Tujuh

The Only Reason
Please Subscribe to read the full chapter

[CONTENTID1] [/CONTENTID1]

[CONTENTID2] Dengan badan bersandar pada pintu kelas yang telah pun berkunci, mata teliti menatap sehelai kertas yang telah aku isi dengan pilihan ku. Memastikan tiada kesalahan ejaan dan tulisan aku betul-betul kemas dan boleh dibaca. Maklumlah aku masih bertatih dalam bahasa Korea, mujurlah borang ini dalam bahasa Inggeris. Kalau tak, memang menjajau aku mencari orang untuk translate isi kandungan borang ini.

“Kau isi borang apa ni?”

Terkejut beruk aku apabila suara Jongin menerpa telinga. Ku toleh ke sisi untuk melihat Jongin menyengih ke arahku. Dia berdiri di belakang bangku simen yang aku duduk sambil menggalas beg di bahu. Aku tarik skarf yang berbalut di leher sedikit ke bawah agar mudah aku berbicara dengan Jongin. Hari ini suhu sudah naik sedikit. Mungkin tidak terlalu sejuk, tapi aku masih lagi dapat rasa kedinginan di udara.

“Borang kelab. Aku ingat nak hantar on the way ke gym nanti.” Ujarku menjawab soalan Jongin. Serentak aku mencapai beg lalu ku sandangkan ke belakang badan. Kaki lima kawasan kelas kami telah pun kosong sebab kebanyakan pelajar telah pun pergi ke kelab dan persatuan masing-masing. Tinggal aku dan Jongin sahaja di sini. Jongin kata perjumpaan kelab yang dia sertai telah pun dibatalkan hari ini. Jadi dia banyak masa yang terluang. Sebab itulah dia menawarkan diri untuk menjenguk Amber di gymnasium.

“Okay. No problem. Nasib baik pejabat satu jalan ke gym. Let’s go!” Kata Jongin ceria. Kaca matanya di tanggalkan sebelum dia selitkan ke dalam poket dalam blazer. Beg galasnya hanya disangkut pada satu bahu, membuatkan botol air yang diletakkan di poket kiri beg hampir terjatuh. Lantas tanganku menangkap botol air berwarna hitam itu sebelum ku selitkan ke poket beg di sebelah kanan agar tidak terjatuh lagi.

Jongin tersenyum tanda terima kasih saat aku mengangkat muka. Dengan jarak yang begitu rapat ini, barulah aku boleh lihat anak mata Jongin yang berbinar.

“Kenapa kau buka cermin mata kau?” Aku sengaja bertanya walaupun sebenarnya aku gembira tengok Jongin tanpa berkaca mata. Warna matanya itu cantik betul!

Sambil jari menyisir rambut, Jongin menarik bahuku agar aku tidak ketinggalan di belakang. “Rimaslah asyik pakai cermin mata je. Lagipun aku bukannya membaca sekarang ni.”

“Kau ni rabun jauh ke rabun dekat?” Pelik juga aku sebab jarang aku tengok Jongin pakai cermin mata. Melainkan kalau dia sedang baca buku atau sedang belajar. Kami menuruni tangga pendek yang menghubungkan blok akademik ke blok pentadbiran di bawah. Nun di hadapan, aku nampak sebuah bangunan yang berhadapan dengan padang bola. Pasti itu bangunan gimnasium.

“Aku rabun dekat la. Kalau jauh aku nampak.” Jawab Jongin. Okay, that explains everything.

“Macam orang tua je.” Usikku sambil ketawa kecil.

“Eh, budak ni.” Ujar Jongin sebelum menghentikan langkah di sebuah pintu berwarna pine. Terdapat papan perspek putih di atas pintu yang tertulis ‘Pejabat Utama Kelab dan Persatuan’. Jongin menanti aku di luar ketika aku menghantar borang kepada guru yang berada di dalam bilik pejabat ini. Usai sahaja urusan ku, kami menuju ke gimnasium.

Apabila aku melangkah masuk ke dalam gimnasium, aku betul-betul terpana dengan keluasannya. Lantai gimnasium ini luasnya ibarat dua buah padang bola sepak. Siling pula bukan main lagi tingginya. Bangku tinggi tersusun kemas mengelilingi gimnasium ibarat di stadium bola sepak. Terdapat dua tiang gol besar di kiri dan kanan gimnasium yang aku fikir untuk permainan futsal. Sempat aku mengkagumi fasiliti yang disediakan oleh sekolah ini. Berbaloi juga ibu

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
Fairywall
#1
hello~

maaf kami menyemak jap.. ehem ehem..

ingin sesuatu tempat yg bertemakan ala2 fairy tales? ingin tempat yg indah? -kno... marilah join TINGKER FAIRY WORLD malay rp. rp ni sama je mcm rp lain-lain tapi kami akan cuba buat rp nie jadi aman damai..and aktif.. marilah penuhkan rp nie.. kedatangan anda amat di alu-alukan oleh kami.

http://www.asianfanfics.com/story/view/1077826
JEON_JI #2
Chapter 1: Daebak~ Apa yang Sehun cuba nak buat dekat Wendy sbrnya? Woe~ Curiousnyaaa...Update soon :D