Chapter 3

Let past be past

“Let’s postpone our wedding.” Ujar Jinri tegas. Pergerakan tangan Sehun terhenti saat mendengar perkataan itu, dia memandang ke arah Jinri yang masih meneruskan suapannya bagaikan perkataan yang diucapkannya tadi tidak memberi kesan sedikitpun kepadanya.


“Jin, what are talking about? Don’t do this.” Hanya itu yang mampu terkeluar dari bibir Sehun. Terkejut. Itu sudah pasti dirasakan Sehun saat ini. Perkataan yang tidak pernah disangka akan keluar dari bibir gadis dihadapannya ini.


“Then, takkan kita nak biarkan macam ni je? Come on lah Sehun, Jin tahu Hun sukakan Krystal dari dulu. Tapi Jin diamkan je.” Mata Sehun membutang besar. Apa yang jinri katakan?.


“Kita boleh perbaiki hubungan kita, tak perlu sampai nak postpone our wedding. Jin tak fikir family kita ke? kesian kat family kita?” tanya Sehun. Berharap Jinri akan menarik balik kata-katanya.


“The problem is you. Jin kesian dekat family kita tapi you make me feel irrated.” Ujar Jinri kini sudah menolak pinggannya kehadapan, menandakan seleranya juga sudah hilang. Gambar yang dihantar Krystal petang tadi cukup membuktikan segalanya.


“Jin tak ada perasaan langsung ke dekat Sehun? Ya Hun tahu Hun tak pantas tanya soalan itu sebab dari mula, wedding ni hanya perkahwinan yang diatur. Tapi jujur dengan Hun, Jin memang tak ada langsung perasaan dekat Hun?” Sehun memandang tepat ke arah mata Jinri. Dia tahu dia tidak patut menanyakan ini tapi tidakkah Jinri merasakannya. Mereka sudah bertunang hampir setahun, walaupun ini hanya perkahwinan yang diatur tapi mereka menjalani kehidupan sama seperti pasangan yang lain.

Sedikit sebanyak Sehun masih lagi berharap Jinri akan membalas ya untuk pertanyaannys, dia berharap Jinri memang menaruh perasaan padanya. Apakah itu kertelaluan bagi seorang Oh Sehun?

Jinri menunduk saat mendengar kata-kata itu, mana mungkin dirinya tidak mempunyai perasaan terhadap lelaki dihadapannya. Tepatnya sebelum pertunangan mereka lagi Jinri sudahpun menyukai lelaki ini. Saat mengetahui rancangan ibupapanya dan ibubapa Sehun yang ingin menyatukan mereka, Jinri merasa dialah orang paling bahagia didunia. Tapi dia tidak mahu dirinya menjadi penghalang akan kebahagiaan orang yang dicintainya. Dia tahu Sehun tidak bahagia bersamanya, dia tahu Sehun hanya berpura-pura bahagia kerana kasihan kepadanya. Sekiranya kebahagiaan Sehun adalah Krystal, dia akan melepaskannya, walau akhirnya dirinya juga yang akan terluka. Tapi selagi orang yang dicintainya bahagia Jinri akan cuba bertahan.


“That doesn’t matter now. Jin akan tetap dengan keputusan Jin, you agree or not thats your own business, i’m sorry.” Setelah menghabiskan kata-katanya Jinri melangkah meninggalkan restauran yang sudah banyak menyimpan kenangan mereka.
Sehun masih di situ tidak bergerak walaupun sedikit, masih merenung kerusi yang tadinya menjadi tempat duduk gadis yang belum tentu dapat dinikahinya.

Hati tiba-tiba merasa sakit saat mendengar jawapan Jinri, apakah Jinri benar-benar tidak mempunyai perasaan terhadapnya? Apakah Jinri selama ini hanya menganggapnya sebagai kawan biasa saja? apakah dirinya memang tidak berhak untuk membuat keputusan?

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
sho_be19 #1
hope to have this in English , this might be a great story to read.
nadiachoi #2
omg sesul..
vanilla133 #3
Chapter 6: Hope krys dpt tolong ssul utk cari sehun :-)
vanilla133 #4
Chapter 4: Apa yg krys hntar kat ssul sebenarnya?
hanaplor
#5
Will the story be in english?