Tiga

The Only Reason
Please Subscribe to read the full chapter

[CONTENTID1] [/CONTENTID1]

[CONTENTID2]Baru pukul lapan malam aku sudah berasa sedikit mengantuk. Tadi di kelas pun aku sempat tidur sekejap sewaktu pertukaran guru subjek. Jet lag punya pasal lah ni. Homework telah aku siapkan awal-awal walaupun agak menimbun banyaknya. Petang tadi lepas usai kelas pun, aku terus buat ulangkaji di perpustakaan untuk catch up topik yang aku ketinggalan di Kanada. Boleh tahan juga perpustakaan di sini. Luar dalam tampak moden dan urban. Padan sangatlah dengan nama Korean International Highschool. Yang aku perasan, bangunan-bangunan di sekolah ini menggabungkan ciri-ciri timur dan barat. Ada bangunan berunsurkan tradisional Korea seperti bangunan akademik. Ada bangunan berunsurkan architecture moden seperti bangunan perpustakaan dan bangunan asrama pelajar.

Haih, kenapalah aku boleh lupa nak bawa kamera DSLR aku ke sini. Kalau tak aku dah boleh ambil gambar dan lengkapkan scrapbook aku yang penuh dengan gambar architecture. Nasib baik gitar akustik aku bawa ke sini. Tak adalah aku kebosanan di dalam bilik seorang diri. 

Baru sahaja tangan ku hendak mencapai gitar yang aku letak di stand berhadapan tingkap, telefon aku berdering. Pantas telefon yang aku letak atas meja study aku capai lalu aku angkat panggilan.

“Wendy, kau busy tak sekarang?” Amber yang menelefonku rupanya. Masa hari pertama lagi kami dah bertukar-tukar nombor, baru hari ini gadis itu menghubungiku menggunakan telefon. Yalah, bilik masing-masing berhadapan, kalau perlu apa-apa, tinggal ketuk pintu saja. Tak pun teriak saja kuat-kuat. Lantakkan sahaja bila ada jiran sebelah yang ikut menengking.

“Tak. Tapi aku ngantuk.” Aku sengaja buat suara letih. Malas sebenarnya aku nak keluar. Aku ingat nak berguling-guling atas katil sampai aku terlena.

“Baru pukul lapan. Jomlah keluar. Budak-budak ni dah tunggu.” Terus aku menegakkan badan mendengarnya. Aku baru teringat janji Sehun semalam. Dia mahu keluar ramai-ramai dengan kumpulan rakan mereka malam ini. Ini bermakna Sehun ada sekali lah? Bukannya apa, selain waktu sarapan, sekali itu sahajalah aku bersua muka dengannya. Ketika waktu rehat dan makan tengah hari pun, batang hidung dia entah ke mana. Irene kata dia kena tahan sebab tak siap homework. Tapi takkanlah dua kali rehat asyik kena tahan je kan? Aku buang rasa curiga ku sebab kesempatan ini tak akan aku bazirkan untuk menatap wajah flawless Sehun sebelum aku masuk tidur.

“Okay, jap. Bagi aku sepuluh minit. Aku nak tukar baju.” Dalam pada itu, aku cepat-cepat membuka almari baju, mencari pakaian yang kasual.

“Kalau lambat kitorang tinggal. Kitorang tunggu kau kat lobi. Bye!” Lepas talian dimatikan, aku terus menyarung sweater knit berwarna coklat sebab malas nak tukar camisole hitam aku kepada sesuatu yang lebih sopan seperti T-shirt. Daripada pengetahuan aku yang sedikit mengenai Korea, orang-orang di sini masih mengutamakan adat ketimuran dan kesopanan dan budi bahasa. Jadi, takkan lah aku nak keluar pakai camisole dengan seluar pendek saja. Nanti aku beku pula di luar nanti. Lagipun, ketika bulan Januari sebegini, suhu masih sejuk. Tidak pula kelihatan salji di mana-mana. Agaknya di Seoul ini kurang sejuk berbanding di Kanada. Hanya terasa dingin hingga ke tulang tanpa ada turunnya salji. Bila aku rasa dah cukup presentable, untuk yang kesekian kalinya aku memeriksa casing handphone untuk memastikan aku membawa wang, dokumen dan kad kunci. Kalau tertinggal nanti, satu hal pula.

Sepantas kilat, aku bergegas turun ke lobi dan mendapati mereka berenam sedang berkumpul di tengah lobi yang menempatkan set sofa kulit hitam dan sebuah meja kopi kaca di tengah-tengahnya. Aku lihat Jongin, Irene, Krystal dan Amber masih rancak berbual sementara Kyungsoo dan Sehun berbual sesama sendiri dalam riak serius.

“Yo!” Tegur aku ceria. Jongin tampak begitu gembira melihat aku di situ. Sehun juga melemparkan senyuman manis ke arah ku. Mereka masing-masing menyarungkan baju tebal di tubuh. Kot panjang paras lutut berwarna coklat melindungi sweater turtle neck hitam yang dipakai Jongin. Tak lupa kaca mata berbingkai bulat yang setia bertenggek di tulang hidung. Sehun pula sudah seperti hendak pergi antartika gamaknya. Aku nampak dua lapis baju kemeja dia pakai walaupun di luar dia sudah sarungkan jaket tebal. Dekat kepala pun dia bungkus dengan topi beanie. Dah macam sarung nangka pun ada aku tengok Sehun ni.

“Akhirnya, princess kita dah turun. Princess nak naik kereta kuda ke limosin?” Umum Amber yang suka mengusik. Jaket varsiti dia butang sampai ke leher.

“I hate you calling me princess.” Tingkahku buat-buat masam. Aku yang boleh tahan tomboy ni dia panggil princess?

“Why not? Impian aku nak jadi princess tau.” Tambah Krystal pula. Mulalah dia tersenyum simpul. Gadis ini tampak anggun memakai princess coat hijau zaitun.

“Kau tak payah nak berimpian pun kau dah memang princess,” Celah Sehun, sempat lagi menyindir. “Ice Princess!”

“Hey, Sehun, you know what? Pergi mati.” Kata Krystal tajam. Lengkap dengan jelingannya yang boleh menyebabkan koma!

Sehun hanya gelak sahaja, di sambut oleh tawa rakan-rakan yang lain. Kalau beginilah ragam Sehun dan Krystal, mesti hari-hari mereka terus-terusan bergaduh.

“Guys! Jom gerak. Race you guys to the bus stand! Siapa lambat kena bayar tambang!” Laung Amber yang membuatkan mata aku terbeliak. Lantas aku memandang Sehun yang telah pun berdiri di sebelah ku. Bibir mempamerkan senyum sungging, tangannya kini berada kemas di pergelangan tangan ku.

“You’re not going to be the last one.” Kata Sehun pasti. Aku yakin seratus peratus bahawa getaran di dada berpunca daripada pemuda ini.

“Oh, yes.” Balasku, senyuman sama turut aku berikan kepadanya. Serentak kami mula berlari berhambat-hambatan. Dengan nakalnya Irene menolak tubuh Kyungsoo hingga teman lelakinya itu hampir terjatuh ke tanah. Kyungsoo yang geram dengan gelagat teman wanitanya, terus mengejar gadis itu lalu dipeluk erat-erat, melengahkan larian mereka buat beberapa saat hingga di pintas oleh Krystal yang mengenyitkan mata kepada mereka. Jongin dan Amber berada di paling hadapan, di mana aku dan Sehun semakin hampir mengejar langkah mereka.

Siapa sangka Krystal dulu ya

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
Fairywall
#1
hello~

maaf kami menyemak jap.. ehem ehem..

ingin sesuatu tempat yg bertemakan ala2 fairy tales? ingin tempat yg indah? -kno... marilah join TINGKER FAIRY WORLD malay rp. rp ni sama je mcm rp lain-lain tapi kami akan cuba buat rp nie jadi aman damai..and aktif.. marilah penuhkan rp nie.. kedatangan anda amat di alu-alukan oleh kami.

http://www.asianfanfics.com/story/view/1077826
JEON_JI #2
Chapter 1: Daebak~ Apa yang Sehun cuba nak buat dekat Wendy sbrnya? Woe~ Curiousnyaaa...Update soon :D