Empat

The Only Reason
Please Subscribe to read the full chapter

[CONTENTID1] [/CONTENTID1]

[CONTENTID2] Kami tiba di kediaman asrama tepat pukul sepuluh malam. Amber, Jongin dan Krystal lantas naik ke bilik setelah meminta diri. Tinggal aku, Sehun, Kyungsoo dan Irene sahaja di lobi. Aku sempat mengusik Krystal yang sudah mengantuk, tapi dia moody pula. Salah aku juga sebab aku asyik menyibuk pasal kisah lalu mereka. Amber sempat berpesan supaya aku cepat naik sebelum lampu koridor ditutup pukul sebelas nanti. Nanti tak pasal-pasal meraba pintu dalam gelap untuk mencari slot kad kunci bilik.

Setelah berpamitan sesama mereka, Sehun singgung siku aku. Masih tidak biasa dengan perangai selamba Sehun, aku mendongak sedikit untuk melihatnya.

“Aku nak keluar sekejap.” Maklum Sehun bersahaja. Skarf hitam yang berbalut di leher dia naikkan sehingga menutup hidung. Aku memandangnya semula setelah mata ku kerlingkan ke jam di dinding lobi.

“It’s already past curfew.” Ujar ku dalam nada mendatar. Sehun sekadar mengangkat bahu sebelum dia masukkan kedua-dua tangan ke dalam poket jaket tebalnya. Dengan pantas dia mengatur langkah kemas ke luar lobi. Baru beberapa hari mengenali Sehun ternyata membuatkan aku seorang yang senang curiga kerana setiap perlakuannya menimbulkan tanda tanya buat ku. Padahal aku seorang yang jarang mengambil kisah tentang orang lain. Mengapa tiba-tiba aku menyibuk sangat ni?

“Aku nak jumpa Mr. Han kejap. Nak bagi sup ni kat dia.” Irene memberitahu aku dan Kyungsoo. Plastik berisi sup samgyetang dia angkat sedikit bagi menunjukkan bungkusan itu kepada kami.

“Eh, untuk Mr Han je ke? Untuk aku?” Soalku cuba bercanda. Irene tersengih lebar sebelum memegang sebelah bahuku.

“Kau nak aku buatkan untuk kau ke?”

“She’s an expert when it comes to cooking.” Ujar Kyungsoo bangga. Seolah-olah dia pula yang pakar dalam masakan. Irene selamba sahaja aku tengok.

“Really? Boleh jugak aku try masakan kau.” Mahu juga aku merasa air tangan Irene. Adakah ianya setanding chef. Dah terlampau tinggi sangat ekspektasi aku terhadap Irene.

“Aku kan dari kelas kulinari. Hampir semua masakan aku boleh masak.” Balas Irene lagi. Yeah, obviously.

“Hampir, okey. Hampir.” Sampuk Kyungsoo mahu menekankan perkataan ‘hampir’ itu. Maksudnya jelas. Tidak semua masakan Irene boleh masak. Dah namanya pun dia masih belajar. Lalu membuatkan aku dan Irene ketawa kecil.

“Tunggu kejap eh. Aku nak pergi bagi.”

Aku dan Kyungsoo sama-sama mengangguk. Kemudian, Kyungsoo mengajak aku duduk di sofa sementara menanti Irene yang kini telah berada di hadapan pintu bilik Mr. Han.

“Mr. Han tak marah ke?” Tanya ku kepada Kyungsoo. Irene sedang mengetuk pintu bilik Mr. Han yang terletak di sebelah lobi. Mana tahu mood Mr. Han kurang baik ke.

“Dia dah selalu sangat sneak out. Mr. Han pun dah malas nak marah.” Kyungsoo hanya memerhati kosong ke arah Sehun yang berjalan pantas keluar dari bangunan asrama. Mata ku juga mengekori langkah Sehun sehingga dia hilang dari pandangan. Nampaknya sudah biasa sangat dia lihat Sehun meninggalkan dorm setelah waktu curfew. Sampaikan dia sudah tidak ada hati lagi hendak menghalang. Apa nak jadi, jadilah.

“Irene!” Aku terdengar suara milik Mr. Han lalu aku menoleh ke arah mereka. Baru hari ini aku dapat melihat Mr. Han di depan mata. Dia seorang pemuda bertubuh kurus tapi tinggi. Wajahnya yang keanak-anakan membuatkan aku menyangka dia juga salah seorang daripada kami kalau tidak kepada gelaran yang dia sandang.

“Hai , Kyungsoo!” Tegur Mr. Han sambil melambaikan tangan. Apabila dia menyedari aku turut berada di situ, dia juga menegurku. “Hai, budak baru!”

Lepas itu perhatiannya terus kepada Irene. Apalagi, aku pun lantas mengambil peluang untuk bertanya tentang teman wanita Sehun yang nampaknya merupakan subjek taboo dalam kumpulan rakan ini.

Pada mulanya Kyungsoo tampak keberatan untuk memulakan cerita, tapi apabila dia melihat kesungguhan ku, dia akhirnya mengalah. “She was Irene’s best friend since elementary school. Dia pernah sekolah kat sini sampai tahun lepas. Kena buang atas sebab tertentu. Dan dia ignore kami lepas dia dapat couple dengan Sehun. Aku pun tak tahu kenapa tapi aku rasa mungkin sebab dia pernah gaduh with every each of us.”

Kata-kata Kyungsoo membuatkan rasa ingin tahu aku membuak-buak. Tak ku sangka ada cerita kompleks yang tersimpan dalam kumpulan sahabat ini. Aku rasa terharu pula apabila mendapat kepercayaan mereka yang tidak berselindung menceritakan hal mereka. Aku jadi teringat akan peringatan gadis sekelas yang aku kenali sebagai Naeun. Ingin ku tanya mengenai hal itu, namun, aku diamkan dahulu kerana pastinya sudah terlalu banyak maklumat yang telah cungkil untuk hari ini.

Setelah Irene memberikan sup samgyetang kepada Mr. Han, kami bertiga naik ke bilik masing-masing. Koridor bilikku telah pun digelapkan walaupun ada dua tiga orang pelajar masih melepak di koridor depan tangga untuk mengambil angin. Mereka senyum ramah ke arah ku saat aku melintasi mereka.

Ketika aku sedang menukar pakaian, telefon ak

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
Fairywall
#1
hello~

maaf kami menyemak jap.. ehem ehem..

ingin sesuatu tempat yg bertemakan ala2 fairy tales? ingin tempat yg indah? -kno... marilah join TINGKER FAIRY WORLD malay rp. rp ni sama je mcm rp lain-lain tapi kami akan cuba buat rp nie jadi aman damai..and aktif.. marilah penuhkan rp nie.. kedatangan anda amat di alu-alukan oleh kami.

http://www.asianfanfics.com/story/view/1077826
JEON_JI #2
Chapter 1: Daebak~ Apa yang Sehun cuba nak buat dekat Wendy sbrnya? Woe~ Curiousnyaaa...Update soon :D