sukar baginya untuk melalui segalanya.

Di kala jejaka itu memandu dengan tenang, fikirannya masih lagi dipenuhi dengan pelbagai peristiwa yang sedikit sebanyak mematangkannya, menjadikan dia seorang lelaki yang lebih profesional.

Terima kasih. Kim Mingyu sangat berterima kasih. Kehadiran‘nya’ mampu mengubah hati lelakinya. Membuatkannya lebih menghargai. Keluhan kecil terbit dari bibirnya. Bukan keluhan menyesal namun keluhan kelegaan. Kim Mingyu terkenangkan si dia.

Kereta yang dipandu akhirnya tiba di satu destinasi, memarkirkan keretanya dilereng bukit. Semua keseluruhan wajah para kota, semua bangunan-bangunan yang dilimpahi dengan cahaya lampu. Warga kota yang semakin ramai, meskipun malam bagaikan siang. Setelah seharian menghadap wajah komputer dan tinggal didalam pejabat, mereka masih sanggup untuk meluangkan waktu tatkala bintang-bintang mula menjelma. 

Kim Mingyu jua begitu. Menyandarkan badannya yang tegap ke keretanya. Memandang suasana kota yang semakin hari semakin sibuk dengan urusan dunia. Dia tersenyum sebelum memejamkan mata miliknya. Entah untuk beberapa ketika, setitis demi setitis air mata terkeluar. Segera diseka. Dia harus kuat!

Telefon pintar berjenama samsung itu berdering menandakan ada panggilan yang masuk. Tangan mula menyeluk poket seluar slack berwarna kelabu. Nama sang pemanggil tertera. Dia menarik slide berwarna hijau.

“Yeoboseyo?” ucapnya. “Ye aku ada ni, nanti aku balik. Tak! Aku okay, jangan risau lebihlah!” tambahnya. “Ehmmm, tengoklah. Aku pun tak rasa nak melawat lagi, lagipun esok aku ingat nak pergi bercuti ni, nak release tension”

Talian dimatikan. Kim Mingyu kembali merenung suasana malam. Entah mengapa namun malam itu padanya amat tenang. Dia menunduk. Teringat kembali peristiwa yang terjadi.

_____________________

Setahun yang lalu..

Kim Mingyu sedang lena tidur di dalam khemah meskipun suasananya sedikit panas. Dia mampu tidur dalam keadaan yang agak panas dek kerana begitu kepenatan. Kalau bukan kerana janjinya untuk menemani seorang rakannya yang sdah dianggap seperti abangnya sendiri, dia tidak mungkin menjejakkan kakinya ke tapak perkhemahan ini. Kalau bukan kerana abangnya yang sememangnya yang gila memancing, dia tidak mungkin sampai ke sini.

Disudut yang lain seorang gadis sedang merungut-rungut kepada abang dan kakaknya kerana sering menjadi sasaran nyamuk. Kakaknya yang agak tomboy dan abangnya yang sememangnya lelaki sejati sememangnya menggemarkan aktiviti memancing ini. Dia, si gadis memang tidak berminat untuk mengikuti aktiviti ini dengan terpaksanya ikut kerana emaknya yang memaksanya menyuruh bergaul dan menghirup udara yang segar memandangkan kawasan memancing ini didalam hutan.

“Eonnie! Gatal lah kena gigit nyamuk!” rengeknya. Si kakak dan si abang memandang antara satu sama lain. Cengeng! Fikir mereka. “Oppa! Tengok ni, dah merah dah tau badan orang kena gigit ni! Nanti kena denggi macam mana,”

Sekali lagi si kakak dan abang berasa seperti ingin menyekeh kepala si adik. “Huh! Adik ni kan, denggi Cuma waktu petanglah! Malam bukan denggi, arrasoe?”

“Ha’ah. Apalah. Kata pandai sangat,” balas si eonnie. “Kalau gatal sangat, pergi duduk dalam khemah!” ujarnya.

Yerin menjeling kakaknya. No! “Panaslah duduk dalam khemah! Ish dahlah! Dalam khemah ada tak cream nak avoid nyamuk ni?”

“Macam-macamlah kau ni! Ada. Dalam beg warna hitam tu, nak pergi ambil ke??” soal Jung Somin.

Yerin mengangguk tiada pilihan. “Ye, orang pergi ambik kejap,”  Yerin mula bangun dari tempat yang diduduknya.

“Adik! Ambil earphone abang selalu! Lupa tadi!” pinta Jung Daehyun. Yerin membuat muka bosan.

“Yelah!”

___________________

“Eh mana khemah aku tadi eh!” soal Yerin kepada dirinya sendiri. Matanya melilau mencari khemahnya. Kegelapan malam yang hanya disirami dengan cahaya malap lampu mungkin menyukarkan matanya mengenal pasti khemahnya. “Khemah aku tadi duduk dekat dengan pokok kan. Mmm.. ha tu dia!” Yerin mula melangkah laju ke arah khemah.

Zip pintu khemah dibuka kemudian kakinya mula meluru masuk. Dia mengeluarkan satu lampu suluh bersaiz kecil yang d

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
No comments yet