Chapter 4

Let past be past

“Oh Sehun.. apa yang kamu fikirkan?” tanya Puan Oh, jelas kelihatan sedang menahan kemarahannya dan kekecewaannya terhadap anak lelaki satu-satunya.
“Omma, please. Bukan Hun seorang yang buat keputusan ini, ini keputusan Hun dan Jin. Kami dah buat keputusan, omma please faham kami.”

Sejujurnya, Sehun sendiri terkejut apabila mendengarnya. Ini bukan keputusan yang dibuat mereka semalam. Jinri hanya beritahu mereka akan postpone wedding but not cancel it. Tapi sekarang apa yang didengar, Jinri telah cancelkan wedding mereka yang hanya akan berlangsung bulan hadapan.


“Omma tak faham dengan cara pemikiran kamu berdua.” Puan Oh mengeluh, sungguh berat baginya menerima kenyataan. Jinri adalah gadis yang baik. Dia sendiri sangat menyayangi gadis itu. “tak pernah sekalipun omma dengar kamu berdua gaduh tapi kenapa tiba-tiba je nak batalkan perkahwinan ni? Kamu tahukan omma sangat menyayangi Jinri. Omma takut, omma takut kehilangannya kerana itu omma mahu kamu menikahinya. Hanya ini satu-satunya cara untuk mengikatnya supaya tidak meninggalkan kita.” Sambung Puan Oh. Sungguh dirinya benar-benar takut kehilangan gadis manis itu. Selama ini dia menganggap gadis itu seperti anaknya sendiri. Jinri sentiasa menjadi pengobat rindunya kepada anak gadisnya yang telah tiada.


“i’m sorry omma.. Hun rasa ini adalah jalan terbaik untuk kami. Hun tahu Jinri sangat berharga didalam hidup omma tapi apa yang boleh kita lakukan sekiranya ini yang Jinri mahukan. Kita tak boleh paksa dia, dia jugak berhak melakukan pilihannya sendiri. Omma Hun yakin Jinri takkan pernah melupakan omma, walaupun pernikahan ini dibatalkan.” Ujar Sehun sayu saat memandang ommanya. Sehun tahu Ommanya sangat sedih saat mengetahui berita ini. Jinrilah yang sentiasa disisi ommanya saat adiknya, Herin meninggal dunia. Jinri banyak mengubah kehidupan ommanya. Jinri yang membantu ommanya keluar dari kesedihan saat merindukan Herin. Sehun juga tahu kehadiran Jinri sangat memberi impak yang besar terhadap kehidupan ommanya. Sehun juga sangat berterima kasih kepada Jinri yang sentiasa ada disisi ommanya saat dirinya leka.


“Ya, omma tahu jinri akan sentiasa ada dengan omma, tapi rasanya lain Hun. Apa yang terjadi sekiranya dia menikah dengan lelaki lain?” Ya, bilang saja dia selfish tapi Puan Oh sangat membimbangkan itu. Rasa sayangnya terhadap gadis itu telah membuatkan dirinya takut akan kehilangan gadis itu walaupun hanya sebentar.
Mendengarkan kata-kata terakhir ommanya Sehun tiba-tiba merasa jantungnya seakan terhenti berdetak. Rasa gelisah juga semakin membesar bertandang didalam sudut hatinya.

 

 

Apakah dirinya juga sanggup melihat gadis itu berdampingan dengan lelaki lain. Apakah lelaki lain boleh membuatkan Jinri bahagia lebih daripada dirinya pernah berikan kepada Jinri. Siapakah yang berjaya memenangi hati gadis manis itu? Apakah lelaki itu lebih hebat dari dirinya? Ayat itu terus tergiang-ngiang didalam kepalanya. Sehun tidak tahu mengapa dirinya sendiri merasakan ini.

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
sho_be19 #1
hope to have this in English , this might be a great story to read.
nadiachoi #2
omg sesul..
vanilla133 #3
Chapter 6: Hope krys dpt tolong ssul utk cari sehun :-)
vanilla133 #4
Chapter 4: Apa yg krys hntar kat ssul sebenarnya?
hanaplor
#5
Will the story be in english?