Sebelas

The Only Reason
Please Subscribe to read the full chapter

[CONTENTID1] [/CONTENTID1]

[CONTENTID2] Turun sahaja ke lobi dengan niat mahu ambil angin lepas study dalam bilik, aku terserempak dengan Sehun dan Kyungsoo yang juga baru turun, berjalan berdua membelakangi ku.

“Sehun! Kyungsoo!” Panggil aku sebelum aku mencelah di antara mereka.  Terus aku memeluk bahu Kyungsoo yang agak kurang tinggi berbanding Sehun. Sebelah tangan aku hanya mampu peluk pinggang Sehun sahaja sebab aku tak mampu capai bahu Sehun. Sudah hampir empat bulan aku di sini dan aku makin selesa dan terbiasa dengan skinship antara kumpulan rakanku.

“Korang nak pergi mana?” Tanya aku memandang Kyungsoo silih berganti. Kyungsoo menyengih sambil menggerakkan kening dengan nakal. Sehun pula sempat ketawa sebelum dia menepuk kepala aku.

“Kitorang nak keluar lepak. Nak join?” Ajak Kyungsoo. Bunyinya bersungguh dan bukan macam ajak-ajak ayam. Lantas aku terangguk-angguk setuju. Mana boleh aku lepaskan peluang untuk melepak bersama-sama mereka, lebih-lebih lagi dengan kehadiran Sehun yang jarang melepak bersama sebab sibuk dengan aweknya.

Tanggapan aku sedikit meleset. Pada mulanya aku ingatkan mereka berdua nak bawa aku melepak dekat mall atau kedai makan, tapi rupa-rupanya sekadar duduk depan 7E sambil makan ramen dan minum bir. Aku elak minum bir sebab aku malas nak hadap hangover esok pagi. Lagipun esok kelas pertama akan ada eksperimen kimia. Jadi aku tak nak aku tersalah letak bahan eksperimen yang menyebabkan markah kimia aku kena potong.                                            

Dan ini entah kali ke berapa aku asyik terkena dengan mereka yang tahu aku tak makan pedas. Kali ini ramen extra hot. Aku tak curiga langsung dengan packaging hitam cawan ramen yang Sehun buatkan untuk aku. Lepas sekali suap, berpeluh-peluh atas bibir aku sebab kepedasan. Aku tak boleh berhenti makan sebab ramen ni walaupun pedas, tapi sedap giler!

“Aku rasa aku nak putus dengan Irene.” Ucap Kyungsoo mendatar. Serentak aku dan Sehun memandang kaget ke arah Kyungsoo yang memutar-mutar tin bir di antara tangannya. Mi ramen yang aku gigit terlepas semula dalam mangkuk sebelum Sehun ketawa terbahak-bahak. Terus aku jeling Sehun. Tak lawak okey.

“Dude, dah berapa kali dah kau putus dengan Irene. Lepas tu tetap jugak sambung balik.” Sehun masih lagi ketawa. Okay, patutlah Sehun ketawa.

“It’s for real this time.”

Sehun terdiam melihatkan kesungguhan terpahat di wajah Kyungsoo. “What makes you say so?”

“Aku rasa aku dah tak serasi dengan dia. Everything yang aku buat, semua dia tak suka. Every day she talks about how she can’t forget how Seulgi treated her. Everyday ada saja yang dia tak puas hati. Aku fed up.”

Aku curi lihat Sehun di sebelah. Hanya setin bir yang dia minum berbanding Kyungsoo yang sudah masuk lima tin. Memang patutlah Kyungsoo dah mabuk sekarang ni. Saat Kyungsoo sebut

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
Fairywall
#1
hello~

maaf kami menyemak jap.. ehem ehem..

ingin sesuatu tempat yg bertemakan ala2 fairy tales? ingin tempat yg indah? -kno... marilah join TINGKER FAIRY WORLD malay rp. rp ni sama je mcm rp lain-lain tapi kami akan cuba buat rp nie jadi aman damai..and aktif.. marilah penuhkan rp nie.. kedatangan anda amat di alu-alukan oleh kami.

http://www.asianfanfics.com/story/view/1077826
JEON_JI #2
Chapter 1: Daebak~ Apa yang Sehun cuba nak buat dekat Wendy sbrnya? Woe~ Curiousnyaaa...Update soon :D