Dua

The Only Reason
Please Subscribe to read the full chapter

[CONTENTID1] [/CONTENTID1]

[CONTENTID2] Aku rasa aku dah buang tabiat bangun awal-awal. Nak kata excited pergi sekolah, tak juga. Aku ni bukannya model student pun, jauh sangat nak jaga disiplin bagai. Masa di Amerika pun, aku banyak kali langgar peraturan. Datang lambat, pakaian ikut suka hati crop hujung baju sampai pendek, homework tak buat, ponteng kelas. Semua tu aku pernah buat. Mujurlah sekolah lama aku tu sempoi, tak kisah sangat pasal peraturan. Yang penting result tip top.

Jam telah menunjukkan pukul enam suku lepas aku siap mandi. Tak ada seorang pun pelajar ketika aku masuk tadi. Keluar saja dari kubikel, ada dua orang gadis masuk dengan muka sembam tak cukup tidur. Aku sekadar senyum nipis tanda menegur. Mereka angguk balik sebelum masuk ke dalam kubikel masing-masing.

Sampai kat depan pintu bilik, kebetulan Amber pun baru keluar dari biliknya. Tuala berjalur biru dan putih di sangkut di bahu sementara tangannya memegang baldi kecil yang penuh dengan botol-botol kecil dan berus gigi.

“Hei, morning.” Tegurnya dahulu. Bawah matanya jelas nampak lingkaran hitam macam mata panda. Nampak sangat dia tidur lewat malam tadi. Aku rasa dia main games sebab sebelum aku masuk tidur malam tadi, aku sempat singgah ke biliknya sekejap untuk berborak. Aku ada ternampak konsol Playstation serta koleksi CD games tersusun kemas di bawah televisyen mini. Di sini ada satu peraturan yang aku rasa pelik sedikit. Pelajar hanya dibenarkan membawa masuk satu sahaja electronic appliances. Contohnya, macam Amber ialah televisyen mini. Aku tak pasti pula sama ada dia bawa masuk PS tu secara legal atau tak. Kalau aku, nanti mungkin aku boleh beli peti ais mini untuk simpan puding mangga kegemaran aku.

“Morning, Amber.” Balasku. Mataku memerhatikannya sementara sebelah tanganku sudah memegang tombol bilik.

“Dah siap nanti kita breakfast sama-sama. Kau tunggu je aku kat kafe kalau kau siap dulu. Aku rasa aku lambat sikit. Baju belum iron.” Pesannya sambil menggosok-gosok kepalanya. Rambutnya itu aku lihat sudah seperti sarang burung.

“Okay, bro.” Balasku lagi lantas membuka kunci dan masuk ke dalam. Uniform sekolah dah aku seterika malam tadi sebelum tidur. Sebab memang tabiat aku sediakan barang-barang yang penting malam sebelumnya. Aku malas nak bertangguh. Nanti kelam-kabut pula. Dah lah hari pertama sekolah.

Lepas aku sarungkan skirt, kemeja dan blazer ke tubuh, aku berdiri di depan cermin untuk mengamati penampilan ku. Boleh tahan juga. Dekat Amerika tak adanya nak pakai uniform begini. Kemeja yang aku pakai berwarna biru cair, skirt tenis gingham biru yang aku pakai jatuh paras atas lutut. Blazer pula berwarna biru gelap yang dihiasi dengan garisan putih di setiap kelim. Lambang sekolah tertampal kemas di dada kiri. Reben gingham biru gelap pun ada disertakan, tapi malaslah aku  nak pakai. Tercekik pula nanti. Kasut pula bebas nak pakai jenis apa.

Aku tepek sedikit bedak di atas foundation, bronzer dibaurkan ke pipi serta maskara untuk bulu mata. Tidak lupa juga lipstick matte berwarna merah jambu. Setelah puas hati dengan mekap aku, aku sarungkan Converse merah kesayanganku sebelum aku capai beg kulit warna hitam.

Aku bergegas ke kafeteria apabila aku menyedari jam telah hampir pukul tujuh pagi. Tujuh setengah pagi kelas dah bermula, jadi kami ada setengah jam untuk bersarapan.

Jongin telah berada di meja kami saat aku tiba. Matanya terbeliak apabila dia menyedari kehadiran aku. Aku mula gabra, pelik sangat ke aku ni? Sanggul aku senget ke? Rasanya dah okay aku tengok kat cermin tadi.

“Wow, Wendy! Cantiklah kau.” Puji Jongin sebaik sahaja aku menarik kerusi untuk duduk di hadapannya. Segan pulak aku dipuji begitu. Ini baru aku pakai mekap nipis. Kalau aku pakai mekap tebal nanti mesti dia terkejut beruk sampai tak kenal dia dengan aku.

Jongin pun tidak ada kurangnya. Dia nampaknya tidak memakai cermin mata hari ini, rambutnya disisir kemas, ada terpacak sedikit di bahagian depan, menampakkan sisinya yang matang, dia tidak memakai kemeja seperti ku, sebaliknya sehelai t-shirt putih berleher bulat. Blazer nampak kemas walaupun dibiarkan tidak berbutang. Aku dapati ada sebuah buku yang aku lihat semalam di atas meja. Di sebelah buku itu ada secawan mocha dan sepiring sandwich yang tinggal sepotong. Nampaknya dia memang suka membaca buku.

“Thanks, Jongin.” Ucapku sebelum aku memerhatikan pakaiannya. “Boleh ke tak pakai kemeja?”

Jongin nampak bingung seketika sebelum dia menyedari aku bercakap tentang pemakaiannya. “Oh.” Comelnya! “Ni, aku malas nak pakai kemeja. Panas. Lagipun kalau aku pakai, nanti mulalah budak-budak perempuan ni. Kau tahu sajalah.”

“La.. Ye ke? Teringin jugak aku nak tengok.” Acah aku. Aku sudah sedia maklum dengan para gadis yang pantang tengok budak lelaki yang handsome dan hot. Aku pun tak terkecuali sebenarnya. Dekat sekolah lama dulu, bukan main aktif aku dan Joy skodeng Chanyeol and the gang, pemuda tinggi lampai yang merupakan ahli skuad bola keranjang sekolah. Jongin senyum nakal. “Maybe one day.”

“Aku pergi beli makanan kejap ye?” Aku minta diri lalu bangkit dari tempat dudukku. Jongin angguk, senyumnya masih belum lekang.

Aku dapati para pelajar mula memenuhi kantin. Hingar-bingar di setiap ruang aku perasan di sertai dengan renungan curiga oleh beberapa orang pelajar. Bukan aku tak perasan sebaik sahaja aku meninggalkan meja kami tadi, ada mata yang menyoroti pergerakanku. Mulanya aku buat tak endah memandangkan aku adalah muka baru di sekolah ini. Setahu aku juga, hanya aku seorang senior yang mendaftar tahun ini. Jadi, kemungkinan besar mereka hairan juga kenapa aku boleh tersesat hendak habiskan tahun senior aku di sini. Tapi bila aku fikir balik, tak mungkin mereka mengenali aku sebagai senior, sebab aku yakin, di kantin ini bukan hanya ada senior sahaja. Dari tahun satu hingga lah tahun tiga, semuanya sedang berkumpul untuk bersarapan dan bertemu rakan-rakan sementara loceng kelas belum berbunyi. Firasat aku mengatakan bahawa rakan-rakan yang baru aku kenali semalam sebenarnya bukanlah golongan biasa-biasa di sekolah ini. Mungkinkah mereka semua sebenarnya tergolong dalam kategori hot dan popular yang suka buli orang macam dalam cerita Mean Girls? Oh, tidak. Aku tidak mahu jadi seorang pembuli. Cukuplah aku deal dengan pembuli di sekolah lama aku dulu.

Apapun, aku tegakkan torso, dagu sedikit diangkat, berjalan yakin tanpa perlu tertunduk-tunduk melihat kasut. Senyuman tetap aku lemparkan kepada sesiapa yang sama-sama tersenyum ke arah ku. Tiba di kaunter jualan, aku beli sekeping bagel dan kopi panas sekadar untuk mengisi perut. Ketika aku di kaunter bayaran, tiba-tiba Sehun boleh ada di sebelah aku. “Hai.”

Aku toleh dan mendongak sedikit dek ketinggian Sehun yang lebih berbanding aku. Di belakang kami, barisan semakin panjang. Cepat-cepat aku meninggalkan kaunter dan berjalan menuju ke meja kami.

“Hai.” Balasku sedikit lambat.

“Tak sangka boleh jumpa kat sini.” Kata Sehun, masih berjalan di sebelah aku. Ugh... Tak ada ayat lain ke nak buat ngorat. Cliche.

“Yeah... Bukan kau kata jumpa pukul sembilan?” Tanyaku selamba. Aku lihat tangannya kosong. Hanya ada beg galas berwarna pink yang dia galas di bahu kiri. Blazer yang tersarung di tubuh juga dibiarkan begitu sahaja. Kemeja yang dipak

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
Fairywall
#1
hello~

maaf kami menyemak jap.. ehem ehem..

ingin sesuatu tempat yg bertemakan ala2 fairy tales? ingin tempat yg indah? -kno... marilah join TINGKER FAIRY WORLD malay rp. rp ni sama je mcm rp lain-lain tapi kami akan cuba buat rp nie jadi aman damai..and aktif.. marilah penuhkan rp nie.. kedatangan anda amat di alu-alukan oleh kami.

http://www.asianfanfics.com/story/view/1077826
JEON_JI #2
Chapter 1: Daebak~ Apa yang Sehun cuba nak buat dekat Wendy sbrnya? Woe~ Curiousnyaaa...Update soon :D