Chapter 5

Let past be past

3 years later


Pagi ini sangat indah, dipenuhi dengan tumbuhan yang mendamaikan matanya dan bunyi burung berkicauan merupakan salah satu sebab mengapa dia bisa bertahan hidup disini. Tempat yang sangat mendamaikan disebabkan oleh itu dia memilih tempat ini.


Dalam tempoh 3 tahun dia menghilangkan diri. Walau sekalipun tidak pernah dia melupa orang yang disayanginya. Setelah keputusan untuk membatalkan penikahan mereka diambil oleh Jinri. Sehun telah mengambil keputusan untuk membawa diri jauh dari keluarganya dan juga Jinri. Walaupun dia sentiasa memberi khabar kepada keluarga tapi tidak pernah memberitahu tempatnya berada juga balik ke pangkuan ibubapanya.


Dirinya sendiri tidak tahu mengapa dirinya mengambil keputusan ini. Mungkin kecewa dengan keputusan Jinri. Mungkin juga dirinya tidak berani berdepan dengan kenyataan yang Jinri akan berdampingan dengan lelaki lain. Mungkin juga memarahi dirinya sendiri kerana tidak pernah berani jujur dengan perasaannya, tidak pernah berani meluahkan perasaannya.


Selama 3 tahun ini juga dirinya menjadi seorang silent komposer. Lagu-lagunya hits dicorong radio juga di carta music tapi tiada sesiapapun yang mengetahui siapa komposernya. Sehun hanya mengenalkan dirinya sebagai HJ. Lagunya semua ditulis saat dirinya mengingatkan Jinri.
“Oppa dah makan? Pasti oppa tidak makan lagikan. Oppa selalu begitu, Soohyun ada bawakan makanan untuk oppa.” Sehun tersenyum kepada gadis yang sudah dianggap sebagai adiknya. Selama ini Soohyun dan keluarganya lah yang sentiasa menjaganya.


“its okay Soohyun, oppa belum merasa lapar lagi” Jawab Sehun sambil mengemas kertas-kertas yang bertaburan diatas mejanya.


“Oppa lagu “I Miss You” dah hits sangat sekarang. Lirik dia sangat mendalam. Penyanyi tu juga pandai bawa lagu tu, apa yang oppa fikirkan saat tulis lagu tu? Oppa fikirkan dia ke?” tanya Soohyun.


Sehun tersenyum mendengarnya. Sehun tahu siapa ‘dia’ yang Soohyun bicarakan. Itu adalah salah satu lagu kesukaannya. Kenapa? Disebabkan Jinri. Kerana lagu itu dipopularkan oleh Jinri sendiri. Lagu itu juga ditujukan oleh Jinri, Sehun meluahkan segala-galanya yang dipendam ke dalam lagu itu. Setelah mengetahui Jinri kini sudahpun melakukan debutnya sebagai penyanyi, Sehun telah menghantar lagu yang ditulisnya kepada syarikat Jinri. Dan yang paling mengejukannya, Sehun diberitahu bahawa Jinri sendiri yang memilih lagu yang ditulisnya untuk comebacknya.


“aigo, Soohyun-a apa yang kamu bawakan ini, tiba-tiba oppa terasa lapar pula, apa kamu memasaknya sendiri?” Sehun mengusap lembut kepala Soohyun lalu mengambil makanan yang dibawa oleh Soohyun. Soohyun melihat oppanya sambil mengangguk, dia tahu Sehun mahu mengelak dari menjawab soalannya seperti selalu. Soohyun yakin sekiranya dia tidak secara sengaja melihat gambar gadis itu yang disimpan oleh Sehun sampai sekarang Soohyun yakin dia tidak akan pernah tahu tentang ini.

 

Pernah Soohyun bertanya siapa gadis cantik itu didalam gambar itu, tapi sekalipun Sehun tidak pernah menjawabnya. Dirinya sendiri tidak dapat memastikan gambar gadis itu kerana dia hanya dapat melihat sekejap sahaja sebelum Sehun menyimpan kembali gambar itu, Soohyun pernah juga mencari gambar itu lagi, tapi tak pernah dia jumpa. Dia yakin gambar itu Sehun simpan didalam box pink yang terletak dinight stand bersebelahan dengan katilnya. Soohyun sendiri tidak tahu apa isi box pink itu.

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
sho_be19 #1
hope to have this in English , this might be a great story to read.
nadiachoi #2
omg sesul..
vanilla133 #3
Chapter 6: Hope krys dpt tolong ssul utk cari sehun :-)
vanilla133 #4
Chapter 4: Apa yg krys hntar kat ssul sebenarnya?
hanaplor
#5
Will the story be in english?