Sepuluh

The Only Reason
Please Subscribe to read the full chapter

[CONTENTID1] [/CONTENTID1]

[CONTENTID2] Pagi-pagi lagi aku telah dibawa oleh Irene ke klinik veterinar ibunya seperti yang dijanjikan. Klinik Veterinar Bae tidaklah sebesar mana tapi aku dapati hanya klinik ini satu-satunya klinik haiwan di kawasan ini. Dapat aku bayangkan mengapa ibu Irene sangat sibuk sampai tak sempat hendak menjaga kucing milik Irene yang telah mati itu. Klinik itu agak penuh dengan pemilik binatang peliharaan yang membawa haiwan kesayangan mereka sebaik sahaja aku dan Irene melangkah masuk. Ada yang membawa kucing, anjing dan ada juga yang membawa binatang eksotik seperti ular, iguana dan posum.

Setelah memperkenalkan diri kepada ibu Irene yang saling tak tumpah sama dengan wajah Irene sendiri, Irene membawa aku ke sebuah bilik kecil di belakang di mana adik Irene yang bernama Suzy sedang memandikan kucing. Gadis berumur lima belas tahun itu ramah menceritakan tempat dia belajar sambil menggosok bulu kucing dengan berus basah. Irene dan Suzy bersekolah di tempat berlainan kerana Suzy tidak mahu tinggal di asrama. Dia lebih rela ulang alik dari rumah ke sekolah walau jarak jauh kerana dia tidak sanggup meninggalkan semua haiwan kesayangannya. So much for an animal lover.

Kemudian aku dibawa pula mengelilingi sebuah bilik yang agak luas. Bilik bercat putih itu dihiasi dengan dekorasi seolah-olah ianya adalah sebuah tadika. Padahal di dalam itu pelbagai jenis haiwan ada. Ada yang dikurung dalam sangkar, ada juga yang dibiarkan lepas. Sudah macam zoo pula. Ada dua orang sukarelawan yang menjaga binatang-binatang ini sehinggalah ada bakal pemilik yang berminat mahu membela binatang-binatang ini.

Sedang aku mengusap kepala seekor anak anjing jenis poodle yang sangat comel, tiba-tiba seekor kucing berwarna putih menggeselkan kepalanya di kakiku. Lantas aku ambil kucing itu lalu kubawa ke ribaan. Sungguh comel dan manja kucing itu walaupun aku dapati ekornya kontot.

“Masa aku jumpa, kucing ni baru je kena potong ekornya.” Beritahu Irene yang sedang mengisi makanan kucing dan anjing dalam dua buah pinggan berasingan. Aku yang duduk bersila di atas karpet hijau persis rumput padang golf memandang simpati ke arah kucing di riba.

“What? Kejamnya. Siapalah yang potong ekor dia ni.” Tutur ku sayu. Kasihannya kepada haiwan yang tak tahu apa-apa menjadi mangsa kekejaman manusia yang tiada perasaan.

“Nasib baik aku terjumpa dia masa tu. Terus aku bawa ke klinik untuk dirawat.” Kata Irene. Bungkusan besar makanan haiwan dia simpan semula ke dalam cupboard atas.

Spontan aku menyeng

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
Fairywall
#1
hello~

maaf kami menyemak jap.. ehem ehem..

ingin sesuatu tempat yg bertemakan ala2 fairy tales? ingin tempat yg indah? -kno... marilah join TINGKER FAIRY WORLD malay rp. rp ni sama je mcm rp lain-lain tapi kami akan cuba buat rp nie jadi aman damai..and aktif.. marilah penuhkan rp nie.. kedatangan anda amat di alu-alukan oleh kami.

http://www.asianfanfics.com/story/view/1077826
JEON_JI #2
Chapter 1: Daebak~ Apa yang Sehun cuba nak buat dekat Wendy sbrnya? Woe~ Curiousnyaaa...Update soon :D