Chapter 8

Let past be past

Krystal melihat ke arah rumah dua tingkat itu lalu melihat kembali ke arah secebis kertas yang berada ditangannya memastikan alamat dikertas itu dan alamat rumah ini sama. Tapi sebelum sempat dirinya memastikannya Krystal membulat mata saat melihat orang yang sudah hampir 3 tahun tidak dijumpainya keluar dari pintu yang berada di tinggkat atas lalu duduk di kerusi yang berada disamping pintu dengan kertas bersama pen juga gitar diletakkan diatas meja.

Dengan pantas Krystal bersembunyi disebalik pintu pagar. “Akhirnya.”  sebak Krystal saat
mengumamkan perkataan itu. Selama dua tahun setengah dia mencari lelaki itu akhirnya dirinya menjumpainya. Lelaki itu berada dihadapannya kini.

Setelah mendengar penjelasan Jinri minggu lepas, dia terus mencari maklumat tentang HJ walaupun sangat sukar tapi dia mendapat tahu HJ bekerja dibawah agensi yang sama dengan Jinri, SM entertaiment. Tapi mencari maklumat lebih terperinci tentang HJ teramatlah sukar kerana agensinya sangat menjaga information tentang HJ kerana mengikut contract mereka, HJ meminta informationnya dirahsiakan. Krystal perlu sangat berterima kasih kepada kekasihnya, Kai kerana Kai juga bekerja dibawah agensi yang sama dibahagian HR dan itu sangat memudahkan Krystal untuk mencari maklumat tentang HJ.

Krystal memerhati Sehun yang sedang memainkan gitar lalu menulis sesuatu, mungkin sedang membuat lagu baru. Krystal tertawa kecil melihat itu. Tidak pernah dibayangkan Krystal, Sehun akan menjadi seorang komposer dan penulis lagu. Krystal fikir dulu Sehun akan menjadi seorang dancer ataupun idol kerana Sehun sangat berbakat dalam bidang tarian. Dia ingat lagi saat Sehun mengatakan kalau dirinya tidak menyukai lagu-lagu sedih, tapi kini dia yang membuatnya sendiri.

Tawa Krystal terhenti saat melihat pandangan yang diberikan Sehun saat mendongak ke arah langit yang dipenuhi taburan bintang, pandangan itu sangat membuatkan Krystal merasa bersalah. Pandangan sayu yang dipenuhi dengan perasaan keinginan untuk melihat seseorang. Krystal yakin sekarang ini Sehun pasti sedang merindukan Jinri, sama seperti saat Jinri merindukan Sehun, dia pasti akan melihat ke arah langit dengan pandangan seperti itu.

"Jinri ayolah masuk. Apa yang kamu mahu lakukan diluar?" Ujar Krystal, sudah berapa kali dirinya memanggil Jinri untuk masuk tapi gadis itu tetap tidak mengendahkannya. Gadis itu malah melihat ke arah langit yang dipenuhi taburan bintang dengan pandangan yang semestinya membuatkan Krystal sedih.

"Okay, i give you 10 minute.."

"Krys, kau tahu kenapa aku selalu melihat bintang pada saat seperti ini?" Ucap Jinri tanpa memberi kesempatan bagi Krystal untuk menghabiskan ayatnya. Tidak mendapat balasan Jinri meneruskan lagi.

"Dulu Sehun selalu mengatakan, kalau salah satu bintang dilangit itu adalah aku dan satunya adalah dia, katanya lagi kalau ingin mencari aku diantara bintang itu sangatlah mudah kerana bintang aku adalah bintang yang paling menyerlah dan disamping bintang aku akan selalu ada bintangnya, aku tanya kenapa bintangnya yang paling terdekat dengan bintang aku, lepas tu dia cakap sebab dia akan selalu ada disamping aku saat aku susah dan senang juga saat aku merindukannya. Ahah, he is so cheesy, right?" Ujar Jinri lagi sambil tersenyum sedih melihat ke arah langit. Dapat Krystal lihat dengan jelas air mata Jinri sudahpun bertakung dibibir matanya.

Hanya tuhan yang tahu betapa Krystal sangat mahu memeluk gadis rapuh itu, hanya tuhan yang tahu betapa sakitnya dirinya saat menahan diri sekarang ini kerana tidak mahu Jinri mengetahui yang dirinya sudahpun mengalirkan air mata. Betapa Krystal merasakan dirinya bodoh kerana telah membuat gadis sebaik Jinri menderita seperti ini. Jika dapat diundurkan masa, Krystal sangat mahu membetulkan semuanya. Dirinya tidak pernah mahu melihat Jinri menderita seperti ini.

"Tapi kemana dia saat aku memerlukan dukungannya, kemana dia saat aku betul-betul sangat merindukannya, kemana Oh Sehun saat aku betul-betul memerlukan pelukan hangatnya." Ujar Jinri lagi dengan suaranya hampir tidak dapat didengari Krystal. Sudah pastinya untuk sekian kali Jinri menangis kerana seorang Oh Sehun.

To : Kai
Baby boleh tolong checkkan bila HJ akan datang ke agensi atau berjumpa dengan staff agensi? Thank you baby, i love you.

Krystal menekan send, dia sudahpun merancang sesuatu agar dia dapat memperbetulkan kembali kesilapannya 3 tahun dulu. Dia sudah tidak sanggup melihat Jinri terseksa lagi. Sudah cukup Jinri terseksa saat mengetahui dirinya membohong tentang Sehun. Sudah cukup Jinri terseksa saat mengetahui kawan yang selama ini dipercayainya telah berbohong padanya. Dia sudah berjanji akan melakukan apa saja demi kebahagiaan Jinri, kawan yang terlalu disayanginya.

Mengingatkan Kai, Krystal sangat bersyukur kerana Kai masih mahu menyayanginya walaupun dirinya banyak berbohong terhadap lelaki itu. Kerana Kai jugalah dirinya tersedar dari perbuatannya. Tersedar kalau hatinya hanya milik lelaki itu seorang sahaja dari dulu hinggalah sekarang. Kalaulah Kai tidak berada disisinya, mungkin Krystal tidak akan tersedar sebenarnya dirinya sangat mencintai Kai. Dan mungkin sampai sekarang Jinri tidak akan pernah tahu kebenarannya. Juga mungkin sampai sekarang Krystal masih lagi manyakiti kawan satu-satunya.

Selang beberapa minit Krystal mendapat mesej daripada Kai, satu senyuman terukir dibibir gadis itu saat membaca mesejnya.

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
sho_be19 #1
hope to have this in English , this might be a great story to read.
nadiachoi #2
omg sesul..
vanilla133 #3
Chapter 6: Hope krys dpt tolong ssul utk cari sehun :-)
vanilla133 #4
Chapter 4: Apa yg krys hntar kat ssul sebenarnya?
hanaplor
#5
Will the story be in english?