Enam

The Only Reason
Please Subscribe to read the full chapter

[CONTENTID1] [/CONTENTID1]

[CONTENTID2] “Aik mana Irene dengan Kyungsoo? Dating ke?” Tanya ku apabila aku menyedari Kyungsoo dan Irene tidak berada di meja kami pagi ini. Hanya ada Jongin, Krystal dan Amber sahaja yang telah pun mula menjamah juadah sarapan masing-masing. Baru beberapa hari di sini, aku telah terbiasa dengan Amber yang lebih selesa menegur aku dengan teguran ‘Yo!’ berbanding selamat pagi atau good morning.

Kerusi aku tarik perlahan sebelum ku henyakkan punggung. Pada masa yang sama, Jongin menolak turut piring berisi sekeping pretzel mentega sementara Sehun yang baru sahaja tiba entah dari mana, turut meletakkan secawan kopi di depan ku. Aroma kopi yang masih hangat sedikit sebanyak membangkitkan semangatku pagi ini. Sungguh pagi ini cuaca masih sejuk!

“Thanks, Jongin.” Tuturku dalam nada segan dek suara masih parau akibat baru bangun tidur. Terasa macam seorang puteri pula bila dilayan sedemikian rupa. Seumur hidup aku, belum pernah lagi aku dilayan sebegini. Baru sahaja duduk di meja, dah tersedia air minuman dan makanan. Kalau di Kanada aku sudah biasa berdikari buat semuanya sendiri, di sini aku terasa bagai dilayan seperti seorang puteri. Mungkin sebab aku masih baru atau mungkin juga sebab penangan panggilan ‘princess’ yang dilabel sewenang-wenangnya oleh Sehun.

Sempat juga aku menghadiahkan senyuman paling manis kepada Jongin agar pemuda itu rasa dihargai dengan perhatiannya. Bila aku toleh ke arah Sehun yang duduk di sebelah untuk ku ucapkan terima kasih, entah kenapa lidah aku jadi berat dan kelu. Sudahnya bibirku yang senyum paksa. Dekat kepala, terapung ingatan semalam yang jelas menampakkan kebahagiaan Sehun dan teman wanitanya. Aku tidak patut cemburu, tapi mungkin emosi sebegini bukan di bawah kawalan sedar aku. Cepat-cepat aku mencicip kopi demi menutup kejanggalan yang mula terasa. Sehun pun turut sama menghirup minumannya tanpa bersuara.

“Irene diet.” Krystal kemudiannya membalas ringkas walaupun responnya agak lambat. Dia membelek wajahnya yang bermekap nipis di cermin kompak berwarna merah jambu. Aku dapati dia memang nampak berseri-seri dia hari ini. Kalau tak selalunya memek mukanya dingin saja. Sukar dipercayai yang dia sebenarnya salah seorang pelajar yang popular di sekolah ini. Aku tahu pun sebab setiap kali waktu rehat, mesti ada orang yang tawar dia untuk belanja makan. Kadang-kadang lepas habis kelas, ada sahaja kenalannya yang ajak dia keluar. Pergi jalan-jalan, pergi makan, pergi cari boyfriend. Popularitinya itu tidak pula membuatkan dia lari jauh dari personalitinya yang dingin. Kalau dia tidak suka, dia akan cakap dia tidak suka. Dia tidak berpura-pura. Mungkin sebab tu dia diminati ramai. Selain cantik jelita, dia bukan seorang yang hipokrit. Mungkin aku patut belajar dari Krystal supaya aku jadi lebih yakin dengan diri sendiri.

“Kyungsoo pulak ada hal dengan persatuan pelajar.” Kata Amber menjawab soalanku bagi pihak Kyungsoo. Dia tampak serius mengoyak ban kaya sebelum disumbat ke dalam mulut. Aku langsung tak ada idea yang Kyungsoo merupakan salah seorang ahli persatuan pelajar. Adakah dia seorang presiden?

Bila aku ingat balik, aku sebenarnya belum pilih kelab yang aku ingin sertai. Tarikh akhir untuk hantar borang kalau tidak silap aku adalah Isnin depan. Ada tiga pilihan utama yang masih lagi berlegar di fikiran. Satu, kelab gitar. Dengarnya memang menggoda diriku sebab aku gemar bermain gitar setiap kali sebelum tidur sebagai lagu dodoi agar aku tidur lena. Mungkin aku boleh belajar dan bergaul dengan pelajar yang lebih hebat bermain gitar denganku. Kedua, kelab fotografi. Di Kanada, dinding bilik aku umpama kanvas yang menghimpunkan segala hasil bidikan lensa yang subjeknya semua berasaskan seni bina. Di Korea ini pun banyak mercu tanda menarik yang boleh aku abadikan ke dalam sebuah foto. Namun yang menjadi masalah besar di sini ialah aku boleh pula tertinggal kamera aku di Kanada. Kalau tak sertai kelab fotografi pun, aku tetap kena beli kamera baru nanti. Ketiga, Persatuan Pelajar. Seja

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
Fairywall
#1
hello~

maaf kami menyemak jap.. ehem ehem..

ingin sesuatu tempat yg bertemakan ala2 fairy tales? ingin tempat yg indah? -kno... marilah join TINGKER FAIRY WORLD malay rp. rp ni sama je mcm rp lain-lain tapi kami akan cuba buat rp nie jadi aman damai..and aktif.. marilah penuhkan rp nie.. kedatangan anda amat di alu-alukan oleh kami.

http://www.asianfanfics.com/story/view/1077826
JEON_JI #2
Chapter 1: Daebak~ Apa yang Sehun cuba nak buat dekat Wendy sbrnya? Woe~ Curiousnyaaa...Update soon :D