Lapan

The Only Reason
Please Subscribe to read the full chapter

[CONTENTID1]  [/CONTENTID1]

[CONTENTID2] Aku yakin separuh wajahku bagai sudah terlekat pada muka kaca display. Kedua-dua belah telapak tangan juga seperti telah dilumur dengan gam gajah kerana turut sama menempel ke gelas kaca dekat dengan kepala. Seorang pekerja kedai menjegilkan mata tanda menghalau aku daripada terus menyemak di situ. Namun, tak ku endahkan langsung usiran pemuda itu.

Di antara berbagai-bagai kamera yang ada di dalam kedai ini, hanya kamera DSLR di depan mata ini sahaja yang berjaya menawan hati. Dengan bentuknya yang langsing dan kerangka yang tampak kukuh, alangkah betapa indahnya hidupku jikalau aku memilikinya. Belum lagi dikira lensa yang berkualiti tinggi. Sudah tentu hasil tangkapannya pun high class!

Keinginanku memang kuat. Kamera yang aku ada boleh pula tertinggal di Kanada. Kalau gitar ibarat nyawa pertamaku, kamera pula diumpamakan seperti nyawaku. Tanpa kedua-dua objek ini, aku akan mati kebosanan. Tanpa kedua-dua nyawa ini, apalah erti hidupku. Tidak dapat aku abadikan kecantikan hasil tangan manusia ke dalam bentuk fotografi yang boleh aku kagumi setiap hari.

Perlukah aku minta duit dari ayah? Berkira-kira juga aku hendak meminta wang daripada bapaku sendiri. Duit yang ada di dalam akaun bank hanya cukup-cukup untuk belanja sebulan. Mujurlah duit makan telah aku ketepikan terlebih dahulu. Lalu duit yang berbaki memang langsung tidak mencukupi kalau aku hendak membeli kamera baru.

Tengok saja tanda harga memang terbuntang juga mata aku. Betapa mahalnya harga kamera di sini! Sekali lagi aku menyesal kerana terlupa membawa kamera ku ke sini. Ini pasti sebab aku terlalu kelam kabut mengemas barang-barang dan di campur dengan kekusutan fikiran yang berpunca daripada Chanyeol.

Aha! Satu idea bernas datang menjelma. Kenapalah aku tak fikir dari awal lagi.

Boleh saja aku minta mak poskan kamera ku ke sini. Selesai dilema! Selesai masalah!

Tapi Wendy, kamera di depan kau ni lebih canggih berbanding kamera antik dan kuno kau tu!

Berkali-kali aku gelengkan kepala bagi mengusir suara nafsu yang menggoda dan menghasutku supaya membazir. Tak boleh! Aku tak mahu meminta-minta meskipun dengan ahli keluarga sendiri. Sudah cukuplah pendidikan ku di sini ditanggung sepenuhnya.

Setelah menelefon ibu tentang hajatku, aku mengangkat kaki meninggalkan kedai itu sambil senyum meleret kepada pekerja kedai tadi. Dia pula hanya membalas senyumanku dengan pandangan kosong. Tentu dia sebal kerana aku langsung tidak membeli apa-apa selain mengotorkan cermin display dengan mekapku.

Beberapa minit menapak semula menuju semula ke asrama, aku mula terasa lapar. Nampaknya hamburger yang aku makan di kafeteria sebagai makan malam belum mencukupi bagi membekalkan tenaga buatku. Sepanjang jalan, berderet-deret gerai makanan yang aku jumpa. Ramai juga warga kota yang baru pulang dari kerja singgah makan di situ. Sama ada makan malam atau sekadar snek, semuanya makan dengan penuh selera.

Biarpun begitu, hanya ada satu gerai sahaja yang berjaya memancing seleraku. Di situ terdapat pelbagai jenis sosej dan kentang goreng. Aku kagum sedikit dengan inovasi kentang twister. Ianya sebiji kentang yang dipotong secara berpusar lalu dicucuk pada lidi panjang. Setelah

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
Fairywall
#1
hello~

maaf kami menyemak jap.. ehem ehem..

ingin sesuatu tempat yg bertemakan ala2 fairy tales? ingin tempat yg indah? -kno... marilah join TINGKER FAIRY WORLD malay rp. rp ni sama je mcm rp lain-lain tapi kami akan cuba buat rp nie jadi aman damai..and aktif.. marilah penuhkan rp nie.. kedatangan anda amat di alu-alukan oleh kami.

http://www.asianfanfics.com/story/view/1077826
JEON_JI #2
Chapter 1: Daebak~ Apa yang Sehun cuba nak buat dekat Wendy sbrnya? Woe~ Curiousnyaaa...Update soon :D