cerita 5

Collections Of Horror Stories
Please Subscribe to read the full chapter

Nama aku Kim Taehyung. Aku ni berumur 16 tahun. Tarikh lahir? 38 Dec 2000. Hmm. Apa? Korang jugakkan yang suka panggil aku alien so dekat aku punya planet ada 1 hb-40 hb tau! Okay aku gurau ajelah. Aku sebenarnya tak ingat bithdate aku bila tapi aku tahu yang aku lahir pada tahun 2000. Okaylah, cerita yang aku nak cerita ni, bolehlahh dikatakan seram. Cerita ni terjadi pada classmate aku. Namanya Jin pakai toncit! Eh salah, Kim Seokjin.  Biar aku ciri-cirikan si Jin ni.

 

Pertama. Dia seorang yang tinggi lampai. Anak orang berada. Bijak. Nak nak kalau dalam subjek Sivik Dan Kewarganegaraan. Okay kidding! Bijak dalam maths dan physics. Amemang semua orang jeleslah dengan dia ni sebab dia ni over ‘bijak’. Dia ni baik je. Muka dia! Perhh handsome bak Jin dari kumpulan BTS tulah! Hotsstuff ni!

 

Cuma satu aje perangai dia yang aku kurang berkenan. Dia ni suka sangatlah buat ‘date’ dengan kekasih hati dia yang form 3 tu dan mangsa keadaan yang kena pastikan tempat dia date tu ‘clear’ ke tak... akulah! Erhh! Tapi diorang takdelah buat perkara yang terkutuk. Cuma nak study sama-sama. Bersaya-awak, hinggakan aku rasa nak muntah pelangi sekali dengan hujan tau tapi segera ditenangkan hati yang sedia ada lara ini! Ceh!

 

Okay dah! Cerita ni terjadi lebih kurang.. sebulan yang lepas. Masa tu selepas tamat waktu persekolahan. Aku bersiap-siap untuk pulang. Kelas pulak dah kosong. Well, siapa yang suka duduk dalam kelas kan after school so memang tak ada oranglah. Tinggal aku sorang je dalam kelas. Aku stay pun sebab mak aku ambil aku lewat sebab mak aku ada meeting.

 

Aku malaslah nak tunggu sampai pukul 4 petang dekat bustop. Baik aku duduk dalam kelas atleast boleh jugak aku tidur. Ada kipas. Sejuk pun sejuk. Telefon pintar yang aku bawa kesekolah itu dikerlingku. Pukul 3.45. aku menggeliat kecil. Sebenarnya aku tertidur sebentar tadi.

 

Aku bangun dan mencapai beg sekolah. Tiba-tiba bahuku disentuh seseorang. Aku menoleh dalam debar. Kelihatan si Jin pakai toncit ni tersenyum memandangku. Sebelahnya ada seorang gadis. Kekasih dia, yang bernama Areum. Areum turut tersengih memandangku. “Lambatnya kau balik,” tegur Areum. Oh lupa pulak, Areum ni memang  berbahasakan aku-kau jika dengan aku.

 

“Emm, mak aku meeting,” jawabku. “Kauorang pehal tak balik lagi?” tanyaku. Meskipun aku sudah menganggak jawaban yang bakal terbit dari mulut si Areum dan Jin ini.

 

“Aku tolong ajar dia maths. Kan esok dia exam,” jawab Jin. Namun jawapan yang diberi Jin membuatkan aku berasa seriau meskipun tiada apa yang perlu diseriaukan!

 

Aku mengangguk. Memandang mereka berdua. Mereka berdua turut memandangku bagaikan ingin memberitahu sesuatu. Tiba-tiba aku berasa janggal “Apa? Aku balik dululah. Mak aku dah sampai kut,” beritahuku.

 

Mereka mengangguk. Aku kemudian berlalu meninggalkan mereka. Aneh tapi itulah hakikatnya. Aku berasa tidak sedap hati. Tak tahu kenapa. Tapi sebelum tu, tak pe ke aku tinggalkan mereka berduaan dekat atas tu? Harap takdelah orang dari pejabat agama buat serbuan. Hehehe. Tak pun cikgu disiplin datang serbu. Ish! Hahaha!

 

Aku keluar dari kawasan sekolah. Kelihatan kereta Honda CRV milik mak aku sudah pun berada di bustop. Mak aku yang berada didalam kereta sedang khusyuk ‘meneroka’ telefon pintarnya yang be

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
Helovemenot
XiuHan guys! updated story 9!

Comments

You must be logged in to comment
sunshine_blue
#1
Chapter 10: you're the best "* background song I'm da best 2ne1*"
sunshine_blue
#2
Chapter 10: idea awak sentiasa ade serta memuaskan hati saya..Amazing ;-)
Chiko_Miari #3
Chapter 10: Waaa!!hantu pun nk ikut balik..kikiki
mpreggoland
#4
Chapter 10: Pergh seramnya...bahaya la...
otakuromanticgirl
#5
Chapter 10: tema setan ke comeback exobaru? seriously? oh my...
kokuyuki_fnna #6
Chapter 8: saya harap author dapat buat jalan cerita yang lagi seram dan luar daripada jangkaan saya.sebab saya teringin nak baca cerita yang lebih seram sampai malam pun saya tak boleh tidur teringatkan cerita seram tu.good job authornim. ^^.thumbs up.
Chiko_Miari #7
Chapter 9: Sedihnyaa!!saya pun rindu time dorang sama²..tambah² luhan dgn xiumin..huhuhu..sedih
sunshine_blue
#8
Chapter 9: comeback? really? bila?new song ke?
mpreggoland
#9
Chapter 9: uwaaaaaaaaaaaa nangis dah ni T^T
sy pun rindu XiuHan~
and bila baca citer ni, sy terbyg mcm ni la Xiumin lps Luhan keluar Exo huhu~
Ifahzira
#10
Chapter 9: tak seram... tapi sedih! nilai persahabatan yang tinggi!